Hidayat
From: Zul Azlan <zulazlan88@yahoo.com>
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wed, January 19, 2011 3:21:40 PM
Subject:
assalamualaikum
hdup tanpa hdyah, umpama berjalan didlm malm yg glap glita
sdkit prtanyaan dari ana, berkenaan dgn artikel dr ebacaan, adkah saudra ebacaan menghurai dan menafsir ayat-ayat al-quran mengikut fahaman saudara ebacaan sendiri? atau ada menggunakan kitab2 tafsir sebagai panduan? jika ada menggunakan kitab2 tafsir sebagai panduan, bolehkan beritahu kepada ana, kitab apakah yang digunakan..
Terima Kasih,
Salamun
alaikum,
Maaf lewat membalas di sini, kerana telah disulitkan dengan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan. Pengirim emel kelihatan seperti seorang sudah dapat hidayat, serta tahu maksud hidayat menurut lidah atau kamus Melayu, iaitu:
hidayat Ar pimpinan (bimbingan) drpd Tuhan, petunjuk....
menghidayatkan beri hidayat kepada seseorang (berkenaan dengan Tuhan)...
Dengan ringkas, hidayat bermaksud petunjuk daripada Allah. Petunjuk Allah, menurut orang yang percaya kepada-Nya pula, terkandung di dalam Kitab al-Qur'an. Demikianlah difahamkan daripada ayat berbunyi,
"Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan)," (2:2)
Setelah maksud hidayat jadi jelas dan diterima, perhatian kembali kepada isi kandungan emel di atas, untuk menyaksikan sendiri hidayat yang diterima oleh ZA. Pertama dilihat ialah sebutan salamnya, kerana dalam petunjuk Allah, perkara tersebut ada diajar.
Daripada artikel BACAAN - jawapan kepada ulama (yang sudah lama diterbitkan) dapat difahamkan iaitu sebutan salam yang dipakai ZA adalah bukan petunjuk daripada Allah, bukan ajaran Kitab al-Qur'an, walhal Kitab itu adalah Cahaya, dan salam yang diajar di dalamnya, dikatakan-Nya lagi, sebagai diberkati dan baik. Sila rujuk artikel Salamun alaikum yang juga sudah lama diterbitkan.
Oleh kerana berlainan, maka salam yang dipakai ZA adalah bukan daripada Allah, lantas, bukan petunjuk-Nya, atau bukan hidayat-Nya. Salamnya dipeluk daripada ajaran kitab selain Kitab Allah. Tokoh yang menulisnya tentulah seorang ketua, yang dipercayai mempunyai lebih hidayat dan beri lebih banyak hidayat (daripada Allah) - kalau tidak, tentu ZA tidak menerimanya.
Tokoh tersebut ada juga disebut di laman web ini. Antara sebutan mengenainya adalah sebuah karya daripada kitab tulisan beliau, yang kami petik daripada salah satu kiriman yang kami terima (dapat dibaca di sini), bermaksud seperti berikut:
<petikan bermula>
8. Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa Nabi saw, bersabda " Banu (turunan atau bangsa) Israil itu mendi bertelanjang, satu sama lain saling lihat melihat. Tetapi Nabi Musa mandi seorang dirinya. Mereka mengatakan : Demi Allah ! Tidak ada yang melarang Musa mandi bersama-sama dengan kita, kecuali kerana dia berpenyakit, buah pelirnya besar" Pada suatu kali Nabi Musa mandi, kainnya diletakkannya di atas batu. Lalu batu itu melarikan kain Nabi Musa, dan beliau dan beliau menyusulnya sambil berteriak: Kain-ku ... ! Hai, batu !
Sehingga oleh kerana itu, Bani Israil dapat melihat (aurat ) Nabi Musa, lantas mereka berkata, "Demi Allah Musa tidak berpenyakit apa-apa" Lalu Nabi Musa ambil kainnya dan dipukulnya batu itu" Sahih Bukhari Jilid 1 No 177 ms. 109.<petikan berakhir>
Ternampak element provokasi dalam tulisan di atas. Seperti itu juga dalam tulisan ZA sebelum itu, walaupun beliau hidup berbimbingkan cahaya. Cahaya itu pula tidak menerangi seperti Cahaya sebenar yang menunjukkan, antaranya, bahawa amalan provokasi itu datang daripada syaitan. Firman Allah,
"Sesungguhnya syaitan buat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia." (17:53)
"Jika satu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui." (41:36)
Ternampak juga cubitan fitnah dalam tulisan tokoh, ikutan ZA. Beliau memfitnah dua Nabi, iaitu Musa dan Muhammad. Muhammad difitnah dengan mengatakan cerita palsu itu adalah daripada baginda. Dan Musa bukan sahaja difitnah malah diumpat juga dengan mengatakan baginda telah memukul batu (yang melarikan kainnya) dan buah pelirnya besar!
Cubitan tersebut dilakukan juga oleh ZA, dengan kata-kata membayangkan bahawa kami telah menghurai ayat-ayat al-Qur'an menurut fahaman sendiri dengan menyatakan seperti berikut:
menghurai dan menafsir ayat-ayat al-quran mengikut fahaman saudara ebacaan sendiri
Fitnah itu berpunca daripada kegelapan ZA yang tidak membaca tentang pendekatan yang kami pilih dalam penulisan Bacaan, dan tidak tahu bezakan di antara huraian berdasarkan terjemahan al-Qur'an dengan (ilmu) tafsir.
Terasa agak malas untuk menjelaskan perkara itu kerana ia sudah lama diterbit di laman web ini. Misalan karangan bertajuk Makna asal ayat al-Qur'an atau artikel "Jawapan" tadi, yang telah bezakan terjemahan dengan tafsiran. Antara contoh yang banyak, dipilih terjemahan atau tafsiran mengenai ayat 70:4.
Ayat tersebut apabila diterjemah secara verbatim akan jadi seperti berikut:
Ta'ruju - Naik
-lmalaa-ikatu - malaikat
warruuhu - dan Roh
ilaihi - kepada-Nya
fii yaumin - dalam sehari
kaana - adalah
miqdaaruhuu - kadarnya
khamsiina - lima puluh
alfa - ribu
sanatin - tahun
Susunan lengkap bagi ayat di atas berbunyi "Malaikat dan Roh naik kepada-Nya dalam sehari yang kadarnya adalah lima puluh ribu tahun." Bacaan telah menterjemahkannya seperti berikut:
"Kepada-Nya malaikat-malaikat dan Roh naik dalam sehari yang ukurannya lima puluh ribu tahun." (70:4)
Sekiranya kami diminta untuk menghurai atau menafsirkan ayat itu, maka itulah juga bunyinya atau seperti yang pertama disebut tadi.
Ingin kami tunjukkan bagaimana penterjemah lain (bahasa Melayu/Indonesia) menterjemahkan ayat tersebut. Di bawah ini adalah salinan daripada tulisan-tulisan mereka:
"Malaikat-malakiat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun." (Dept. Agama Indonesia)
"Malaikat-malaikat dan roh naik kepadaNya dalam sehari, yang lamanya lima puluh ribu tahun." - Prof. Dr. Mahmud Yunus
"Jalan naiknya para malaikat dan Ruh (Jibril) datang bersembah kepada-Nya, yang jauhnya satu hari sama dengan lima puluh ribu tahun." - M. Said
"Malaikat-malaikat dan Roh naik kepadaNya di hari yang ukurannya lima puluh ribu tahun." - H. Zainuddin Hamidy dan lain
"Naik malaikat dan ruh-ruh kepada-Nya di dalam sehari kadarnya lima puluh ribu tahun." - A. Hassan
"Malaikat dan ruh naik kepadaNya Pada hari yang ukurannya lima puluh ribu tahu." - H.B. Jassin
"Para malaikat dan ruh-ruh naik (menghadap) kepada-Nya dalam sehari kadarnya 50 ribu tahun (dalam ukuran manusia)." - Al Quran Terjemah Indonesia, Penyusun: Tim Disbintalad
Terjemahan mereka membawa mesej yang agak sama dengan kami. Kami bertanya pula, bagaimana dengan bunyi tafsir (perkataan disebut ZA) kepada ayat tersebut? Untuk itu kami petik daripada sebuah kitab tafsir tempatan, yang namanya disebut di dalam artikel "Jawapan" tadi, seperti berikut:
<petikan bermula>
"Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soaljawabnya)."
<petikan berakhir>
Mungkin itulah tafsir yang dinginkan ZA, dan berharap semoga kami ikutinya jua, apabila dia menulis kata-kata di bawah:
atau ada menggunakan kitab2 tafsir sebagai panduan? jika ada menggunakan kitab2 tafsir sebagai panduan, bolehkan beritahu kepada ana, kitab apakah yang digunakan..
Sekiranya tafsir itu disangka oleh ZA sebagai hidayat daripada Allah dan dia ingin ikutinya maka kami tidak buat apa-apa, kerana menghormati kebebasan memilih yang diberi Allah, dan kami tidak akan pergi ke rumahnya untuk melontar kata-kata sinis mengenai petunjuk, terjemahan, atau orang yang dapat petunjuk.
Seperkara lagi yang ingin disebut di sini, iaitu sekiranya ZA bukan orang Arab, adakah beliau sangka dengan menyerupai orang Arab (seperti mengguna perkataan ana) seseorang itu dikatakan berhidayat? Kalau begitu bagaimana pula dengan orang Arab Kristian atau Arab bukan Islam yang turut pakai perkataan tersebut?
Lanjutan daripada itu, boleh disyaki bahawa cahaya yang meliputinya tidak menerangkan seperti Cahaya sebenar menerangkan mengenai orang Arab iaitu,
"Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak tahu had-had (hudud) yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana." (9:97)
"Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota jadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak tahu mereka, tetapi Kami tahu mereka, dan Kami akan azab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar." (9:101)
Sebelum kami berhenti, diturunkan apa yang telah ditulis oleh ZA sebagai pembuka emelnya, buat renungan, bukan sahaja baginya tetapi bagi orang-orang yang serupa dengannya, yang tidak atau belum sedari lagi:
hdup tanpa hdyah, umpama berjalan didlm malm yg glap glita
Satu daripada cara bagaimana seseorang dapat hidup dengan hidayat atau dapat petunjuk dapat difahamkan daripada ayat berikut:
"Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya minda." (39:18)
Dengar dan pilih, Kata-Nya, atau dengar semua pandangan dan pilih yang terbaik. Tidak pula Dia menyuruh buat provokasi atau memfitnah pandangan-pandangan yang tidak dipilih!
Allah disanjung!
15.3.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman