Kalimat berkat di dalam al-Qur'an

 

 

 


Terbitan daripada berkat, iaitu diberkati dan memberkati, diterjemah daripada kalimat baraka dan terbitannya, burika dan mubarak. Ayat-ayat mengandungi mereka adalah seperti berikut:

 

 

3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah di Bakkah, yang diberkati, dan jadi petunjuk bagi semua alam.

 

6:92. Inilah sebuah Kitab yang Kami turunkan, diberkati, dan mengesahkan apa yang sebelumnya, dan supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang di sekitarnya; dan orang-orang yang percayai akhirat percayainya, dan mereka yang pelihara solat mereka.

 

6:155. Ini ialah sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang diberkati; maka ikutlah ia, dan bertakwalah supaya kamu dikasihani.

 

7:137. Dan Kami wariskan kaum yang dihina, semua yang di timur dan barat bumi yang Kami berkati; dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu yang paling baik kepada Bani Israil, kerana mereka sabar; dan Kami binasakan kerja-kerja Firaun dan kaumnya, dan apa yang mereka bangunkan.

 

17:1. Dia disanjung, yang menjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.

 

19:31. Dia buat aku (Isa) diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia wasiatkan aku supaya bersolat, dan zakat, selama aku hidup,

 

21:50. Dan ini adalah Peringatan yang diberkati, yang Kami turunkan; maka adakah kamu sekarang menafikannya?

 

21:71. Dan Kami selamatkan dia (Ibrahim), dan Lut, ke bumi yang Kami berkati bagi semua alam.

 

21:81. Dan kepada Sulaiman, angin yang berhembus dengan kencang, yang mengalir atas perintahnya ke bumi yang Kami berkati; dan Kami tahu segala sesuatu.

 

23:29. dan katakan, 'Wahai Pemeliharaku, labuhkan aku di sebuah pelabuhan yang diberkati; Engkau yang terbaik daripada mereka yang melabuhkan.'"

 

24:35. Allah ialah Cahaya langit dan bumi; persamaan Cahaya-Nya seperti sebuah ruang di dalam dinding yang di dalamnya ada sebuah pelita. Pelita di dalam kaca. Kaca seakan-akan bintang berkilauan dinyalakan daripada pokok yang diberkati, zaitun, yang bukan dari Timur dan bukan juga dari Barat. Minyaknya hampir-hampir menerangi walaupun tiada api sentuh ia. Cahaya di atas Cahaya. Allah beri petunjuk kepada Cahaya-Nya siapa Dia hendaki. Dan Allah buat persamaan-persamaan untuk manusia, dan Allah tahu segala sesuatu.

 

24:61. Tidak salah ke atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu miliki, atau sahabat kamu; tidak salah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu masukrumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

 

27:8. Maka apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil, "Diberkatilah orang yang di api, dan orang di sekitarnya. Allah disanjung, Pemelihara semua alam!

 

28:30. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil dari tebing sebelah kanan lembah di tempat yang lekuk yang diberkati, datang dari pokok, "Wahai Musa, sesungguhnya Aku Allah, Pemelihara semua alam.

 

34:18. Dan Kami letak, antara mereka dan bandaraya-bandaraya yang Kami berkati, beberapa buah bandaraya yang kelihatan, dan Kami ukur pengembaraan antara mereka, "Mengembaralah di dalamnya pada malam dan siang hari dengan aman!"

 

37:113. Dan Kami berkatinya (Ibrahim), dan Ishak; dan daripada keturunan mereka, sebahagian buat baik, dan sebahagian buat zalim yang nyata terhadap diri-diri mereka sendiri.

 

38:29. Sebuah Kitab Kami turunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang empunya minda renungkan ayat-ayatnya.

 

41:10. Dan Dia letak di dalamnya gunung-gunung di atasnya, dan Dia memberkatinya, dan Dia tentukan di dalamnya makanan dan minumannya dalam empat hari, sama bagi orang-orang yang bertanya.

 

44:3. Kami turunkannya pada satu malam yang diberkati; Kami selamanya memberi amaran,

 

50:9. Dan Kami turunkan dari langit air yang diberkati, dan tumbuhkan dengannya kebun-kebun (jannah), dan tanaman biji-bijian tuaian,

 

-Concordance muka surat 332

 

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman