Hidayat, Hadis dan Monyet: Respon

 

 

From: sipekan
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Sat, March 26, 2011 6:05:11 AM
Subject: Respon: Hidayat, Hadis dan Monyet


 

Salamun alaikum kpd sdr Pengurus Laman, sahabat-sahabat laman E-Bacaan dan juga sdr Ahmad Fadhil,

 

Rasanya telah lama saya mengenali Bacaan dan kontroversi yg menyelubunginya semenjak ia dikeluarkan. Bukan sahaja daripada masyarakat, media massa, ahli-ahli politik, tetapi komen dan kritikan terhadap Bacaan juga diutarakan oleh tokoh-tokoh akademik terutamanya dlm aliran keagamaan di institusi-institusi pengajian tinggi dan juga dari jabatan-jabatan agama.

 

Jadi, pada pendapat saya tuduhan tanpa usul periksa sdr Fadhil yg mengatakan kpd Penulis Bacaan supaya "Jgn jadi pengecut..." adalah sesuatu yg sungguh kelakar.

 

Jika sdr Fadhil buat sedikit penyelidikan melalui carian Google terhadap Penulis Bacaan sudah tentu dia dapat mengetahui siapa nama penulis atau penterjemahnya. Sikap emosional melulu sdr nampaknya membutakan mindanya sehingga tidak mampu berfikir w/pun sejenak. Nampaknya sdr begitu benci terhadap kalangan orang yg mengangkat kitab suci Al-Quran ke tahap tertinggi. Salahkah atau sesatkah orang yg ingin memuliakan atau ikut petunjuk yg diberikan di dalam Quran? Jika sdr tidak mahu ikut petunjuk yg diberikan didalam Quran, jgnlah pula menghalang orang lain.

 

Saya berpesan kpd sdr Fadhil supaya tidak jadi seperti yg dikatakan di dalam ayat berikut,

 

4:55. Maka antara mereka ada yang percaya, dan antara mereka ada yang halangi daripadanya, dan cukuplah Jahanam sebagai yang Menyala.

 

Atau, adakah sdr Fadhil sangka dirinya termasuk dikalangan orang-orang suci?

 

4:49. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang menyucikan diri-diri mereka? Tidak, hanya Allah sucikan siapa Dia hendaki, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.

 

 

Menolak Rasul Allah?
 

Yang lebih layak dinobatkan dgn gelaran seperti di atas pada pendapat saya ialah golongan-golongan seperti sdr Fadhil, yg lebih berpuas hati mengamalkan himpunan cerita daripada Bukhari/Muslim/etc, daripada mengamalkan
petunjuk Allah yang disampaikan oleh Rasul Allah - Muhammad, dan disebarkan dalam bentuk Al-Quran. Tidak pernahkah sdr Fadhil terbaca di dalam Quran ayat ini,

 

10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah,  "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak ikut apa-apa, melainkan apa diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."

 

Adakah sdr Fadhil juga tergolong dlm kalangan "..orang-orang yg tidak mengharapkan untuk bertemu dgn Kami..." atau, termasuk dari kalangan yang berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Keinginan jahat seperti inilah yg buatkan lahirnya koleksi himpunan seperti yg ditulis oleh Bukhari dan rakan-rakannya. Mungkin kerana mereka ini menganggap Quran itu belum cukup sempurna ataupun kurang jelas dalam byk hal hingga inginkan kitab-kitab yg lain utk jelaskannya.

 

 

Kembalilah ke Jalan yang Benar
 

Sebaliknya, seruan di atas supaya "Kembali ke Jalan yang Benar" lebih bertepatan ditujukan kpd sdr kerana yang menjauhi daripada Quran ialah sdr bukannya sahabat-sahabat di laman ini. Bukankah kami yg mengajak sdr supaya kembali kpd Quran, atau sdr ini seorang yg tidak mampu berfikir?

 

 

Pengisytiharan Perang?
 

Mungkin sdr sudah lupa kpd satu ayat yg berbunyi,

 

2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa tidak percaya kepada Thagut, dan percayai Allah, dia berpegang pada pemegang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.

 

Jika Quran sendiri menjelaskan tidak ada paksaan dlm agama, bagaimana pula sdr hendak memaksa orang lain percayai sebagaimana sdr percayai? Adakah sdr tidak percayai ayat Quran? Ataupun sdr hendak memperlakukan sebagaimana golongan jahiliah dahulu memperlakukan ke atas Muhammad dan pengikutnya? Barangkali sdr ini jahiliah moden, atau orang yg ingin buat kerosakan di atas muka bumi Allah ini? Saya amat bimbang jika keadaan sdr seperti yg diceritakan di dalam ayat-ayat dibawah ini,

 

2:11. Apabila dikatakan kepada mereka, "Jangan kamu buat kerosakan di bumi", mereka berkata, "Kami hanyalah orang-orang yang membetulkan."

2:12. Sesungguhnya merekalah orang-orang yang buat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.

 

Amat mengaibkan sekali apabila agama Islam yg suci dan menganjurkan keamanan di muka bumi ini dicemari oleh golongan-golongan yg berfikiran seperti sdr ini. Bagaimana sdr hendak memuliakan agama Islam ini jika sdr asyik suka berbunuh-bunuhan? Apa akan jadi dgn kehidupan di dunia ini jika setiap kali golongan yg tidak sealiran dgn segolongan yg lain menganjurkan supaya hukuman pancung diadakan?

 

Bukankah Quran ajar kita ucapkan "Salam" atau "Salamun alaikum"? Cubalah sdr meluangkan sedikit waktu utk memahami mesej mulia disebalik pengucapan "Salam" itu. Adakah sdr fikir Allah menyuruh kita berbunuh-bunuhan selepas ucapkan "salam"?

 

 

Hadis Bukhari et al Satu Ujian

 

Ingatlah sdr, koleksi cerita yg dihimpun oleh Bukhari dan rakan-rakannya adalah satu ujian buat sdr,

 

29:2. Adakah manusia sangka mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji?

29:3. Sesungguhnya Kami telah uji orang-orang sebelum mereka, dan sungguh, Allah tahu orang-orang yang berkata benar, dan sungguh, Dia tahu pendusta-pendusta.

 

Moga-moga ujian ini tidak buatkan sdr berpaling lagi jauh drpd ayat-ayat Tuhan, moga-moga sdr kembali.

 

Kepada sdr Fadhil sekali lagi saya ucapkan - "SALAM".

 

p.s Jgn risau, saya tidak akan menyeru sahabat yg lain supaya memancung kepala sdr!


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis demi untuk beri peringatan. Kiriman sahabat mengandungi penjelasan atas pertanyaan yang kami sengaja tidak jawab, atau penjelasan lain yang kami sentuh melalui sudut lain, dalam jawapan kami kepada saudara AF.

Memang benar, saudara sipekan sudah lama kami kenali, sehingga jadi sahabat karib, tetapi kita tidak pernah berjumpa, walaupun sekadar untuk berjabat tangan sahaja. Kami syak kemunculannya kali ini adalah atas dua sebab, yang dapat diketahui daripada dua ayat berikut:
 

"... tetapi Allah jadikan cinta pada keimanan kepada kamu, nampakkannya indah di dalam hati kamu, dan Dia jadikan kamu benci pada ketidakpercayaan (kekafiran), dan kefasiqan, dan keingkaran. Mereka itu, merekalah yang berfikiran waras." (49:7)

"Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk." (3:103)


Sekali lagi, terima kasih sahabat.

Allah disanjung!

27.3.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman