Hukum Bersumpah dengan al-Qur'an
From: mariamar
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wed, June 16, 2010 4:05:00 PM
Subject:
Salamun Alaikum..
Saya ingin tahu apa hukum nya apabila kita hendak buktikan sesuatu kebenaran dengan cara sumpah al-quran.
Sila jelaskan.
Terima kasih
 Salamun 
              alaikum,
 Salamun 
              alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami untuk bertanya tentang hukum, iaitu satu perkara yang malangnya kami tidak gemar, terutamanya atas sesuatu yang tidak disebut di dalam al-Qur'an, seperti bersumpah dengan al-Qur'an.
Sebelum meneruskan penjelasan, kami ingin mengingatkan bahawa apa yang dikatakan di sini adalah bukan dituju khas kepada penanya, tetapi umum, sama seperti yang lalu. Pun begitu, ada juga yang manganggap jawapan kami sebagai peribadi lalu jadi tersinggung. Maaf jika berlaku demikian.
Balik kepada soalan pokok. Mengapa segalanya (atau hampir segalanya) mesti ditanya tentang hukumnya - wajib, sunat, makruh, berdosa atau tidak, dan sebagainya? Kami dapati amalan ini jadi pakaian dalam agama ajaran manusia.
Mengapa pula tidak difikirkan tentang amalan yang diadakan, atau mengadakan dusta terhadap Allah jika amalan itu dikatakan amalan Islam sebenar, sepertimana diajar dalam ajaran Allah?
Sudah pun diketahui bahawa Allah tidak ajar bersumpah dengan al-Qur'an, daripada senarai ayat-ayat-Nya yang mengandungi kalimat sumpah yang baru diterbitkan di laman web ini. Atau, setelah membaca Janji dan Sumpah di mana ditunjukkan juga cara bersumpah menurut ajaran-Nya. Turut disebut di dalam artikel Empat Saksi, Lima Sumpah atau Mubahalah?
Justeru, amalan tersebut adalah suatu amalan 
              yang diadakan dalam agama. orang-orang yang mengada-adakan 
              akan ditanya pada Hari Kiamat. Firman Allah,
 
"Sungguh, mereka akan pikul beban-beban mereka, dan beban-beban yang lain bersama beban-beban mereka, dan pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka ada-adakan." (29:13)
Itu berat. Biar Allah sahaja yang menghukum. Urusan menetapkan hukum bukan urusan kita. Bagi kita pula hanya sampaikan, dan beri nasihat, seperti nasihat-Nya berbunyi:
"Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan." (6:112)
Nasihat atau perintah Allah adalah dituruti, 
              setelah mengatakan Dia yang sebenarnya disembah dan ditakuti.
Allah disanjung!
18 Jun 2010
Halaman Utama   
	Terkini   Perpustakaan  
	Artikel   Bacaan  
	
	E-Mail   
	Hiasan   
	Kalimat Pilihan
	Keratan Akhbar  
	Penemuan   
	Soalan Lazim  
	Sudut Pelajar   
		
		Senarai Penulis   English 
Articles
	 Tulis kepada Pengurus 
Laman
 
	Tulis kepada Pengurus 
Laman