Tempat diberkati
From: drtono <drtono@yahoo.com>
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Thursday, May 19, 2011 9:50 PM
Subject: Tempat yang diberkahi
Salamun 'alaikum
Al Quran adalah rinci. Penjelasan suatu kata ayat dapat dicari dari ayat yang lain.
Saya mencoba mencari penggalan ayat yang miliki makna hampir berdekatan yaitu "tempat yang diberkahi"
1. Surat Ali Imron 96 (Bi bakkah mubarokan)... berbicara tentang Nabi Ibrohim
2. Surat Al Isro' 1 (Ilal MasjidilAqshalladzi barokna haulahu)... berbicara tentang Hamba Allah (Nabi Muhammad?)
3. surat Al Qoshosh ayat 30 (alwadi' aiman fil buq'atil mubarokah)... berbicara tentang Nabi Musa
Mohon penjelasan adakah keterkaitan dari ketiga tempat yang diberkahi tersebut? Apakah ketiga tempat itu berbeda atau sama? Secara tepat berada dimana ketiga tempat itu kalo dilihat berdasarkan peta dunia saat ini?
Terimakasih
Salamun
alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami. Untuk tujuan menjawab soalan di atas, kami rasa baik juga jika kami senaraikan semua ayat al-Qur'an mengenai tempat-tempat yang diberkati-Nya. Tempat-tempat itu didapati tidak terhad kepada tiga yang disebut sahaja. Pada senarai berkenaan diselitkan sedikit penjelasan selepas setiap ayat. Tentang lokasi sebenar tempat-tempat tersebut kami hanya memetik kajian orang lain sahaja, kerana tidak buat sebarang kajian mengenai mereka, lalu tidak tahu.
Senarai ayat dan penjelasan yang
dimaksudkan adalah seperti berikut:
"Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia
ialah di Bakkah, yang diberkati, dan jadi petunjuk bagi semua alam."
(3:96)
- Kata
kunci utama bagi kami ialah Rumah dan petunjuk bagi semua alam -
yang mungkin bermaksud masih berdiri pada hari ini.
"Dan Kami wariskan kaum yang dihina,
semua yang di timur dan barat bumi yang Kami berkati; dan sempurnalah
pelaksanaan kata Pemelihara kamu yang paling baik kepada Bani Israil, kerana
mereka sabar; dan Kami binasakan kerja-kerja Firaun dan kaumnya, dan apa
yang mereka bangunkan." (7:137)
- Kalau
dilihat pada peta pemerintahan raja-raja Babylon (atau Babil, tempat
Nabi/Raja Sulaiman memerintah) jajahan taklukan
mereka meliputi Turkey, Egypt, Syria, Israil, Palestine, Jordan, Iraq,
sebahagian Iran dan
bahagian utara negara Arab Saudi. Mungkin itu maksud Allah dengan semua yang di timur dan barat bumi.
Harap tidak bertanya tentang peta itu - boleh
Google sendiri :-)
"Dia disanjung, yang menjalankan
hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang
lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan
kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang
Mendengar, Yang Melihat." (17:1)
- Pendapat kami tentang masjid yang lebih jauh itu dapat dibaca di
halaman
Malam
al-Qur'an diturunkan,
Sidratul Muntaha
dan Sidratul Muntaha II.
Apapun, ia bukan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem.
"Dan Kami selamatkan dia
(Ibrahim), dan Lut, ke
bumi yang Kami berkati bagi semua alam." (21:71)
- Frasa
bagi semua alam boleh menunjukkan tempat itu masih wujud
pada hari ini, atau di Bakka. Tambahan pula, frasa tersebut terdapat pada ayat pertama
tadi, iaitu yang menyebut mengenai Rumah yang pertama.
"Dan kepada Sulaiman, angin yang berhembus
dengan kencang, yang mengalir atas perintahnya ke bumi yang Kami berkati; dan
Kami tahu segala sesuatu." (21:81)
- Kami
tidak tahu bumi tersebut. Hanya tahu Sulaiman tinggal di Babil (Babylon)
yang terletak di Iraq.
"dan katakan, 'Wahai Pemeliharaku,
labuhkan aku di sebuah pelabuhan yang diberkati; Engkau yang terbaik daripada
mereka yang melabuhkan.'" (23:29)
- Kapal Nabi Nuh akhirnya
"bertenggek
di atas al-Judi" (11:44) iaitu sebuah gunung yang dipercayai
berada di Turkey, bersempadan dengan Syria dan Iraq.
"Apabila dia datang kepadanya, dia
dipanggil dari tebing sebelah kanan lembah di tempat yang lekuk yang diberkati,
datang dari pokok, 'Wahai Musa, sesungguhnya Aku Allah, Pemelihara semua
alam." (28:30)
- Tempat Nabi Musa berjumpa dengan Tuhan adalah di Gunung Sinai.
Lokasi sebenar hanya diketahui oleh seorang manusia sahaja, iaitu Nabi
Musa, menurut hemat kami. Pun begitu, segolongan manusia telah mengenal
pasti lokasi tersebut dan ia jadi tempat kunjungan para pelancong
pada hari ini, serta tempat ibadat sesetengah golongan mansuia. Jalan
menuju kepadanya adalah dengan mendaki gunung yang kelihatan tidak begitu
mudah.
"Dan Kami letak, antara mereka dan bandaraya-bandaraya yang Kami berkati, beberapa buah bandaraya yang kelihatan, dan Kami ukur
pengembaraan antara mereka, 'Mengembaralah di dalamnya pada malam dan siang
hari dengan aman!'" (34:18)
- Kami tidak tahu lokasi mereka yang sebenar. Besar kemungkinan mereka terletak di Asia
Barat atau Timur Tengah.
"Dan Dia letak di dalamnya
gunung-gunung di atasnya, dan Dia memberkatinya, dan Dia tentukan di dalamnya
makanan dan minumannya dalam empat hari, sama bagi orang-orang yang bertanya." (41:10)
- Yang ini mungkin kami tahu, iaitu dunia ini, tempat kita tinggal.
Itu saja yang dapat kami sampaikan. Kelihatan tempat-tempat
tersebut tidak berkait antara satu sama lain, kecuali dua ayat yang membawa
frasa yang sama, iaitu bagi semua alam. Ayat pertama menyebut tentang Rumah
(3:96) dan kedua, bumi di mana Ibrahim dan Lut
diselamatkan (21:71). Mungkin kerana frasa itu,
dan kalimat berkat yang turut hadir, dapat disimpulkan bahawa
kedua-dua tempat itu
sama.
Untuk mengetahui perkara-perkara lain yang diberkati Allah sila lihat halaman kalimat Berkat di dalam al-Qur'an.
Terima
kasih.
Allah disanjung!
21.5.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman