Mengingati Allah dan Solat Nabi-Nabi

 


From: ......@yahoo.com>
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Fri, July 30, 2010 9:44:56 AM
Subject: Soalan peribadi; Mengingat Allah


Salamun alaikum,

Salam sejahtera kepada tuan sekeluarga. Saya ada soalan peribadi mengenai ayat tersebut:

 

29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukan solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Mengingat Allah adalah lebih besar; dan Allah tahu apa yang kamu kerjakan.

Recite what is sent of the Book by inspiration to thee, and establish Regular Prayer: for Prayer restrains from shameful and unjust deeds; and remembrance of Allah is the greatest (thing in life) without doubt. And Allah knows the (deeds) that ye do. (Yusuf Ali)

 

Selalu yang di perkatakan ia lah solat itu tiang agama yang saya fahami bermaksud lebih besar daripada cara2 sembah yang lain. Pada pendapat saya pula  mengenai ayat tersebut ia lah, mengingat Allah adalahlebih besar, kerana kita boleh mengingat Allah, dengan memuji dan menyanjung Nya  dari bermula nya kita celikan mata bagun dari tidur hingga lah kita tidur untuk berehat, kata orang tu setiap saat jika termampu.

 

Solat juga mengingat Allah, cuma ada waktu2 yang tertentu sahaja. Saya juga berpendapat segala persembahan yang di tuntut itu semua nya ada lah sama rata, tak ada  yang itu lebih penting dari yang ini atau sebalik nya cuma ayat tersebut saja ada mengatakan  yang mengingat Allah ada lah lebih besar.

 

Maaf sekira nya saya tersilap dan selamat berpuasa.

 

Terima kaseh

 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Oleh kerana dikatakan peribadi, kami padam nama, dan oleh kerana kami fikirkan baik untuk diterbit maka kami paparkan di sini. Harap tiada bantahan daripada pengirim. Pendapatnya diterima dengan baik, dan tanpa sebarang komen.

Jawapan kami kepadanya agak ringkas iaitu "Solat adalah satu daripada amalan-amalan dalam mengingati Allah. Peringatan Allah adalah lebih besar daripada yang lain, seperti jual-beli (kena tinggalkannya apabila masuk waktu) atau dalam buat sesuatu urusan (Allah didahulukan, bukan keinginan sendiri, peraturan dunia, dll)."

Justeru, dirasakan perlu bagi kami memanjangkan lagi, khas mengenai mengingati Allah atau zikrullaah yang dikatakan lebih besar daripada yang lain. Yang lain itu dapat difahamkan daripada perkara-perkara yang mampu menghalangi, melalaikan, lebih dicintai, dan memesongkan, daripada Peringatan Allah, seperti tercatat di dalam al-Qur'an. Mereka adalah:

Allah diingati di dalam jiwa (diri) dengan rendah diri, dan rasa takut, dan ucapan yang tidak lantang (7:205). Antara yang diingati ialah ayat-ayat-Nya, yang dipanggil Peringatan, misalan dalam keadaan-keadaan yang disebut di atas.

Untuk keterangan lanjut sila selak halaman-halaman Zikir daripada ruangan Kalimat Pilihan, dan Zikir ajaran al-Qur'an daripada Artikel. Terima kasih.

Allah disanjung!


Emel kedua ditampilkan di sini mengandungi perkara yang berkaitan iaitu solat. Salinannya diturunkan di bawah ini:
 

From: ahkamal
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wed, July 28, 2010 12:14:38 PM
Subject: Kesedaran atas kebatilan dlm ugama - Solat yg disyariatkan oleh Allah

Salamun alaikum Tuan Pengurus Laman,

 

Terlebih dahulu, ingin saya memanjat kesyukuran kpd Yang Agung, Yang Tinggi krn masih beri peluang kpd hambanya yg hina spt saya berpeluang utk mengenal jalanNya yg satu yg dituntut  bg yang percaya pada kalam2Nya didlm kitab suciNya Al-Quran. Segala Puji bg Allah Pemelihara Semua Alam. Buat Tuan Pengurus Laman , keluarga dan rakan-rakan seperjuangan selamat menyambut bulan Ramadhan  tidak lama lagi dan semoga diberi kesihatan yg baik dlm meneruskan amalan berpuasa tidak lama lagi.

 

Kembali pada isu solat yg cuba diketengahkan disini, dlm pemerhatian saya yg kerdil dan ilmu yg tidak seberapa ingin saya berkongsi tentang solat yg diarahkan atau disyariatkan oleh Allah kpd hamba2Nya tercatat didlm 30 surah yg disertakan disini utk rujukan para pembaca iaitu Surah 2, 4, 5,6, 7,8,9,10,11,13,14,17,19,20,21,22,23,27,29,30,31,33,35,42,58,62,70,73,98,107 dimana Allah telah mensyaritkan agar solat dilakukan.

 

Didlm surah yg disenaraikan arahan solat telah disyariatkan pd Nabi Musa dlm surah 10, pd Nabi Shuaib dlm surah 11, pd Nabi Shuaib,pd Nabi Ibrahim dlm Surah 14, pada Nabi Isa dlm Surah 19 dan surah2 selebihnya pada Nabi Muhammad dan umat manusia keseluruhannya oleh Yang Perkasa, Yang Tinggi melalui wahyunya melalui malaikat Jibrail kpd Nabi terakhir dan penutup segala Nabi iaitu Nabi Muhammad.

 

Persoalannya skrg adakah solat yg disyariatkan pd Nabi2 berikut berbeza2 bentuk solatnya dengan solat yg dilakukan oleh umat Islam pada masa skrg.  Sudah tentu tiada bezanya krn apa yg disyariatkan oleh Allah pd Nabi2 tersebut adalah utk mendirikan solat. Dr sini, timbullah isu solat yg dilakukan skrg adakah berdasarkan dr sumber Al-Quran atau sekadar ikut-ikutan iaitu mengikut hadis2 yg diwar2kan dtgnya dr Nabi Muhammad.  Dan bg saya yg masih proses pembelajaran ilmu2Nya dr Al-Quran merasakan adakah wajar solat2 yg dilakukan para Nabi2 sebelum Nabi Muhammad lakukan tatacara solat yg sama dilakukan oleh umat Islam masa kini. Diharap Tuan Pengurus Laman dpt bantu saya dlm menjelaskan dgn lebih tepat berdasarkan sumber yg benar iaitu dr kalam2 Allah.

 

Allah Di Sanjung.
 

Sekali lagi, Salamun alaikum.

Terima kasih kerana sudi menulis lagi kepada kami. Kali ini untuk bertanya pula, iaitu mengenai solat.

Jawapan kami agak mengecewakan, kerana kami sebenarnya tidak tahu bentuk atau tatacara solat Nabi-Nabi tersebut. Demikianlah itu pula tidak jadi kesalahan kerana ia tidak akan ditanya esok di akhirat. Apa yang dibuat oleh orang zaman dahulu tidak akan ditanya kepada kita. Sila lihat artikel Ditanya dan Tidak Ditanya.

Apa yang akan ditanya ialah apa kita buat setelah menerima al-Qur'an, dan petunjuk-petunjuk mengenai solat. Mengenai solat, adalah diingatkan iaitu segala yang difahamkan mengenai solat daripada al-Qur'an sudah dibentang di laman web ini. Kerana solat merupakan amalan bersifat tidak regimented, maka kami tidak tahu juga apa sebenarnya yang dilakukan oleh orang-orang al-Qur'an lain dalam mengingati Allah melalui solat mereka.

Teringat satu peristiwa semasa bertugas dahulu, ketika dalam persediaan untuk menyiapkan suatu projek, kami dikumpul di sebuah hotel di atas bukit. Rakan sejawat yang berkongsi bilik kelihatan laksana orang alim apabila kerjakan solat sunninya. Beliau tahu tentang kepercayaan kami, dan setelah melihat bagaimana kami mendirikan solat, beliau tidak bercakap lagi dengan kami, serta menjauhkan dirinya. Kami tidak tahu sebab sebenar, dan tidak bertanya pula, kerana itu masalahnya, bukan masalah kami. Dan beliau pun tidak bertanya sebelum bertindak sedemikian rupa.

Demikianlah peribadinya hal solat, sehingga mampu menggigit hati orang!

Terima kasih.


2 Ogos 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman