Pendapat terbaru Bukan anak Nabi Nuh

 

 

From: notootaksub
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Thu, September 23, 2010 4:42:26 PM
Subject:


Salamuan alaikum

 

Semoga tuan dan keluarga sihat dan dirahmati Allah. Ini adalah catatan peribadi tetapi sekiranya tuan berhasrat untuk memaparkannya, maka saya izinkan. Tergerak dihati ingin menulis lagi. Pertama kali saya terserempak dengan e bacaan adalah sekitar tahun 2005 dan pernah mencatatkan beberapa pandangan saya untuk panduan bersama. Sejak dari itu, saya tidak pernah menoleh kebelakang malah menggunakan e bacaan sebagai tempat rujukan saya didalam pelbagai permasalahan kehidupan seharian dan untuk meneguhkan lagi ketakwaan terhadap Allah. Yang penting saya tidak lagi terikut-ikut resam orang ramai sekitar saya dalam amalan mereka. Cuma kadang2 dalam keaadaan tertentu dimana saya terpaksa berada ditengah-tengah mereka lakukan pengibadatan cara mereka, maka saya ikutkan sahaja (dengan kata lain ‘cover line’). Pelakuan itu hanyalah untuk mengelakkan diri dari penghinaan dan penyisihan mereka kerana tidak mengikut Al Quran dan Sunnah mereka!

 

2:239. Jika kamu dalam ketakutan, maka sambil berjalan kaki, atau menunggang. Apabila kamu telah aman, ingatlah akan Allah sebagaimana Dia telah ajar kamu apa yang kamu tidak tahu.

 

Pada masa yang sama, saya juga tidak mahu jauhkan diri dari mereka kerana ini akan menghancurkan peluang saya untuk berdakwah dengan mereka. Peluang yang dimaksudkan adalah kerana mereka sudah pun percayai al quran, maka untuk mengikiskan kepercayaan yang lain kita hanya perlu beri kefahaman lebih kepada mereka melalui maksud kandungan Al Quran yang benar, dan saya yakin satu hari mereka akan percayai sepenuhnya kerana bukti dihadapan mata!

 

16:125. Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan debatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk.

 

2:42. Dan janganlah campuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan jangan sembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya

 

2:253. Dan Rasul-Rasul itu, sebahagian Kami lebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia naikkan darjat. Dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci). Dan sekiranya Allah hendak, tentu orang-orang yang datang selepas dia tidak berperang sesama sendiri, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; tetapi mereka selisihkan dengan sebahagian mereka percaya dan sebahagian tidak percaya; dan sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak berperang sesama sendiri, tetapi Allah buat apa sahaja Dia hendaki.

 

 

Seterusnya, baru-baru ini saya ada terbaca tulisan bertajuk ‘Bukan anak nabi nuh’ didalam kategori perpustakaan, catatan sudah lama, tetapi saya cuma ingin menambah dan menyumbang kefahaman dan pandangan saya saja. Terserah kepada yang bersetuju dan tidak bersetuju.

 

39:18 Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya minda.

 

Isu yang diutarakan didalam kisah nabi Nuh tersebut adalah samada anak yang dimaksudkan tersebut anak nabi Nuh sebenar atau tidak?

 

Sebelum saya beri pendapat elok lah kita fahamkan beberapa fakta. Nabi dan Rasul adalah dari kalangan manusia. Perbuatan, bentuk fizikal mereka sama seperti manusia biasa. Makan, minum, bercakap, tidur ,mati dan lain-lain lagi. Malah mereka juga tidak terlepas dari kesilapan. Perbedaan mereka dengan manusia biasa adalah mereka adalah yang dipilih khusus oleh Allah untuk memimpin manusia kejalan lurus. Maka dengan itu mereka mempunyai adab yang tinggi, berhemah, tegas, sopan santun, berkata benar,jujur,amanah, tepati janji atau dengan kata lain mempunyai sifat-sifat positif dan mulia yang jarang orang lain ada. Dan yang paling istimewa mereka dapat wahyu atau ilham, berkomunikasi secara langsung atau tidak langsung dengan Allah dan mempunyai kelebihan luarbiasa yang mungkin tiada pada manusia biasa. Diantaranya, ada yang boleh berkata-kata ketika bayi, ada yang boleh hidup dalam perut ikan, ada yang boleh bercakap terus dengan Allah, ada yang boleh memahami bahasa haiwan dan pelbagai lagi.

 

Adam juga buat kesilapan apabila mengigkari perintah Allah:

 

2:35. Dan Kami berkata, "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini, supaya kamu tidak jadi orang-orang zalim."

 

2:36. Kemudian syaitan gelincirkan mereka daripadanya, dan keluarkan mereka dari dalam apa mereka berada, dan Kami berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang lain, dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu waktu."

 

2:37. Lalu Adam terima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan Dia terima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

 

Begitu juga Muhammad:

 

80:1. Dia bermuka masam, dan berpaling,

 

80:2. Bahawa seorang buta datang kepadanya,

 

80:3. Dan tahukah kamu, boleh jadi dia menyucikan diri?

 

80:4. Atau mengingati, lalu peringatan bermanfaat kepadanya.

 

80:5. Tetapi orang yang berasa kaya,

 

80:6. Kepadanya kamu layan,

 

80:7. Walaupun ia tidaklah atas kamu jika dia tidak menyucikan dirinya.

 

80:8. Dan orang yang datang kepada kamu dengan bersegera,

 

80:9. Dan takut-takut,

 

80:10. Kepadanya kamu tidak pedulikan.

 

80:11. Tidak sekali-kali! Ia adalah Peringatan

 

Maka dengan itu, saya juga memikirkan Nuh juga buat kesilapan memilih isteri. Sebab itu Allah mengingatkan kita:

 

64:14. Wahai orang-orang yang percaya, di kalangan isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu adalah musuh bagi kamu; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Tetapi jika kamu maafkan, dan ketepikan, dan jika kamu ampunkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

 

Manakala ‘argument’ mengatakan isteri Nuh berzina dan mempunyai anak diluar perkahwinan juga saya kurang bersetuju kerana ianya tidak sesuai berlaku kepada seorang Nabi yang bersifat mulia itu. Saya berdasarkan pada ayat dibawah ini:

 

24:3. Lelaki yang berzina tidak kahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang sekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang kahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang sekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin.

 

Apakah kita ingin menyamakan nabi Nuh dengan ‘lelaki’ yang dimaksudkan diatas? Pada hemat saya Isteri Nuh dan anaknya tidak taat dan ingkar dengan arahannya. Mungkin isteri dan anaknya tidak percayai mala petaka banjir besar akan berlaku pada masa itu. Al maklumlah, cuaca baik dan tenang, tiba-tiba nak kena bina bahtera pulak, pasti ada yang bingung memikirkan pada waktu itu. Dan malah  ada golongan yang tidak percaya pada masa itu mengatakan ini usaha dan kerja gila.

 

11:38. Dan dia buat kapal; dan setiap kali pembesar-pembesar kaumnya melaluinya, mereka mengejeknya. Berkata, "Jika kamu ejek kami, sungguh, kami akan ejek kamu sebagaimana kamu ejek,

 

Maka dengan itu anak lelaki yang dimaksudkan juga adalah anak kandungnya. Sebagai seorang bapa sudah pasti Nuh menyayangi anaknya walau dalam keadaan apa pun. Cuba perhatikan perasaan kita sebagai manusia dan seorang bapa kepada anak kita (Ingat? Nuh juga manusia dan bapa) Sebab itu Nuh merayu kepada Allah menyelamatkan:

 

11:45. Dan Nuh panggil Pemeliharanya, dan berkata, "Wahai Pemeliharaku, anak lelakiku adalah daripada keluargaku, dan janji Engkau benar. Engkau yang paling adil antara para hakim."

 

Tetapi Allah menjawab:

 

11:46. Berkatalah Dia, "Wahai Nuh, dia bukan daripada keluarga kamu; dia adalah amalan yang tidak salih, maka jangan kamu tanya Aku apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku tegurkan kamu supaya kamu jangan jadi antara orang-orang bodoh."

 

Di sini  kefahaman saya berbeza. Apa yang dimaksudkan “dia bukan dari keluarga kamu” adalah seperti ‘disowned’ atau memutuskan hubungan pertalian keluarga tersebut.

 

64:15. Harta kamu dan anak-anak kamu hanyalah cubaan; dan Allah, di sisi-Nya upah yang besar.

 

Sekian. Mohon maaf dan saya terbuka untuk diperbetulkan.

 

 

KepadaNya saya berserah. Allah di Sanjung.

Semoga ketemu lagi.

Terima kasih
 

Salamun alaikum,

 

Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami sekalian setelah agak kian lama. Pandangan sahabat terhadap kehidupan dengan orang-orang di sekeliling, dan mengenai para Rasul dan Nabi, menjurus kepafa Nabi Nuh dan anak lelakinya, pasti diterima dengan baik.

 

Untuk makluman, terdapat tiga kiriman mengenai anak Nabi Nuh, pertama, kedua, dan ketiga. Terima kasih.

 

 

Allah disanjung!

 

25 September 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman