Pengalaman waktu Fajar
From: sky5ire
Date: 2010/4/24
Subject: Pengalaman waktu Fajar
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>
Salamun'alaikum,"Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan." (20:114)
Pengalaman yang saya ketengahkan ini bukanlah untuk menunjukkan yang saya ini baik, bagus dah sebagainya. mungkin ianya suatu kebetulan, teguran atau mungkin juga ianya sebenar-benar petunjuk. apabila kita diberi petunjuk kepade sesuatu kebaikkan, alangkah baiknya jika kita berkongsi sama supaya ianya dapat memudahkan urusan kita seharian
Saya percaya kita telah pun memahami akan waktu2 solat yang telah ditetapkan oleh Allah
Hampir kesemua manusia yang mendirikan solat berpegang kepade waktu atau masa, iaini dengan melihat jam (clock) untuk memastikan telah masuk waktu untuk bersolat dan yang paling diketahui ialah azan
Fikirkan dan renungkan, pada zaman para nabi dan Rasul dahulu tiada sesuatu yang digelar jam untuk mereka tentukan telah masuknya waktu untuk bersolat...bagaimana mereka ingin menyeru kepade orang2 yang percaya pada ketika itu untuk mendirikan solat?
Waktu dan masa itu telah pun ditetapkan oleh Allah melalui ayatNya;
"Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam." (11:114)
Sedikit penjelasan mengenai dua tepi siang
Siang yang pertama ialah fajar dan kedua wusta(maghrib) jika kita perhatikan dengan teliti kita akan dapati bahawa kedua-dua waktu ini mempunyai satu cahaya yang sama
"Lakukan solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam" (17:78)...iaitu solat wusta(maghrib)
kita akan dapati bahawa cahaya yang dilangit pade ketika itu ialah diantara terang dan gelap dan cahaya ini juga terdapat pada fajar ketika terbitnya iaitu gelap dan terang dipertengahan terang dan gelap, gelap dan terang adelah satu cahaya yang sama Petunjuk dari Allah melalui cahaya, telah masuk waktu untuk mendirikan solat
Tetapi bagaimana pula jika cuaca pade ketika itu mendung atau hujan..? ambil jalan yang terbaik pade ketika itu (jam) bagaimana pula jika tiada jam...? zaman sekarang segala kemudahan ade, itu adelah alasan orang2 yang malas untuk mendirikan solat.
Pengalaman saya,
Ketika bangun pagi untuk solat fajar saya berwuduk dan lantas berbaring sementara menantikan masuk waktu
Waktu dan masa jadi suatu soalan yang besar ketika itu kerana ianya bukan seperti waktu 'solat subuh' yang mane ade masa yang telah ditetapkan oleh manusia dan ade laungan azan.
dan untuk menantikan terbit fajar pun saya masih kurang faham akan bilakah masa yang sesuai sambil melihat kelangit dan tertanya tanya adekah ini masa yang sesuai kerana yang saya tahu ialah diantara pukul 6.35 - 6.40 masa yg terbaik kerana telah kelihatan cahaya dilangit
saya baring sambil pejamkan mata, suasana agak sunyi dan sepi walaupun flat saya berdekatan dengan jalanraya
jam didinding pade tika itu ialah 6.30 masih gelap lagi
dalam keadaan berbaring terpejam mata memikirkan akan fajar itulah suasana sunyi sepi secara tiba2 jadi bising dengan kicauan burung2 yang tadinya hanya seekor dua sahaja yang berbunyi kini jadi seperti berpuluh puluh riuh rendah
mereka seolah olah menyambut kedatang fajar dengan penuh gembira dan pada masa yang sama saya dapat merasakan atau mendengar dengungan yang agak sukar untuk saya jelaskan, seperti bumi ini 'hidup' kembali seperti alam ini turut 'berkicau' bersama burung2
dan menghairankan lagi lebih kurang seminit dua kesemua burung2 tuh secara serentak berhenti berkicau
sungguh menakjubkan....
dan hal ini berlaku untuk beberape hari dan selepas itu tiada kedengaran lagi
puas saya cuba namun hanya sekali sekala sahaje hal ini dapat saya rasakan
Waktu dan masa untuk fajar sudah jelas kepade saya
dan pade wusta....saya berdiri diatas tower crane (saya towercrane operator) yang tingginya lebih dari 20tingkat sambil melihat matahari terbenam dan memandang kelangit dan dengan deruan angin kencang saya menyeru.... Allah Ya Rahman
benarlah kata Allah;
24:41. Tidakkah kamu lihat bagaimana segala di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing, Dia tahu solatnya, dan sanjungannya; dan Allah tahu apa mereka buat.
Allah disanjung
akhir kata..,
wahai pemelihara ku
aku bukanlah seorang yang soleh
tidak juga dari keturunan yang soleh
dan tidak juga aku mengenali dan berada dikalangan mereka yang soleh
tetapi dengan pengasihan Engkau
masukkanlah aku dikalangan hamba2 Mu yang soleh
Engkaulah yg terbaik diantara yg berpengasihan
Engkaulah Yg Suci Yg Terpuji Yg Germilang Yg Mulia
Salamun
alaikum,
Terima kasih atas kesudian berkongsi pengalaman amat berharga dengan para pembaca. Pengalaman seperti ini harus diketengahkan demi kefahaman Kitab yang dijunjung. Begitu juga dengan doa, yang kami berpendapat, harus jadi contoh.
Sebenarnya, di sini juga telah menerima pengajaran yang sama, iaitu daripada "ayat burung solat" untuk menetapkan waktu fajar dan solatnya. Bagi waktu tepi siang kedua pun sama, apabila melihat (Allah suruh lihat, menurut ayat 24:41 di atas) mereka yang tidur di pokok-pokok, buat "bising" beberapa minit sebelum mereka senyap, sewaktu hari jadi semakin gelap.
Antara rakan-rakan kami ada yang turut percayai tentang penetapan waktu fajar seperti tersebut. Namun, ada juga yang mempersendakan, kerana bagi mereka, ambil petunjuk daripada burung tidak menunjuk kewarasan.
Burung ada kelebihan kerana disebut beberapa kali di dalam al-Qur'an. Antaranya ia disebut dalam cerita-cerita Nabi iaitu Ibrahim (2:260), Isa (3:49), Yusuf (12:36), Daud (21:79), dan Sulaiman (27:16). Juga terdapat dalam cerita anak Adam (5:31) dan Orang-Orang Gajah (105:3). Mengenainya lagi, Allah telah berfirman menyatakan bahawa ia adalah umat serupa kita. Firman berbunyi,
"Tiada makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang terbang dengan sayap-sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa dengan kamu." (6:38)
Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki.
Dia disanjung!
25 April 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman