Kalimat zikir di dalam al-Qur'an
DHAKARA vb. (I)-to remember,, mention, be mindful of. (n.vb.) a
remembrance, reminder, a mention, commemoration; (pcple. act.) one who remembers, mentions or is mindful. (pcple. pass.) that which is remembered
Ayat-ayat mengandungi kalimat di atas atau dieja dzakara bersama
terbitannya iaitu yadzkuru, udzkur, dzukira, yudzkaru, dzakir
dan madzkur
dikumpul dan disenaraikan sekali, sementara ayat-ayat mengandungi kalimat
dzikr atau zikir diletak selepas mereka (di sini).
2:40. Wahai Bani Israil, ingatlah akan
rahmat-Ku yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan tepatilah perjanjian-Ku dan
Aku akan tepati perjanjian kamu, dan kepada-Ku-lah kamu berasa gerun.
2:47. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan bahawa Aku lebihkan kamu di atas semua alam,
2:63. Dan apabila Kami ambil perjanjian kamu, dan naikkan di atas kamu Gunung, "Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami beri kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertakwa."
2:114. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang halangi masjid-masjid Allah supaya nama-Nya tidak disebut di dalamnya, dan berusaha untuk meruntuhkannya. Mereka tidak mungkin memasukinya, melainkan dengan takut-takut. Bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, azab yang besar.
2:122. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku, yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan bahawa Aku lebihkan kamu di atas semua alam.
2:152. Maka ingatlah pada-Ku, Aku akan
ingat padamu, dan berterimakasihlah kepada-Ku, dan jangan kamu tidak percaya
kepada-Ku.
2:198. Tidak salah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci, dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia beri petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang sesat.
2:200. Apabila kamu sudah laksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu ingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia ada yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia" dan tiada baginya bahagian di akhirat.
2:203. Dan ingatlah akan Allah selama hari-hari tertentu yang terhitung. Jika sesiapa bercepat-cepat dalam dua hari, itu tidak berdosa baginya, dan jika sesiapa melambatkannya, ia bukan satu dosa padanya, jika dia bertakwa. Dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
2:231. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik; jangan tahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa buat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Jangan ambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia turunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tahu segala sesuatu.
2:235. Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai
lamaran kepada perempuan-perempuan yang kamu tawari, atau sembunyikan di dalam
diri kamu. Allah tahu bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka, tetapi
jangan berjanji dengan mereka secara rahsia tanpa kamu ucapkan perkataan yang
baik, dan jangan kamu putuskan untuk ikatan perkahwinan sehingga kitab
(kepastian) sampai tempohnya; dan ketahuilah bahawa Allah tahu apa yang di dalam
diri kamu; ma
2:239. Jika kamu dalam ketakutan, maka sambil berjalan kaki, atau menunggang. Apabila kamu telah aman, ingatlah akan Allah sebagaimana Dia telah ajar kamu apa yang kamu tidak tahu.
3:41. Dia berkata, "Pemeliharaku, buatkan untukku satu ayat (tanda)." Dia berkata, "Ayat kamu ialah bahawa kamu tidak berkata-kata, kecuali dengan isyarat, kepada manusia selama tiga hari, dan ingatlah Pemelihara kamu dengan banyak, dan sanjunglah pada waktu petang dan awal pagi hari."
3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan jangan kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk.
3:135. Yang, apabila mereka lakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan minta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan ampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka lakukan sedang mereka mengetahuinya.
3:191. Yang mengingati Allah berdiri dan
duduk dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit
dan bumi, "Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau cipta ini dengan sia-sia.
Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.
4:103. Apabila kamu sudah laksanakan solat, ingatlah akan Allah berdiri dan duduk dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukan solat; sesungguhnya waktu solat adalah dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
4:142. Orang-orang munafik hendak tipu Allah, tetapi Allah, Dia yang tipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingati Allah, kecuali sedikit.
5:4. Mereka tanya kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu kamu ajar, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah ajar kamu, maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan."
5:7. Dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan perjanjian-Nya yang Dia buat dengan kamu apabila kamu berkata, "Kami dengar, dan kami taat." Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah tahu apa yang di dalam dada.
5:11. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas
kamu apabila satu kaum bermaksud untuk menjulurkan kepada kamu tangan-tangan
mereka, dan Dia tahan tangan-tangan mereka daripada kamu; dan takutilah Allah;
dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.
5:20. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia lantik di kalangan kamu Nabi-Nabi, dan Dia lantik kamu jadi raja-raja, dan Dia beri kamu yang Dia tidak beri seseorang pun di semua alam.
5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku kukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia dalam buaian dan dewasa, dan apabila Aku ajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu cipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu hembus ke dalamnya lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu sembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu keluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku tahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'
6:118. Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama
Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya.
6:119. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah jelaskan kepada kamu apa yang Dia haramkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang mencabul.
6:121. Dan jangan makan apa yang padanya nama Allah tidak disebut; ia
adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka
untuk membantah kamu, dan jika kamu taati mereka, kamulah orang-orang yang
sekutukan.
6:138. Mereka berkata, "Binatang ternak dan tanaman ini adalah larangan; tiada yang akan makan kecuali siapa yang kami hendaki" - demikian mereka dakwa - "Dan binatang ternak yang punggungnya diharamkan, dan binatang ternak mereka tidak mengingati (menyebut) nama Allah padanya"; untuk mengada-adakan terhadap-Nya. Kelak Dia akan balas mereka atas apa yang mereka ada-adakan.
7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu telah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia beri amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia lantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan tambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."
7:74. Dan ingatlah apabila Dia lantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia tempatkan kamu di bumi, ambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan pahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan jangan buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."
7:86. Dan jangan duduk di setiap jalan, mengancam dan halangi jalan Allah orang-orang yang percaya kepada-Nya, dan inginkannya jadi bengkok. Dan ingatlah ketika kamu sedikit, dan Dia lipatgandakan kamu, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang buat kerosakan.
7:171. Dan apabila Kami goncangkan gunung di atas mereka, seakan-akan ia
langit-langit, dan mereka sangka ia akan jatuh kepada mereka. "Ambillah dengan
kekuatan apa yang Kami beri kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya
supaya kamu bertakwa."
7:205. Ingatlah akan Pemelihara kamu di dalam jiwa (diri) kamu, dengan rendah diri, dan rasa takut, dan ucapan yang tidak lantang pada waktu pagi dan petang. Jangan kamu jadi di kalangan orang-orang yang lalai.
8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka tawakal,
8:26. Dan ingatlah ketika kamu sedikit dan hina di bumi, dan takut-takut manusia akan sambar kamu; tetapi Dia beri kamu perlindungan dan Dia kukuhkan kamu dengan pertolongan-Nya, dan rezekikan kamu dengan benda-benda yang baik, supaya kamu berterima kasih.
8:45. Wahai orang-orang yang percaya, apabila sahaja kamu bertemu satu pasukan, maka berdiriteguhlah kamu, dan ingatlah akan Allah dengan banyak agar kamu beruntung.
11:114. Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya
perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi
orang-orang yang mahu ingat.
12:42. Kemudian dia berkata kepada orang yang dia sangka akan diselamatkan antara keduanya, "Sebutlah aku kepada pemelihara kamu." Tetapi syaitan jadikan dia lupa untuk menyebutnya kepada pemeliharanya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun.
12:85. Mereka berkata, "Demi Allah, kamu tidak berhenti-henti mengingati Yusuf sehingga kamu hilang tenaga dan jadi kurus kering kerana kesedihan, atau termasuk orang-orang yang binasa."
14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
17:46. Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.
18:24. Tetapi hanya, "Jika Allah hendak"; dan ingatlah akan Pemelihara
kamu apabila kamu lupa, dan katakan, "Mudah-mudahan Pemeliharaku beri petunjuk
kepadaku pada sesuatu yang lebih dekat dengan yang lurus daripada yang ini."
18:63. Berkata, "Apa pendapat kamu? Tatkala kita ambil perlindungan di batu, lalu aku lupakan ikan; dan hanya syaitanlah yang buat aku lupakannya, supaya aku tidak ingatkannya; dan ia ambil jalannya ke laut dengan cara menakjubkan."
19:16. Dan ingatlah di dalam Kitab, Mariam, apabila dia
berundur daripada keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur.
19:41. Dan ingatlah di dalam Kitab, Ibrahim; sesungguhnya dia seorang yang benar, seorang Nabi.
19:51. Dan ingatlah di dalam Kitab, Musa; dia tulus, dan dia seorang Rasul, seorang Nabi.
19:54. Dan ingatlah di dalam Kitab, Ismail; dia benar dengan janjinya, dan dia seorang Rasul, seorang Nabi.
19:56. Dan ingatlah di dalam Kitab, Idris; sesungguhnya dia seorang yang benar, seorang Nabi.
19:67. Tidakkah manusia ingat bahawa
Kami telah menciptanya dari dahulu sedang dia sama sekali tiada?
20:34. Dan mengingati Engkau dengan banyak.
21:36. Apabila orang-orang tidak percaya melihat kamu, mereka hanya ambil kamu untuk ejekan, "Inikah orang yang menyebut-nyebut tuhan-tuhan kamu?" sedang mereka, kepada Peringatan Yang Pemurah adalah orang-orang tidak percaya.
21:60. Mereka berkata, "Kami dengar seorang pemuda yang menyebut-nyebut mereka, dan dia dikatakan Ibrahim."
22:28. Supaya mereka saksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."
22:34. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu
peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang
Dia rezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk
patuhlah. Dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,
22:35. Orang-orang yang, apabila Allah diingatkan (disebut), hati mereka gementar, dan yang sabar atas apa sahaja yang menimpa mereka, dan yang melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka.
22:36. Dan binatang-binatang korban - Kami buatkan mereka untuk kamu sebagai antara tanda-tanda Allah, di mana ada kebaikan untuk kamu. Maka ingatlah (sebutlah) nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya rebah, makanlah daripadanya, dan berilah makan kepada pengemis, dan orang yang meminta. Begitulah Kami tundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu berterima kasih.
22:40. Orang-orang yang diusir daripada tempat-tempat tinggal mereka dengan
tanpa patut, melainkan mereka berkata, "Pemelihara kami ialah Allah." Sekiranya
Allah tidak usir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian lain, tentu
dirobohkan biara-biara, dan gereja-gereja, dan salawat (tempat-tempat sembahyang
Yahudi), dan masjid-masjid, yang di dalamnya nama Allah disebut dengan
banyak. Sungguh, Allah akan tolong orang yang menolong-Nya; sesungguhnya Allah
Kuat, Perkasa.
24:36. Di dalam rumah-rumah yang Allah izinkan untuk dinaikkan, dan nama-Nya disebut di dalamnya; di dalamnya menyanjung-Nya, pagi dan petang,
26:227. Kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan mereka mengingati Allah dengan banyak, dan menolong diri-diri mereka sendiri setelah dizalimi; dan orang-orang buat kezaliman pasti akan tahu di mana tempat balik yang mereka akan dibalikkan.
33:9. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila tentera datang kepada kamu, dan Kami utus kepada mereka suatu angin, dan tentera yang kamu tidak lihat; dan Allah lihat apa kamu buat.
33:34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada
ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.
33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang rendah hati dan perempuan yang rendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati - bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang besar.
33:41. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah Allah dengan banyak,
35:3. Wahai manusia, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu; adakah pencipta, selain daripada Allah, yang beri rezeki untuk kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu boleh berpaling?
37:13. Dan, apabila mereka diingatkan, mereka tidak ingat,
38:17. Sabarlah atas apa mereka kata, dan ingatlah akan hamba Kami Daud
yang mempunyai kekuatan; dia seorang yang kembali.
38:41. Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, apabila dia panggil Pemeliharanya, "Sesungguhnya syaitan menyentuhku dengan keletihan dan azab."
38:45. Dan ingatlah akan hamba-hamba Kami, Ibrahim, Ishak, dan Yaakub, yang mempunyai tangan (kekuatan) dan pandangan.
38:48. Dan ingatlah akan Ismail, Alyasa, dan Zulkifli; masing-masing adalah daripada orang-orang yang terbaik.
39:45. Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah
hati orang-orang tidak percayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain
daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka gembira.
40:44. Kamu akan ingat apa yang aku kata kepada kamu. Aku serahkan urusanku kepada Allah; sesungguhnya Allah lihat hamba-hamba-Nya."
43:13. Supaya kamu duduk di atas punggungnya, dan kemudian mengingatkan rahmat Pemelihara kamu apabila kamu duduk di atasnya, dan berkata, "Dia disanjung, yang tundukkan ini untuk kami, dan kami sendiri tidak setanding dengannya,
46:21. Dan ingatlah saudara kepada Ad, apabila dia beri amaran kepada kaumnya di tepi bukit pasir - dan sesungguhnya pemberi-pemberi amaran telah berlalu di hadapannya dan belakangnya -"Jangan kamu sembah siapa pun melainkan Allah! Sesungguhnya aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."
47:20. Orang-orang yang percaya berkata, "Mengapa satu surah tidak diturunkan?" Kemudian, apabila satu surah yang jelas diturunkan, dan di dalamnya perang disebut, kamu lihat orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit memandang kepada kamu dengan pandangan seorang ditutupi kematian padanya; tetapi yang lebih patut bagi mereka,
62:10. Kemudian, apabila solat telah diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah, dan ingatlah Allah dengan banyak agar kamu beruntung.
73:8. Dan ingatlah nama Pemelihara kamu, dan abdilah kepada-Nya dengan pengabdian yang bersungguh-sungguh.
74:55. Maka sesiapa yang hendak akan
mengingatinya.
74:56. Dan mereka tidak mengingatinya, kecuali apa yang Allah hendaki; Dia yang wajar ditakwakan, dan wajar untuk ampunan.
76:1. Bukankah telah datang kepada manusia satu waktu daripada masa apabila ia
adalah sesuatu yang tidak diingatkan?
76:25. Dan ingatlah (sebutlah) nama Pemelihara kamu pada awal pagi dan petang,
80:12. Dan sesiapa hendak akan mengingatinya,
87:15. Dan mengingati (menyebut) nama Pemeliharanya, dan menyembah.
Di bawah ini disenaraikan ayat-ayat
mengandungi kalimat -
dzikr atau zikir
2:200. Apabila kamu sudah laksanakan peribadatan kamu,
ingatlah Allah
sebagaimana kamu ingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia
ada yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia" dan tiada
baginya bahagian di akhirat.
3:58. Itu yang Kami bacakan kamu adalah daripada ayat-ayat dan Peringatan yang bijaksana.
5:91. Syaitan hanya hendak sebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk halangi kamu daripada Peringatan Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?
7:63. Adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu, supaya dia beri amaran kepada kamu, dan kamu jadi bertakwa supaya dikasihani."
7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu telah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia beri amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia lantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan tambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."
12:42. Kemudian dia berkata
kepada orang yang dia sangka akan diselamatkan antara keduanya, "Sebutlah aku kepada pemelihara kamu." Tetapi
syaitan jadikan dia lupa untuk menyebutnya kepada pemeliharanya,
supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun.
12:104. Kamu tidak minta upah untuknya; ia tidak lain hanyalah peringatan bagi semua alam.
13:28. Orang-orang yang percaya, hati mereka tenteram dengan Peringatan Allah - dengan Peringatan Allah, hati jadi tenteram.
15:6. Mereka berkata, "Kamu, yang Peringatan diturunkan, kamu sesungguhnya telah dirasuk.
15:9. Kamilah yang turunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya.
16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami turunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu menjelaskan kepada manusia apa diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka fikirkan.
18:28. Dan sabarkan diri kamu dengan orang-orang yang seru Pemelihara mereka
pada waktu pagi dan petang, dengan hendakkan wajah (sokongan)-Nya, dan jangan
mata-mata kamu berpaling daripada mereka kerana hendakkan perhiasan kehidupan
dunia; dan jangan taati orang yang hatinya Kami lalaikan daripada
peringatan Kami supaya dia mengikuti keinginannya, dan urusannya melewati batas.
18:70. Berkata, "Jika kamu ikut aku, maka jangan tanya aku sesuatu sehingga aku sendiri kemukakan sebutan mengenainya kepada kamu."
18:83. Mereka tanya kamu mengenai Zul-Karnain (yang mempunyai dua tanduk). Katakanlah, "Aku akan bacakan kamu Peringatan mengenainya."
18:101. Yang mata mereka ditudung daripada Peringatan-Ku, dan mereka tidak boleh mendengar.
19:2. Ingatkanlah pengasihan Pemelihara kamu kepada hamba-Nya, Zakaria.
20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah
Aku, dan lakukan solat untuk mengingati Aku.
20:42. Pergilah kamu dan saudara kamu dengan ayat-ayat-Ku, dan jangan lalai untuk mengingati-Ku.
20:99. Demikian Kami ceritakan kepada kamu berita-berita daripada apa yang telah berlalu, dan Kami beri kamu peringatan daripada sisi Kami.
20:113. Begitulah Kami turunkannya sebagai sebuah al-Qur'an bahasa Arab, dan Kami mengulang-ulangi di dalamnya sesuatu daripada ancaman, supaya mereka bertakwa, atau ia menimbulkan peringatan bagi mereka.
20:124. Tetapi, sesiapa berpaling daripada Peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami bangkitkan dia buta."
21:2. Tiada
Peringatan daripada Pemelihara mereka datang kepada mereka
yang baru, melainkan mereka mendengarkannya dengan bermain-main,
21:10. Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu sebuah Kitab yang di dalamnya Peringatan kamu; tidakkah kamu faham?
21:24. Atau, adakah mereka ambil tuhan-tuhan selain daripada-Nya? Katakanlah, "Kemukakan buktimu! Inilah Peringatan bagi orang-orang bersamaku, dan Peringatan orang-orang sebelumku." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu yang benar, lalu mereka berpaling.
21:36. Apabila orang-orang tidak percaya melihat kamu, mereka hanya ambil kamu untuk ejekan, "Inikah orang yang menyebut-nyebut tuhan-tuhan kamu?" sedang mereka, kepada Peringatan Yang Pemurah adalah orang-orang tidak percaya.
21:42. Katakanlah, "Siapakah yang akan lindung kamu pada waktu malam dan siang
hari daripada Yang Pemurah?" Tidak, tetapi daripada Peringatan Pemelihara
mereka, mereka berpaling.
21:48. Kami beri Musa dan Harun, Pembeza, Sinaran, dan Peringatan, bagi orang-orang bertakwa,
21:50. Dan ini adalah Peringatan yang diberkati, yang Kami turunkan; maka adakah kamu sekarang menafikannya?
21:105. Sesungguhnya Kami telah tuliskan di dalam Zabur, sesudah Peringatan, "Bumi akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih."
23:71. Sekiranya yang benar ikut keinginan mereka, langit dan bumi dan apa sahaja di dalamnya tentu rosak. Tidak, Kami datangkan kepada mereka Peringatan mereka, tetapi daripada Peringatan mereka, mereka berpaling.
23:110. Tetapi kamu ambil mereka untuk buah ejekan sehingga mereka buat kamu
lupakan Peringatan-Ku, dengan ketawakan mereka.
24:37. Adalah lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak pesongkan mereka daripada Peringatan Allah, dan untuk melakukan solat, dan untuk memberi zakat, dan takut akan satu hari apabila hati dan penglihatan dibalik-balikkan kepadanya.
25:18. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Tidak patut bagi kami ambil untuk kami wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Engkau; tetapi Engkau telah beri kesenangan hidup mereka dan bapa-bapa mereka sehingga mereka melupakan Peringatan, dan mereka adalah kaum yang keji."
25:29. Sesungguhnya dia sesatkan aku daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia."
26:5. Tetapi tiada peringatan yang baru datang kepada mereka daripada Yang Pemurah, melainkan mereka berpaling daripadanya.
29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukan
solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Peringatan Allah adalah
lebih besar; dan Allah tahu apa yang kamu kerjakan.
33:41. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah Allah dengan banyak,
36:11. Kamu hanya beri amaran kepada orang yang ikut Peringatan, dan yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib; maka berilah dia berita gembira dengan ampunan dan upah yang mulia.
36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidak patut baginya. Ia hanya satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.
37:3. Dan pembaca-pembaca Peringatan,
37:168. "Sekiranya kami ada
Peringatan daripada orang-orang dahulu,
37:169. Tentu kami jadi hamba-hamba Allah yang tulus."
38:1. Sad. Demi al-Qur'an yang mengandungi Peringatan.
38:8. Apa, adakah Peringatan diturunkan kepada dia antara kita semua?" Tidak, tetapi mereka adalah dalam keraguan mengenai Peringatan-Ku; tidak, mereka belum lagi merasakan azab-Ku.
38:32. Dia berkata, "Sesungguhnya aku cintai kecintaan pada benda-benda yang baik lebih daripada mengingati Pemeliharaku sehingga tersembunyi di belakang hijab (tabir).
38:49. Ini adalah Peringatan; dan bagi orang-orang bertakwa, tempat kembali yang baik,
38:87. Ia, tidak lain, melainkan Peringatan bagi semua alam,
39:22. Adakah orang yang dadanya Allah lapangkan untuk Islam, lalu dia berjalan
di atas satu cahaya daripada Pemeliharanya? Tetapi kecelakaanlah bagi
orang-orang yang hati mereka keras terhadap Peringatan Allah! Mereka itu
adalah dalam kesesatan yang nyata.
39:23. Allah turunkan hadis paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.
41:41. Orang-orang tidak percaya kepada
Peringatan apabila ia datang
kepada mereka - dan sesungguhnya ia adalah Kitab yang perkasa.
43:5. Adakah Kami akan ketepikan Peringatan daripada kamu, kerana kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan)?
43:36. Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami tentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai,
43:44. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi kamu, dan bagi kaum kamu; dan sungguh, kamu akan ditanya.
53:29. Maka berpalinglah kamu daripada orang yang berpaling daripada Peringatan Kami, dan hendak hanya kehidupan dunia.
54:17. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur’an untuk
Peringatan. Adakah
sesiapa mengingatinya?
54:22. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa mengingatinya?
54:25. Adakah Peringatan dilemparkan kepadanya satu-satunya antara kita? Tidak, tetapi dia pendusta yang biadab."
54:32. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa mengingatinya?
54:40. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa mengingatinya?
57:16. Tidakkah ia masanya untuk hati orang-orang yang percaya ditundukkan
kepada Peringatan Allah, dan yang Benar Dia turunkan, dan mereka tidak
jadi seperti orang-orang diberi al-Kitab sebelumnya, dan tempohnya dirasakan
terlalu panjang kepada mereka, lalu hati mereka jadi keras, dan kebanyakan
mereka adalah orang-orang fasiq?
58:19. Syaitan telah menguasai mereka, dan jadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!
62:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila dipanggil untuk solat pada hari berkumpul, bersegeralah kepada mengingati Allah, dan tinggalkan jual beli, itu lebih baik bagi kamu jika kamu tahu.
63:9. Wahai orang-orang yang percaya, jangan harta-harta kamu dan jangan juga anak-anak kamu memesongkan kamu daripada Peringatan Allah; sesiapa buat demikian itu, merekalah orang-orang yang rugi.
65:10. Allah sediakan bagi mereka azab yang keras. Maka takutilah Allah, wahai orang-orang empunya minda! Orang-orang yang percaya, Allah telah turunkan kepada kamu Peringatan,
68:51. Orang-orang tidak percaya hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan
mereka, apabila mereka dengar Peringatan, dan mereka berkata,
“Sesungguhnya dia orang yang dirasuk!”
68:52. Dan tiadalah ia, melainkan
Peringatan bagi semua alam.
72:17. Supaya Kami uji mereka dengannya. Dan sesiapa berpaling daripada
Peringatan Pemeliharanya, Dia mengasakkannya kepada azab yang keras.
77:5. Dan yang melemparkan Peringatan,
81:27. Tiadalah ia, melainkan Peringatan bagi semua alam,
94:4. Tidakkah Kami naikkan sebutan kamu?
~ A Concordance of the Qur'an halaman 388
Kalimat
Pilihan
Terkini
Artikel Bacaan
E-Mail Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan
Lazim Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman