Sidratul Muntaha
From: nadzri
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, November 19, 2008 11:33:29 AM
Subject: Sidratul MuntahaSalamun alaikum
Bersua kembali di dunia maya.Semoga saudara dalam keadaan sihat walafiat.
Kisah Isra' dan Mikraj ulama (tiada disebut dlm Al-Quran) yang telah dikupas melalui website bacaan ,saya fahami sepenuhnya.
Di kesempatan ini saya ingin bertanyakan maksud perkataan "sidratul muntaha" yang terdapat dalam surah Najm.
Sepertimana yg kita maklum kebanyakan ulama mentafsirkan nya sebagai "langit yg ke tujuh" di mana menurut mereka Rasulullah (Muhammad) bertemu Allah "face-to-face"..namun saya meraguinya. Mohon pendapat dari Tuan.
Didahului dgn ucapan terima kasih.
Salamun alaikum,
Atas kesudian menulis lagi, diucapkan ribuan terima kasih. Perkara yang ingin dibincang bersama pun penting tetapi sensatif.
Sebelum meneruskan, kami ingin buat satu permintaan (bukan sahaja kepada sahabat seorang tetapi kepada yang lain juga) iaitu apabila menyebut sesebuah ayat al-Qur'an sila catatkan bilangan rujukannya sekali, supaya urusan pergi kepadanya jadi licin. Maaf atas permintaan ini, dan harap tidak tersinggung.
Sebenarnya, kami tidak tahu atau terlupa bahawa sidratul muntaha menurut ulama ialah "langit yg ke tujuh" sebab sudah lama sangat tidak mendengar cerita israk-mikraj daripada mulut mereka.
Frasa tersebut terdapat di dalam ayat al-Qur'an berbunyi, 'inda sidratil muntaha yang kami terjemahkan kepada:
"Di sisi pohon bidara berbatasan," (53:14)
Perkataan sidratil atau sidrah (jamak sidr) bermakna lote-tree (Concordance Kassis) atau pohon bidara dalam bahasa Melayu. Selain ayat tadi, perkataan tersebut dapat dilihat di dalam tiga ayat lain iaitu:
"Tetapi mereka berpaling; maka Kami utus kepada mereka Banjir Arim, dan Kami tukar kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara." (34:16)
"Ketika sesuatu yang menutupi, menutupi pohon bidara," (53:16) dan,
"Di tengah pohon-pohon bidara yang tidak berduri," (56:28)
Sementara perkataan muntaha pula bermakna final end, goal, boundary yang kami terjemahkan seperti terdapat di dalam ayat-ayat yang mengandunginya, di bawah ini:
"Di sisi pohon bidara berbatasan," (53:14)
"Dan bahawa kesudahan adalah kepada Pemelihara kamu," (53:42)
"Kepada Pemelihara kamu kesudahannya." (79:44)
Oleh itu sidratil muntaha, pada hemat kami, wajar diterjemah kepada pohon bidara berbatasan, bukan sahaja memikirkan maknanya yang sebenar malah ayat yang mengandunginya adalah bukan jenis mutasyabihat.
Justeru, tidak terdapat sedikit pun tanda yang menunjuk frasa tersebut bermaksud "langit yang ketujuh" menurut tafsiran ulama.
Akan tetapi, maksud ulama itu jadi satu tanda nyata pula atas suatu peristiwa keramat dalam keislaman mereka iaitu tanda kepalsuan pada peristiwa israk-mikraj yang mereka jadikan umpama wajib dipercayai.
Tidakkah itu kelihatan seolah apa yang telah berlaku ialah perbuatan berbohong untuk menutup suatu pembohongan lain?
Bacaan lanjut:
Malam
al-Qur'an diturunkan
21.11.08
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman