Kalimat darat di dalam al-Qur'an
Darat diterjemah daripada kalimat BARR yang bermaksud dry
land (as opposed to the sea). Terdapat 12 ayat yang mengandungi kalimat
tersebut, seperti di bawah:
5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan
makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi
pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat
selama kamu dalam haram (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu akan
dikumpulkan.
6:59. Pada-Nya kunci-kunci pada yang ghaib; tiada yang ketahuinya melainkanDia. Dia tahu apa yang di darat dan laut, dan tiada sehelai daun yang jatuh melainkan Dia ketahuinya. Tiada sebutir biji dalam kegelapan bumi, dan tiada satu benda, segar atau kering, kecuali di dalam Kitab yang jelas.
6:63. Katakanlah, "Siapakah yang selamatkan kamu daripada kegelapan darat dan laut?" Kamu seru kepada-Nya dengan rendah diri dan dengan berahsia, "Sungguh, jika Engkau selamatkan daripada ini, kami akan jadi di kalangan orang-orang yang bersyukur (berterima kasih)."
6:97. Dia yang buatkan untuk kamu bintang-bintang supaya dengannya kamu dapat petunjuk dalam kegelapan darat dan laut. Kami telah jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.
10:22. Dia yang menjalankan kamu di darat dan laut; dan apabila kamu di dalam kapal, dan ia berlayar bersama mereka dengan angin yang baik, dan mereka gembira dengannya; lalu datang kepada mereka angin kencang, dan gelombang-gelombang datang kepada mereka dari segenap tempat, dan mereka sangka mereka diliputi olehnya; mereka menyeru (doa) kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya, "Jika Engkau selamatkan kami daripada yang ini, sungguh, kami akan berada di kalangan orang-orang berterima kasih."
17:67. Dan apabila mudarat sentuh kamu di laut, maka sesatlah (hilanglah) orang-orang yang kamu seru, kecuali Dia; dan apabila Dia selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling; manusia tidak berterima kasih (kafir).
17:68. Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan buat darat telan kamu, atau utus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu dapati tiada wakil bagi kamu?
17:70. Kami muliakan Bani Adam dan bawa mereka di darat dan laut, dan rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan lebihkan mereka dengan berlebihan di atas kebanyakan daripada apa yang Kami cipta.
27:63. Atau, siapakah yang beri petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan.
29:65. Apabila mereka naik ke kapal, mereka seru Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke darat, tiba-tiba mereka sekutukan,
30:41. Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri usahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa mereka buat, supaya mereka kembali.
31:32. Dan apabila gelombang menutupi mereka seperti bayang-bayang, mereka seru Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke darat, sebahagian mereka tidak bersungguh-sungguh. Dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali setiap pengkhianat yang tidak berterima kasih (kafir).
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English ArticlesTulis kepada Pengurus Laman