Hidayat ZA dan AF: Salam
From: husmali
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Fri, March 25, 2011 9:14:17 PM
Subject:
Salaamun alaikum.
Semoga Tuan Pengurus Laman di dalam PengasihanNya. Izinkanlah saya di sini menyambung dan mengulas sedikit sahaja lagi tentang salam dan hadis yang saya tujukan khas kepada Zul Azlan dan Ahmad Fadhil.
Allah telah memperincikan tatacara bertemu mesra antara sesama kita sehingga kepada ucapan beri salam pun ditunjukiNya. Ini boleh disaksikan sendiri di dalam Quran pada surah 6 ayat 54:
6:54. Dan apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Sejahtera ke atas kamu)." Pemelihara kamu tuliskan (tetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu buat jahat dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
Kalau selama ini saudara telah buat jahat dalam jahil, dengan menggunakan ucapan salam yang tidak pernah diajar oleh Allah bertaubatlah segera, serta diikuti dengan mengkoreksi diri-diri anda.
Kerana berakibatkan kesalahan dalam ucapan salam ini terlalu besar dosanya jika tidak mencontohi yang diajarNya, tentulah mereka yang empunya minda akan ambil iktibar dan segera berhenti membuta tuli menuduh orang lain yang salah.
Itupun kalau berfikiran terbuka dan berlapang dada dan tidak dikuasai oleh ego (keinginan) masing-masing. Ego akan bermati-matian menghasut dan mengheret anda mempertahankan apa yang dipandang benar olehnya dan bukan apa yang dipandang benar oleh anda berdua.
Anda berdua hanya jadi alat yang diperkuda oleh ego! Sebab itulah dikatakan seperti mirip menyembah atau sememangnya telahpun menyembah ego (keinginan) pada awal waktu lagi.
"Sudahkah kamu lihat orang yang mengambil keinginannya (egonya) menjadi tuhannya? Adakah kamu jadi wakil kepada mereka?" (25:43)
Lantas, disingkapkan sedikit mengapa Assalamu alaikum itu tidak boleh sama sekali dipakai sebagai teks beri salam. Assalam itu adalah salah satu daripada nama-nama Allah yang mulia. Kalau diterjemah secara harfiah lafaz ayatnya berbunyi:
Assalam ke atas kamu,
Yang Sejahtera ke atas kamu atau
Allah ke atas kamu. (Nauzu billahi min zaalik)
Perucapan yang sebegini adalah amat memperkecilkan dan menghina Allah. Tetapi kalau kita menuruti ajaran nabi Muhammad yang sebenar, yang hanya bersumber daripada Quran, lafaz yang sebenar yang memang dihendaki oleh Allah yang maha Bijaksana berbunyi:
1) Salaamun alaikum yang membawa erti: sejahtera ke atas kamu
2) Salam yang membawa erti: Sejahtera (Bahagia, Aman, Damai, dan sbg)
Kemudian, Allah menegaskan lagi bahawa "Salaamun" adalah ucapan daripadaNya, Pemelihara yang Mengasihani.
Apalagi yang anda tunggu untuk menerima panggilan Allah ini tanpa sebarang keraguan padanya. Cobalah dahulu amalkan konsep sunnah nabi yang sebenar-benar dan yang pertama ini.
Inilah salah satu rahsia Quran kepada yang mahu beriman, bahawa anda akan jadi lebih bahagia dengan Pengasihanan dan PemeliharaanNya seperti yang tertera pada ayat yang di atas tadi. Inilah janjiNya yang benar.
Di dalam konsep dan pemahaman ahli sunnah waljamaah (ASWJ), terdapat dua imam yang dianggap besar dan terpilih disebabkan kajian dan pemahaman mereka yang dalam dalam ugama ASWJ.
Tetapi saya merasa hairan, mengapa mereka tidak tukarkan ucapan salam yang diajar Quran kepada yang dianut saudara berdua yang kononnya berasal daripada nabi Muhammad (Hadis). Bukti2 boleh saudara periksa sendiri seperti di bawah ini:
1) Asy Syafie di dalam kitab beliau, AlUmm, masih mengekalkan penggunaan Salaamun
alaikum sepertimana yang dihendaki oleh Allah.
2) Al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pun tetap mengekalkan penggunaan Salaamun alaikum sebagaimana seharusnya.
Kalau anda masih ragu-ragu, ingatlah setiap anda membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat, anda tidak akan terlepas daripada dua ayat yang amat terkenal:
36:58. "Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih.
36:59. "Pisahkanlah diri-diri kamu, wahai orang-orang yang berdosa, pada hari ini!
Tapi ingat, jika anda terus melanggar pengajaranNya, anda akan terus terpisah daripada ajaran Allah pada hari ini kerana ego anda dan diri anda yang berdosa itu!
Tetapi jika anda mendengar semua perkataan, ikut yang sebaiknya (Quran) dan kembali pada jalan Allah sebenar, anda akan dapat pembelaan Pemelihara anda dan belas kesianNya.
Salaam.
Allah disanjung!
Salamun alaikum,
Terima kasih atas input mengenai salam yang
berguna. Semoga ayat-ayat Allah yang sahabat tampilkan, bersama
sahabat lain,
lanlen09 dan
sipekan, dapat menyedarkan mereka, kecuali
mereka sudah memilih jadi orang-orang tidak percaya (kepada-Nya
atau ayat-ayat-Nya) lalu apa sahaja usaha dilakukan kepada mereka,
mereka tidak akan percayai. Tidak juga berguna sekiranya
mereka, melalui didikan yang diterima, jadi orang-orang yang
tidak ikut ayat-ayat dan tidak takut kepada-Nya. Iktibar
dipetik daripada ayat-ayat berbunyi,
"Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka, atau tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai." (2:6)
"Kamu hanya beri amaran kepada orang ikut Peringatan, dan yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib; maka berilah dia berita gembira dengan ampunan dan upah yang mulia." (36:11)
Terima kasih.
Allah disanjung!
27.3.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman