Laut dan Darat: Kebenaran Ayat (2)

 

From: ulul_albab6236
Date: Sat, Sep 19, 2009 at 2:18 PM
Subject: kalimat laut dan darat
To:
ebacaan114@gmail.com


Laut dan Darat

Salamun alaikum.

Selamat berpuasa kepada tuan yang saya hormati di penghujung Ramadhan ini. Saya amat menghargai laman web ini yang akan terus jadi medium bermanfaat bagi sahabat-sahabat dalam bersama berkongsi idea dan pendapat dalam usaha kita mentadabur ayat-ayat Allah.  

Saya tertarik pada email yang dikirim oleh rajamaca yang menulis tentang nisbah kalimat laut dan darat dalam al-Quran. Sebelum ini pernah juga terbaca juga di artikel akhbar tentang maklumat yang sama. Jadi saya meluangkan sedikit masa untuk cuba meneliti tentang dua kalimat berlawanan ini yang disebut dalam Al-Quran. Adakah perbandingan laut dan darat adalah bernisbah 13:32? Hanya itu yang saya sendiri cuba pastikan.

<dipadam>

Harap dapat teguran untuk sebarang kesilapan.

ashab kahfi

Salam


Salamun alaikum,

Terima kasih atas teguran yang membina. Bahagian yang dipadam mengandungi ayat-ayat al-Qur'an yang menurut beliau mengandungi 40 perkataan laut (atau bahr dalam bahasa asal).

Ekoran itu kami sendiri telah mengumpul dan kemudian menerbitkan ayat-ayat yang mengandungi kalimat laut dan darat di laman web ini.

Teguran berbangkit daripada e-mel Laut dan Darat: Kebenaran Ayat -rajamaca yang menyatakan:

Di dalam Al-Quran, kata “Daratan” (berr, yabas) disebut sebanyak 13 kali, sedangkan kata “Lautan” (bahr) disebut sebanyak 32 kali (termasuk didalamnya untuk kategori danau & sungai). Jika kita hitung  rasionya maka “Daratan” & “Laut” adalah 13 berbanding 32 atau dalam matematik ditulis 13 : 32. Total keduanya adalah 13 + 32 = 45.
 
Merujuk bentangan Daratan di bumi ini adalah 13 / 45 = 28,888 % = 29 %
dan bentangan Lautan di bumi ini adalah 32 / 45 = 71.111% = 71 %

Untuk membenarkannya melalui sains sahabat rajamaca merujuk Wikipedia. Berikut adalah data yang dipetik daripadanya berkenaan land (darat) dan water (air atau laut) sahaja:

148,940,000 km˛ land (29.2 %)
361,132,000 km˛ water (70.8 %)

Setelah menyusun ayat-ayat yang mengandungi kalimat laut dan darat kami dapati jumlah mereka adalah seperti berikut:

Darat  12 ayat
Laut   39 ayat

Atau diringkaskan kepada peratus seperti bagi land dan water tadi lalu jadi:

Darat  23.5294117% (atau 23.5%) dan,
Laut    76.4705882% (atau 76.5%)

Terdapat perbezaan antara peratus di Wikipedia dengan peratus daripada jumlah ayat-ayat yang kami kumpul. Dalam perbezaan itu terdapat ada yang meningkat (bagi laut atau water) dan ada yang menurun (bagi darat atau land). Peningkatan dan penurunan adalah dengan kiraan 5.7% (29.2 - 23.5 = 5.7 dan 76.5 - 70.8 =5.7).

Perbezaan yang nampak adalah antara data daripada al-Qur'an (diturunkan lebih 1400 tahun lalu) dan Wikipedia (dengan data terkini, menurut ukuran hari ini).

Sedia maklum iaitu paras laut meningkat dari semasa ke semasa, dan pada waktu yang sama, luas darat disempitkan dengannya. Sila rujuk artikel Sinking Feeling yang berkaitan.

Timbul satu pertanyaan pula. Mungkinkah peningkatan dan penurunan tersebut (sebanyak 5.7%) telah berlaku dalam tempoh masa lebih 1400 tahun? Dan tentu akan meningkat lebih cepat, misalan dalam tempoh 100 tahun akan datang, dengan kewujudan masalah ozone yang disebut-sebut dewasa ini.

Selanjutnya didapati kejadian kekurangan pada keluasan permukaan bumi sudah lama dimaklumkan Allah melalui ayat al-Qur'an berbunyi,

"Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami datang ke bumi (atau darat pada hemat kami) dengan mengurangkan tepi-tepinya?" (13:41)

Ayat atau maksud yang sama didapati diulang lagi di dalam ayat 21:44. Di sini timbul pertanyaan yang serupa - mungkinkah bumi yang tepi-tepinya dikurangkan telah dikurangkan sebanyak 5.7% sehingga hari ini, bermula dari tarikh al-Qur'an diturunkan dahulu?

Sekian apa yang kami fikirkan berlaku ekoran daripada perbezaan jumlah ayat laut dan darat yang ditemui oleh tiga pihak. Betulkan mana yang silap. Terima kasih.

Allah disanjung!


21 Sept 2009

Tambahan
(24 Sept 2009)

 

Salamun alaikum,

Bertemu lagi. Kiraan kami di atas berdasarkan jumlah ayat yang mengandungi perkataan laut dan darat. Baik juga dilihat kepada kekerapan perkataan-perkataan itu disebut di dalam al-Qur'an, menurut pendekatan yang telah diguna.

Kekerapan mereka adalah seperti berikut:

Darat - 12 kali disebut, dan
Laut -  41 kali.

Sementara hitungan dalam peratus bagi mereka pula adalah:

Darat - 22.6415094% (atau 22.6%)
Laut -  77.3584905% (atau 77.4%)

Maka terdapat keluasan darat pada hari ini (29.2% menurut Wikipedia) adalah lebih besar daripada keluasan mengikut kiraan berapa kali kalimatnya disebut di dalam al-Qur'an, yang diturunkan lebih 1400 tahun lalu.

Ini tidak mungkin berlaku kerana tepi-tepi bumi telah dikurangkan Allah, menurut ayat 13:41 yang diturunkan di atas.

Apapun, kiraan yang dibuat di halaman ini hanya terbit daripada pendapat bahawa peratus keluasan darat dan laut dapat diketahui dengan mengira berapa kali kalimat-kalimat itu disebut di dalam al-Qur'an. Dan ia tidak berhenti di situ. Selanjutnya, jumlah ayat-ayat mereka pula dikira.

Bagi kami amalan serupa ini baik. Yang benar harus terus dicari tanpa henti. Apatah lagi apabila didapati bahawa Allah sendiri ambil kira segala yang dikurangi daripada bumi, dengan ia dicatat di dalam sebuah kitab yang berada di sisi-Nya. Ayat di bawah menjelaskan:

"Kami tahu apa yang bumi kurangkan daripada mereka; di sisi Kami ada sebuah kitab yang mencatat." (50:4)

Terima kasih kepada dua sahabat yang telah menyemarakkan perbincangan hingga sampai ke sini. Dan di sini juga adalah saat bagi kami undurkan diri.

Salam.


24 Sept 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
 Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

  Tulis kepada Pengurus Laman