Ahlul Bait vs Ahlul Quran
From: UNCLE SEEKERS
Date: 2010/2/5
Subject: Ahlul Bait VS Ahlul Quran
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Salamun Alaikum kepada saudara yang saya kagumi semuga berbahagia disamping keluarga tercinta serta semua golongan ahlul bait.
Mungkin isu yang akan dipaparkan disini agak sensitif tetapi biarlah ana luahkan juga walaupun ana tidak pakar didalam hal ini.
Tujuan ana menulis isu ini agar dapat pengurus laman dan sahabat-sahabat lain perbaiki maklumat yang dibentangkan disini agar dapat minimakan hati yang terluka terutama pencinta ahlulbait & keturunannya akibat coretan ini.
Ahlul bait – Isi rumah (Kamus Dewan Bahasa & Pustaka edisi keempat cetakan 2005)
1. Nabi tinggalkan dua perkara
"Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya: Kitab Allah dan keluargaku iaitu Ahlul Baitku" *
Di dalam carian ana secara rambang, terdapat 32 kenyataan tentang hadis diatas. Persoalannya, selepas nabi wafat 200 tahun kemudian barulah kenyataan-kenyataan sebegini tersebar. Adakah Nabi sendiri pernah mengesahkannya didalam AlQuran? Sila rujuk di sini. Terima kasih.
2. Suci lagi menyucikan
33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya.
33:34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.
Ana mohon kepada semua yang senasab dengan ana (golongan syed & syarifah) jujurlah pada diri sendiri! Adakah anta semua merasakan ayat di atas ditujukan pada anta semua? Sorilah..Ana rasa ana belum buta lagila beb. Ana tak menafikan kekuasan Allah hendak membersihkan sebersih bersihnya samaada luaran atau dalaman kepada isteri-isteri nabi atau kepada Sayidina Ali a.s, Sayidatina Fatimah a.s, Sayidina Hasan a.s dan Sayidina Husain a.s, termasuklah Rasulullah SAW sendiri, tetapi yang nyata ayat tersebut bukanlah untuk kita semua. Ayat tersebut hanya untuk datuk & nenek moyang kita sahaja beb!
Anta semua jangan lupa pada lirik lagu kumpulan Raihan. (Apakata kita nyanyi sama-sama lagu ini supaya dapat feelnya sekali)
“Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa..
Ia tak dapat dijual beli, Ia tiada di tepian pantai ..”
Adakah anta semua merasakan diri anda bersih sebersihnya? Lu pikirlah sendiri! Tolonglah jangan perasan tahap maksima…Kalau bersih, bersih dari segi mana? Luaran atau dalaman! Berapa banyak kes di dalam dunia ini yang jadi tunggang terbalik angkara kita semua! Dengki sesama habaib sendiri, khianat, berebut harta, zalim menzalimi, bakhil, riak, makan duit anak yatim dan lakukan segala kemungkaran di muka bumi ini hanya kerana yakin atas kenyataan bahawa cucu nabi dijamin masuk syurga! Podah!
Ada seorang teman saya dari Indonesia sangat menyintai kaum keluarga ahlul bait pernah berkata kepada saya ada kenyataan yang mengatakan air kencing ahlul bait adalah suci. Apabila saya katakan ada tak firman yang mengatakan sedemikian, dia berkata surah AlAhzab ayat 33. Saya terus katakana padanya. “Sekarang anta buka mulut luas-luas, sebab ana nak kencing kat mulut anta kerana ana ahlul bait” Dia terus terdiam lalu tersenyum malu!
Cubalah renungkan perkara ini secara mendalam! Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Angkara siapa? Kenapa memuja ahlul bait begitu jauh sekali. Perkara sebegini boleh menjerumuskan golongan yang merasakan dirinya ahlul bait jadi tunggangan iblis.
Seperkara lagi ingin saya nasihati diri saya sendiri dan yang senasab dengan saya. Adalah lebih baik anta semua tukar saja gelaran alkohol bagi penggemar arak atau alpacino kepada kaki harem (perempuan) atau kalau dah rasa dekat dengan penguasa alam lebih baik tukar kepada AlQuran.
Beb, kalau setakat keturunan nabi tapi perangai macam babi pun tak guna beb! Hagal harem sana sini dengan menggunakan lesen mutaah. Anta suka tak kalau anak perempuan atau adek beradek anta asyik kena mutaah seumur hidup?
3. Khumus
8:41. Ketahuilah bahawa apa sahaja rampasan perang yang kamu ambil, satu per limanya kepunyaan Allah, dan kepunyaan Rasul, dan kepunyaan sanak saudara yang dekat, dan kepunyaan anak-anak yatim, dan untuk orang-orang miskin, dan musafir, jika kamu percaya kepada Allah dan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada Hari Pembeza, hari dua kumpulan bertemu; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.
Tentang khumus memang ana tak arif langsung tentang bab ini. Lebih baik sahabat-sahabat di sini yang menjelaskan. Pada ana senang aja, tak perlulah anta semua tak habis-habis nak memperjuangkan hak 20% yang anta semua merasakan patut pihak berkuasa beri pada golongan syed atau syarifah di Malaysia. Anta semua kena yakin pada rezeki yang Allah beri. Tak silap ana ada 123 ayat tentang rezki. Cuba anta semua rajin selak-selak laman ni (http://www.e-bacaan.com/kalimat_rezeki.htm) syukran beb.
Ana rasa kalau anta masih tak puas hati dengan sistem pentadbiran di Malaysia yang tak beri duit khumus pada anta semua, ana cadangkan anta minta taraf kerakyatan Negara Iran. Kalau benar khumus diberikan pada golongan syed atau syarfah disana, pasti tak ada satu pun ahlul bait yang hidup melarat kat Iran.
4. Ulul Amri adalah Ahlul Bait?
(4:59) "Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan ulil amri antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; itu lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik."
Ana rasa lebih baik anta baca artikel ini (http://www.e-bacaan.com/artikel_ulilamri.htm) supaya mata kita jadi terang sikit. Jangan taksub sangat beb dengan kenyataan-kenyataan yang selalu bersyair ditelinga kita bahawa menyintai ahlul bait ada tiket masuk syurga. Cukuplah dengan cerita hikayat Pak Kaduk dan Pak Pandir zaman dulu. Takkan kita nak buat satu lagi cerita zaman milineum hikayat Pak Angguk. Apa kata kita layan lagu kumpulan ahli fikir dulu
Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Memanglah anta semua suka sebab kenyataan-kenyataan atau hikayat-hikayat sebegini menguntungkan ahlul bait sepanjang hari dari pagi sampai ke malam yakin sangat masuk syurga!
5. Salawat
(33:56) "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya rahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar."
Satu ketika dahulu ana juga rasa confident masuk syurga! Kononnya setiap kali umat islam dalam dunia ini solat atau salawat (Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya..) ana dapat pahala, rupa-rupanya ana perasan! Cuba anta sejukkan kepala dan dada. Kalau dah ok cuba umpil sedikit artikel ini (http://www.e-bacaan.com/emailc79.htm).
Ada satu lagi segelintir masyarakat di luar terutama yang percaya sangat tentang syafaat dari syed-syed macam kita. Apakata anta kalau ada masa sikit saja lagi baca artikel terakhir ini tentang syafaat (http://www.e-bacaan.com/artikel_syafaat.htm)
Sebelum ana akhiri isu ini, ana nasihatkan diri ana dan ahlul bait di luar sana tak payahlah jadi bujang tua dek kerana tak dapat kahwin dengan syarifah. Banyak saudara-mara ana menegur kerana dua kali ana berkahwin (kahwin cerai) dua kali juga tak kahwin dengan syarifah. Bila ana tanya kenapa mesti kahwin dengan syarifah? Kebanyakan anta semua kata, “Famili kita banyak yang cantik beb lagipun dia orang lambat putus haid” Biarlah ana jawab di sini, kalau setakat cantik, berlambaklah masyarakat di luar sana yang lebih cantik dari syarifah sekarang dan kalau setakat lambat putus haid, lebih baik ana cari pucuk muda beb!
Tak larat nak seterika! Tak begitu sahabat-sahabatku yang lain?
Tapi kalaulah ada wanita yang berstatus syarifah… tuuutnya… ada berlian bernilai RM1 juta, sekarang juga ana nak kahwin dengan syarifah!
Anta semua jangan marah yer beb..Kalau ditakdirkan jodoh ana dengan syarifah satu hari nanti, terpaksalah ana terima walaupun tanpa berlian…he he
Salam
Uncleseekers aka Abdullah bin Hussien bin Alwee bin Abdullah bin Talib bin Hussien bin Abdullah bin Umar bin Abdurrahman bin Aqil bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman Assaqaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali bin Alawi bin Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Khali' Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa Arrumi bin Muhammad Annaqib bin Ali Al-Uraydhi bin Ja'far Assadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zain Al-Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Thalib, (suami kepada Fatimah Azzahra) binti Rasullullah S.A.W.
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Karangan mungkin baik diberi tajuk Ahlul Bait vs Ahlul Bait sempena suatu peristiwa dilakukan oleh dua orang cucu Nabi paling dekat, bernama Husain bin Ali bin Abi Thalib, dan Hasan bin Ali bin Abi Thalib, anak-anak kepada Fatimah Azzahra binti Rasullullah.
Dua beradik itu telah mencatat sejarah hitam, khusus sejarah Ahlul Bait, dengan berperang dan berbunuhan sesama sendiri, tidak lama selepas al-Qur'an diturunkan, tidak lama selepas datuk mereka wafat, dan ketika umat Islam sedang menuju ke arah perpaduan.
Golongan yang mengaku keturunan Nabi terutama melalui mereka, yang terdapat hingga hari ini, sangat berbangga dengan nenek moyang mereka, sambil menggelar golongan mereka dengan nama Ahlul Bait iaitu suatu gelaran yang mereka sangka disemat sifat kesucian, bukan sahaja bagi mereka malah keturunan mereka jua. Oleh kerana nenek moyang mereka, iaitu Nabi, sudah dibersihkan Allah, maka mereka pun suci seperti baginda. Demikianlah antara sangkaan mereka, hingga ke hari ini.
Sebenarnya, Ahlul Bait atau Ahli Rumah, adalah panggilan diberi oleh Allah sendiri. Dia beri penghormatan dengan panggilan tersebut kepada orang tertentu, dan tentu tidak kepada orang seperti bersifat zalim yang berperang dan membunuh sesama sendiri sambil tidak mengendahkan ayat-ayat yang baru diturunkan-Nya.
Panggilan tersebut terdapat dua kali diguna di dalam al-Qur'an. Kali pertama kepada isteri Nabi Ibrahim, dan ayat serta konteksnya berbunyi seperti berikut:
"Dan isterinya sedang berdiri dekat; dia tertawa, maka Kami beri kepadanya berita gembira dengan Ishak, dan selepas Ishak, Yaakub.
Berkata, 'Celakalah aku! Adakah aku akan beranak padahal aku perempuan tua, dan suamiku ini seorang yang tua? Sesungguhnya ini sesuatu yang ajaib.'
Mereka berkata, 'Apa, adakah kamu berasa hairan pada perintah Allah? Pengasihan Allah dan keberkatan-Nya ke atas kamu, wahai ahli Rumah! Sesungguhnya Dia Terpuji, Indah.'" (11:71-73)
Dan kedua, kepada isteri-isteri Nabi Muhammad:
"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya.
Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari." (33:32-34)
Daripada ayat-ayat lain dapat difahamkan bahawa isteri-isteri Nabi Muhammad:
berperanan sebagai ibu-ibu kepada orang-orang mukmin (33:6)
tidak dikahwini sesudah baginda (33:53)
jika lakukan kesumbangan yang nyata, akan menerima azab dua kali ganda (33:30)
Demikianlah beberapa ciri orang perempuan yang Allah gelar Ahli Rumah. Memandangkan tiada lagi ayat mengandungi gelaran tersebut maka dapat disimpulkan iaitu Ahli Rumah dituju khas kepada isteri-isteri dua Nabi, Ibrahim dan Muhammad. Tidak kepada seorang lain pun.
renungkan pula perkataan Rumah. Ia didapati disebut hanya dengan Nabi Ibrahim dan Muhammad, mungkin kerana kedua-dua mereka tinggal di situ, dan menjadi penjaganya. Ayat-ayat mengandungi kalimat tersebut dapat dibaca di sini.
Di hujung kiriman Uncleseekers terbentang satu salasilah keluarga yang bermula daripada Rasulullah. Padanya terdapat 34 bin (termasuk satu binti), dengan 2 dikeculi daripada kiraan iaitu "bin Ali bin Abi Thalib". Sekiranya tempoh 1400 tahun dibahagi dengan 34 (generasi) maka dapat disedarkan, dengan kiraan purata, bahawa setiap generasi baru, daripada titisan Rasulullah di situ, bermula dalam tempoh 41 tahun. Andaikata terdapat tempoh antara mereka yang lebih singkat, justeru ada pula yang tempohnya lebih lama, mungkin sampai 50 tahun atau lebih.
Kami rasa tempoh purata 41 tahun itu agak lama bagi sesuatu generasi untuk bermula, memandangkan perempuan-perempuan di sekeliling mereka kononnya cantik-cantik belaka! Sorry Beb, bergurau saja!
Telah disebut di awal komen kami tentang perang antara dua beradik yang berlaku pada zaman dahulu. Di halaman ini pula berlaku semacam perang juga dengan satu pihak menggunakan ayat-ayat al-Qur'an sebagai senjata. Oleh itu, pada hemat kami, tidak syak lagi, bahawa tajuk diberi oleh pengirim e-mail, iaitu Ahlul Bait vs Ahlul Quran, adalah amat tepat sekali.
Sebenarnya, sebelum ini kami tidak tahu tentang mentaliti sebenar para syed dan syarifah. Mengapa ia begitu berbeza dengan Rasulullah seperti difahamkan daripada Kitab Allah?
Terima kasih.
Salam.
7 Februari 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman