Laut dan Darat: Kebenaran Ayat

 

From: rajamaca
Date: 2009/9/10
Subject: Allah Bijaksana.
To:
ebacaan114@gmail.com


Salam.
 
Selamat berpuasa dan semuga tuan dan sahabat sahabat di rahmati. Saya ingin berkongsi mukjizat AlQuran melalui sains.
 
Tuan,adakah ini satu kebetulan wahyu atau Allah telah merancang menurut ilmu Nya yang Bijaksana?
 
Di dalam Al-Quran, kata “Daratan” (berr, yabas) disebut sebanyak 13 kali, sedangkan kata “Lautan” (bahr) disebut sebanyak 32 kali (termasuk didalamnya untuk kategori danau & sungai). Jika kita hitung  rasionya maka “Daratan” & “Laut” adalah 13 berbanding 32 atau dalam matematik ditulis 13 : 32. Total keduanya adalah 13 + 32 = 45.
 
Merujuk bentangan Daratan di bumi ini adalah 13 / 45 = 28,888 % = 29 %
dan bentangan Lautan di bumi ini adalah 32 / 45 = 71.111% = 71 %
 
Benarkah ini merupakan petunjuk dari Al-Quran? Mari kita buktikan melalui sains.
 
KIta boleh mencari di semua ensiklopedia di seluruh dunia bahwa bumi kita ini terdiri dari Daratan 29 % dan Lautan 71 %.
 
MasyaAllah…begitu tepatnya Al-Quran.
 

EARTH: sumber wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Earth
Physical characteristics

Mean radius 6,371.0 km
Equatorial radius 6,378.1 km
Polar radius 6,356.8 km
Flattening 0.0033528
Circumference 40,075.02 km (equatorial)
40,007.86 km (meridional)
40,041.47 km (mean)
Surface area 510,072,000 km˛
148,940,000 km˛ land (29.2 %)
361,132,000 km˛ water (70.8 %)
Volume 1.0832073 × 1012 km3
Mass 5.9736 × 1024 kg
Mean density 5.5153 g/cm3
Equatorial surface gravity 9.780327 m/s˛
0.99732 g
Escape velocity 11.186 km/s
Sidereal rotation
period 0.99726968 d
23h 56m 4.100s
Equatorial rotation velocity 1,674.4 km/h (465.1 m/s)
Axial tilt 23.439281°
Albedo 0.367
Surface temp.
Kelvin
Celsiusmin
mean
max
184 K 287 K 331 K
?89 °C 14 °C 57.7 °C

Apabila fakta sains ini membenarkan AlQuran maka hati saya bertambah yakin terhadap akan kebenaran Al Quran itu tersendiri.
 
 
Allah Bijaksana lagi Penyantun.
Salam


Salamun alaikum,

Terima kasih. Syabas! Sungguh menakjubkan. Input amat cucuk dengan bulan al-Qur'an diturunkan. Mungkinkah ia satu lagi kunci pada yang ghaib yang dapat dijelaskan. Dijelaskan dengan sains. Kunci-kuncinya direkod di dalam Kitab yang jelas, atau pada hemat kami, bermaksud berada di dalam sistem yang sudah diprogramkan-Nya. Mungkin juga ayat berikut berkaitan dengan apa dibincangkan di sini:

"Pada-Nya kunci-kunci pada yang ghaib; tiada yang ketahuinya melainkanDia. Dia tahu apa yang di darat dan laut, dan tiada sehelai daun yang jatuh melainkan Dia ketahuinya. Tiada sebutir biji dalam kegelapan bumi, dan tiada satu benda, segar atau kering, kecuali di dalam Kitab yang jelas." (6:59)

Semasa berada di bangku sekolah (zaman) dahulu, kami diberitahu dalam Geografi bahawa satu per lima daripada pemukaan bumi adalah tanah (darat) dan bakinya, empat per lima, air (laut/lautan). Mungkin tidak tepat (kerana zaman dahulu) tetapi hakikatnya, semua diukur. Demikianlah sistem Allah yang telah ditetapkan, iaitu menurut ukuran. Ukurannya pula mampu diketahui. Sila renungkan ayat-ayat di bawah:

"segala sesuatu di sisi-Nya ada ukurannya." (13:8)

"Sesungguhnya Kami cipta segala sesuatu menurut ukuran." (54:49)

"Sesungguhnya Allah adakan ukuran bagi segala sesuatu." (65:3)

"Tiadalah sesuatu melainkan perbendaharaannya adalah di sisi Kami, dan Kami tidak turunkannya melainkan dengan ukuran yang diketahui." (15:21)

Mengapa diadakan ukuran begitu bagi laut dan darat? Kami tidak tahu jawapannya dengan tepat, kerana ia masih jadi ghaib bagi kami. Dan seperti kata guru kami dahulu atas perkara lain, "It's a ten thousand dollar question! Anybody would like to try?"

Ingin berhenti di situ. Selamat meneruskan puasa suku terakhir Ramadan!


Salam.

11 Sept 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman