Respon kepada Anak Nabi Nuh
& sambungan
Kaumku di 25:30
From: "ramlan hamzah"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Respon kepada Anak Nabi Nuh
Date: Tuesday, April 05, 2005 1:21 PM
Salamunalaikum saudara,Semoga apa yang kita perjuang dan perbincangkan selama ini, dapat restu dari Allah swt.
Berkaitan dengan artikel anak Nabi Nuh, saya ingin ucapkan terima kasih kepada saudara dan juga kepada saudara Jamal yang telah mengupas dan meneliti masalah tersebut dengan lebih mendalam. Saya juga menerima pandangan saudara berhubung dengan pekara menuduh wanita (isteri nabi Nuh) buat tidak baik dengan orang lain adalah tidak wajar kerana tuduhan seperti itu dilarang dan adalah berat di sisi Allah. Walaupun saudara tidak menyatakannya secara terus 'direct' kepada saya namun saya dapat merasakan bahawa apa yang saya nyatakan berdasarkan artikel tersebut adalah sangkaan semata-mata dan saya kira tak patut saya lakukan. Saudara Jamal juga telah menyatakan pendiriannya dan saya juga bersetuju dengan beliau.
Sekian terima kasih.
Salamun alaikum saudara yang dihormati,
Harapan saudara terhadap perjuangan dan perbincangan kita selama ini semoga diterima Allah turut jadi harapan kami di sini.
E-mel saudara disambut dengan gembira setelah kami berasa bersalah terhadap saudara kerana menerbitkan Bukan anak Nabi Nuh? walaupun kami cuba mengelakkan penglibatan saudara dalam kekalutan tersebut. E-mel saudara diterbitkan di sini (maaf kerana buat demikian) hanya sebagai bukti atas petunjuk yang Allah beri kepada saudara, dan kewarasan minda, dengan mengirim e-mel di atas. Firman-Nya,
"Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya minda." (39:18)
Sama seperti seorang lagi saudara, yang turut kami sayangi dan hormati, yang mengirim e-mel iaitu berjudul Kaumku di 25:30 (diterbit semalam). Setelah kami memohon maaf, beliau mengatakan beliau menerimanya sebagai akademik dan seperti saudara Ramlan, beliau ucapkan terima kasih juga.
Dengan menyambung perbincangan mengenai Kaumku di 25:30 kami ingin menyatakan iaitu ada sesuatu yang berlegar di fikiran tetapi tidak sanggup siarkannya kerana takut akan jadi seperti nasib "Anak Nabi Nuh" meskipun kami percaya adanya ayat-ayat yang menyokong.
Perkara yang dimaksudkan ialah mengenai "Rasul" di dalam ayat berkaitan:
"Rasul berkata, Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan.'"
Yang berlegar di kepala ialah pertanyaan "Mungkinkah Rasul di situ bukan hanya Muhammad?" (Kerana terdapat sesetengah pihak berpendapat bahawa kaumku meliputi seluruh umat manusia selepas zaman Nabi.)
Sementara ayat-ayat yang menyokong berbunyi,
"Dan apabila Allah ambil perjanjian Nabi-Nabi, 'Bahawa Aku beri kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang Rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan percayainya, dan kamu menolongnya. Adakah kamu setuju?' Dia berkata, 'Dan, adakah kamu ambil beban-Ku kepada kamu dengan syarat itu?' Mereka berkata, 'Kami setuju.' Dia berkata, 'Maka saksilah, dan Aku bersama kamu antara para saksi.'" (3:81) dan,
"Dan Kami tidak utus seseorang Rasul melainkan dengan lisan (bahasa) kaumnya supaya dia menjelaskan kepada mereka; kemudian Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana." (14:4)
Yang kami cuba elak ialah pertanyaan yang menyusul seperti "Siapa Rasul atau Rasul-Rasul semasa dan sesudah zaman Nabi Muhammad?"
Kami mengelak sebab kami tidak tahu jawapannya. Sebenarnya, pertanyaan tersebut telah kami terima beberapa kali dahulu. Sebab ada orang mengaku dia Rasul utusan Tuhan hari ini. Kami hanya menjawab, "Sekiranya ada orang datang kepada kami hari ini dan berkata dia seorang Rasul, utusan Allah, maka kami akan menjawab 'Baguslah. Tapi kitab al-Qur'an sudah berada di sisi kami. Terima kasih.'"
Seperkara lagi ialah mengenai orang yang menyampaikan Mesej Allah. Orang itu tidak penting. Yang penting hanyalah mesej-mesejnya. Iktibar diambil daripada ayat berikut:
"Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang sombong kepada orang-orang antara mereka yang percaya, yang dianggap orang-orang hina, 'Adakah kamu tahu bahawa Salleh seorang utusan daripada Pemeliharanya?' Mereka berkata, 'Pada apa yang dia diutus dengannya, kami adalah orang-orang mukmin.'" (7:75)
Pengikut-pengikut Salleh tidak menjawab, "Benar, Salleh seorang utusan Tuhan" setelah ditanya sama ada baginda seorang utusan Tuhan, tetapi mereka hanya berkata, "Pada apa yang dia diutus dengannya, kami adalah orang-orang mukmin."
Dengan kata-kata itu kami tutup
bicara mengenai ayat 25:30. Terima kasih.
6 April 2005
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman