Hidayat, Hadis dan Monyet

 

From: Ahmad Fadhil <noname89b@yahoo.com>
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Sun, February 13, 2011 9:42:29 AM
Subject: peringatan

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada penulis e-bacaan. Moga Allah beri hidayah kepada kita ke arah jalan yg benar. Sesungguhnya apa yg saudara lakukan (menolak ‘hadith’ Rasulullah s.a.w.) adalah sesuatu yg sgt bertentangan dgn Islam. Dgn erti kata lain saudara telah lakukan suatu kesalahan yg sgt besar dlm Islam iaitu ingin menghancurkan Islam dari dalam.

                Jadi, seandainya saudara berani dan yakin di pihak benar, dedahkan nama saudara. Jgn jadi pengecut yg hanya tahu menulis sesuatu yg mengelirukan. Sy x mahu berhujah panjang di sini tetapi cukup sekadar beri peringatan. Jika kita menolak Rasulullah s.a.w. jgnlah berharap nak mengaku umat  baginda dan jgn harap untuk dapat syafaat di akhirat kelak. Bertaubatlah dan kembali ke jalan yg benar. Jika tidak, orang seperti saudara ana istihar perang dan lebih elok dipancung sahaja kepala. Dan ana berlepas diri dari org seperti saudara di akhirat kelak setelah diberi nasihat.


Salamun alaikum,

Satu lagi surat yang sudah diterima agak lama tetapi hanya sekarang dapat dijawab di sini. Sebabnya sama seperti diberi dalam jawapan kepada Zul Azlan. Agak menarik pula kerana didapati beberapa ciri yang serupa pada tulisan Ahmad Fadhil di atas dengan tulisan ZA tempoh hari, contoh, sebutan mengenai hidayat dan penggunaan kata ana. Salamnya juga agak serupa tetapi yang ini lebih panjang lagi.

Mungkin tidak salah mengatakan Islam yang mereka anuti adalah serupa. Sehubungan itu izinkan kami menyatakan sedikit mengenai Islam lain, iaitu yang menuruti ayat-ayat Allah (Tuhan Islam sebenar). Setelah meniliti ayat-ayat-Nya yang terkandung di dalam al-Qur'an, didapati bahawa frasa menolak ‘hadith’ Rasulullah s.a.w. seperti digempurkan itu tidak disebut di dalamnya. Justeru, orang-orang yang mengamalkannya adalah bukan daripada golongan yang Dia murkai atau tidak percaya kepada-Nya!

Menurut Allah, manusia tergolong dalam tiga kategori yang besar - pertama, golongan yang percaya (dengan ringkas, percaya kepada ayat-ayat-Nya), kedua, golongan yang tidak percaya, dan ketiga, golongan yang kata percaya tetapi sebenarnya tidak percaya. Demikianlah dapat difahamkan daripada ayat-ayat yang awal disebut di dalam al-Qur'an berbunyi,
 

"Alif Lam Mim.

Kitab itu (al-Qur'an), di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan),

Yang percayai yang ghaib, dan lakukan solat, dan nafkahkan (belanjakan) sebahagian daripada apa yang Kami rezekikan mereka,

Yang percayai apa diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan sebelum kamu, dan mereka yakin akan akhirat.

Mereka itu adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; mereka itulah orang-orang beruntung.

Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka, atau tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai.

Allah letak penutup pada hati mereka, dan pada pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka, penudung; dan bagi mereka, azab yang besar.

Dan sebahagian manusia ada yang berkata, 'Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir'; tetapi mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang percayai)." (Al-Baqarah 1-8)
 

Pendek kata, manusia (termasuk ZA, AF dan kami) tergolong sama ada dalam kategori mukmin, atau tidak percaya (kafir), atau munafik.

Selanjutnya, beralih kepada ayat-ayat-Nya yang lain. Oleh kerana hadis telah dibangkitkan oleh AF tadi, maka kami turunkan di bawah ini antara ayat-ayat yang mengandungi kalimat tersebut:
 

"Tidakkah mereka renungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini (al-Qur’an), akan percayai?" (7:185)

 

"Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?" (45:6)

 

"Satu penurunan daripada Pemelihara semua alam. Apa, adakah kamu menganggap hadis ini (al-Qur'an) rendah?" (56:80-81)

 

"Maka dengan hadis apakah sesudah ini yang mereka akan percayai?" (77:50)
 

Daripada ayat-ayat di atas dapat difahamkan bahawa hadis adalah satu daripada nama bagi al-Qur'an. Dan daripada ayat-ayat itu juga dapat difahamkan tentang larangan Allah terhadap percaya kepada hadis selain daripada al-Qur'an.

Hadis yang dimaksudkan AF tadi, yang dipercayainya, adalah bukan al-Qur'an. Maka dia jadi laksana orang tidak percaya kepada-Nya, atau orang yang kata percaya kepada-Nya tetapi sebenarnya tidak percaya.

Pun begitu, dia menganggap dirinya benar sedang kami yang menolak (sebab Tuhan suruh) dikatakannya pula telah lakukan "sesuatu yg sgt bertentangan dgn Islam. Dgn erti kata lain saudara telah lakukan suatu kesalahan yg sgt besar dlm Islam..." Demikianlah kesimpulannya atas orang yang percaya dan ikut kata Tuhan.

Lantaran itu, kami bertanya, dalam kategori manakah saudara AF berada? Mukmin? Kafir? Munafik? Mungkin ada yang kata mukmin, dan kami tidak akan membantah dengan cara samseng, tetapi hanya memujuk supaya fikir betul-betul.

Umat Muhammad telah disebut. Jangan kata umat, malah terhadap kaumnya juga baginda telah melahirkan perasaan kecewa pada Hari Kiamat, seperti diceritakan Allah melalui ayat berbunyi,
 

"Rasul berkata, 'Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan.'" (25:30)

 

Saudara AF (bukan Akademi Fantasia!), sila perhatikan betul-betul, adakah baginda menyebut perkataan al-Qur'an atau ‘hadith’ Rasulullah s.a.w sebagai ikutan yang tidak dipedulikan? Dan fikirkanlah, sementara boleh berfikir.

Kehancuran Islam telah juga disebut. Bagi kami, Islam (agama Allah) tidak boleh hancur tetapi orang-orang yang mengaku Islam yang akan hancur. Cuba buka mata dan minda dan lihat pada negara-negara berlabel Islam yang sudah dan sedang dihancurkan. Juga lihat pada "perang berdarah" antara mazhab Suni dan Syiah yang sedang berlaku. Dan pada dua golongan Islam, menurut parti politik, di negara ini, yang sentiasa berselisih? Adakah orang seperti kami yang bertanggungjawab atas kehancuran seperti itu?

Tidak, kami tidak buat kerja seperti itu. Sebaliknya kami lebih suka buat seperti tertulis dalam karangan Satu Tuhan Satu Kitab Satu Umat. Diharap saudara tidak bercakap melalui hasutan ego. Sudah baca tentang ego yang disebut dalam tulisan lanlen09? Di situ ada menyebut tentang persamaan dengan seekor anjing yang menjulurkan lidah. Kami tidak bermaksud ia dituju kepada ZA atau saudara AF walaupun kedua-duanya tidak berhenti-henti melontar kepada kami setelah kami menolak kiriman mereka yang pertama dan kedua. Surat di atas ber-subject-kan peringatan dan peringatannya direjam kepada kami hingga ke peringatan 4!

Sifat samseng, atau bengis, telah ditunjukkan kepada kami dengan jelas. Teringat pula suatu ayat yang berkaitan berbunyi,
 

"Apabila orang-orang tidak percaya letak di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah turunkan ketenangan-Nya kepada Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan mengikatkan mereka dengan kata takwa, mereka lebih berhak dengannya, dan sewajarnyalah; dan Allah tahu segala sesuatu." (48:26)
 

Dalam kebengisan itu, hukum pancung (hukum jahiliah) disebut. Dari manakah datang hukum seperti itu? Adakah ia datang daripada monyet yang telah turunkan suatu hukum lain yang turut bukan hidayat daripada Tuhan? Hukum lain yang dimaksudkan dapat dibaca daripada sebuah kitab sahih berbunyi,
 

SAHIH AL-BUKHARI, Jilid: 5, Hadis No:188, Riwayat: 'Amr bin Maimun :-
Pada masa jahiliyah iaitu sebelum Islam saya (Rasulullah) nampak seekor monyet betina dikelilingi beberapa ekor monyet. Kesemua mereka merejamnya, sebab ia telah berzina. Saya juga ikut rejam bersama mereka.
 

Lalu penzina pun direjam hingga ke hari ini! Adakah hukum pancung itu "hidayat" daripada monyet juga?

Allah disanjung!

25.3.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman