Sidratul Muntaha II

 


From: nadzri
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, November 24, 2008 10:16:05 AM
Subject: Sidratul Muntaha

Salam munalaikum

 

Terima Kasih atas jawapan mengenai persoalan di atas. Rentetan dari jawapan sauda ra saya ingin terus bertanyakan pendapat Tuan di manakah lokasi kali kedua Nabi Muhammad melihat Jibrail berdasarkan ayat:

 

53:13 Sesungguhnya dia telah melihatnya sekali lagi

53:14 Di sisi pohon bidara berbatasan

53:15 Di sisinya taman (jannah) utk menginap

 

Soalan saya:

 

  1. Adakah Nabi Muhammad melihat Jibril (utk kali kedua) di Jannah?
  2. Mungkin berdasarkan ayat ini ramai “pentafsir” Al Quran berpendapat  Nabi Muhammad telah “dimikraj” kan ke langit?

Mohon pendapat Tuan. Saya sudahi dgn ribuan terima kasih sekali lagi.

Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis lagi, untuk kemukakan pertanyaan atas jawapan kepada persoalan mengenai Sidratul Muntaha yang baru diterbitkan.

Jawapan tersebut tidak menyentuh perkataan "jannah" (53:15), lalu kepercayaan kepada israk-mikraj tidak dapat dipadamkan sama sekali. Dalam kepercayaan tersebut perkataan itu diertikan kepada syurga.

Jannah di dalam al-Qur'an tidak semestinya bermaksud syura. Ia boleh juga bermaksud suatu tempat bagi tanaman, seperti kebun atau taman, yang berada di bumi.

Terdapat beberapa ayat al-Qur'an yang menunjukkan ia bermaksud seperti dinyatakan, dan mereka disenaraikan di bawah ini:

"Adakah sesiapa antara kamu beringinkan mempunyai sebuah kebun (jannah) palma dan anggur, dengan sungai-sungai mengalir dari bawahnya, dan segala macam buah-buahan di dalamnya untuknya. Kemudian umur tua menimpanya, dan dia mempunyai keturunan, tetapi lemah. Kemudian angin puyuh mengandungi api menimpanya, dan ia terbakar. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu fikirkan." (2:266)

 

"Dia yang turunkan dari langit, air; dan dengannya Kami keluarkan tunas segala tumbuh-tumbuhan, dan kemudian Kami keluarkan daun-daun hijau, dan keluarkan daripadanya biji-bijian yang bersusun rapat, dan keluar daripada pohon palma, daripada seludangnya, kurma-kurma bertandan lebat yang boleh dicapai, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan zaitun, dan delima, yang serupa sesamanya dan tidak mutasyabihat (serupa) sesamanya. Perhatikanlah pada buah-buahnya apabila mereka berbuah, dan masak. Sesungguhnya pada semua ini adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai." (6:99)

 

"Dan di bumi, terdapat kawasan-kawasan yang berjiran, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan ladang-ladang yang sudah disemai, dan palma-palma yang berpasang, dan palma-palma yang tunggal, diairi air yang satu; dan Kami lebihkan sebahagian di atas sebahagian yang lain dalam hasilnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham." (13:4)

 

"Mereka berkata, 'Kami tidak akan percayai kamu sehingga kamu pancarkan mata air daripada bumi untuk kami,

Atau, sehingga kamu mempunyai kebun (jannah) palma dan anggur, dan kamu jadikan sungai-sungai memancar berlimpah-limpah di celah-celahnya," (17:90-91)

 

"'Atau, mengapakah harta simpanan tidak dilemparkan kepadanya, atau kebun (jannah) yang daripadanya dia makan?' orang-orang zalim berkata, 'Kamu hanyalah ikut seorang lelaki yang kena sihir!'" (25:8)

 

"Maka Kami keluarkan mereka dari taman-taman (jannah) dan mata-mata air,
Dan harta-harta simpanan, dan medan yang mulia.
Demikianlah, dan Kami wariskannya kepada Bani Israil." (26:57-59)

 

"Dan takutilah Dia yang bantu kamu dengan apa yang kamu tahu,
membantu kamu dengan binatang ternak dan anak-anak,
Dan kebun-kebun (jannah), dan mata-mata air." (26:132-134)

 

"Adakah kamu akan dibiarkan dalam apa yang di sini dengan aman,
Di dalam taman-taman (jannah) dan mata-mata air,
Dan ladang-ladang yang disemai, dan pohon-pohon palma dengan seludang yang lampai?" (26:146-148)

 

"Bagi Sabak juga ada satu ayat di tempat-tempat tinggal mereka - dua kebun (jannah), satu di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri: 'Makanlah daripada rezeki Pemelihara kamu, dan berterimakasihlah kepada-Nya; sebuah tanah (negeri) yang baik, dan Pemelihara yang Pengampun.'" (34:15)

 

"Mereka tinggalkan berapa banyaknya taman (jannah), dan mata air,
Dan ladang-ladang yang telah disemai, dan betapa mulianya medan," (44:25-26)
dan,

 

"Dan Kami turunkan dari langit air yang diberkati, dan tumbuhkan dengannya kebun-kebun (jannah), dan tanaman biji-bijian tuaian,
Dan pohon-pohon palma yang tinggi dengan seludang-seludang berderet rapat," (50:9-10)

Justeru, kalimat jannah bukan sahaja bererti syurga, tetapi taman atau kebun yang berada di dunia.

 

Kembali kepada senario Nabi berjumpa dengan Jibril kali kedua. Kami syak tempat pertemuannya di hujung kota, dan sempadannya adalah pohon bidara (53:14 Di sisi pohon bidara berbatasan), yang mungkin berduri. Jika tidak berduri, tentu dinyatakan Allah seperti yang didapati di syurga, menurut ayat berbunyi,

"Teman Kanan. Siapakah Teman Kanan?
Di tengah pohon-pohon bidara yang tidak berduri," (56:27-28)

Sesetengah ulama menganggap pohon bidara hanya tumbuh di syurga. Anggapan demikian ditangkis dengan sebuah firman yang menunjukkan pohon tersebut turut tumbuh di dunia, berbunyi,

"Tetapi mereka (orang-orang Sabak) berpaling; maka Kami utus kepada mereka Banjir Arim, dan Kami tukar kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara." (34:16)

Dengan sifatnya berduri atau daun yang tajam, maka pohon tersebut tumbuh dengan tanpa ditebas lalu jadi sempadan atas batas bagi sesebuah kawasan kota.

 

Lokasi pertemuan turut dikatakan dekat atau di tepi sebuah taman atau kebun (jannah) yang didiami manusia, bukan di atau di dalam jannah itu sendiri - 53:15 Di sisinya taman (jannah) utk menginap.

 

Lantas, dapat difahamkan bahwa pertemuan Nabi dengan Jibril kali kedua bukan di langit ketujuh, dan jannah bukan syurga, serta pohon bidara boleh didapati tumbuh di bumi.

 

Terbukti lagi iaitu peristiwa israk-mikraj adalah hanya cerita dongeng, direka demi mengagungkan Nabi di atas Nabi-Nabi lain, dengan cara palsu.

 

25.11.08

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman