250,000 murtad & Masjid Dibedal & Kecewa
From: "Mak Siti"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: 250,000 murtad di Malaysia
Date: Saturday, July 01, 2006 12:06 PMAssalamualaikum
Beberapa tahun dahulu saya tinggal & bekerja di AS. Salah seorang jiran saya (Kristian) telah kematian isterinya akibat kemalangan. Semenjak hari kejadian sehinggalah beberapa minggu selepas pengkebumian isterinya pihak gereja telah menolong keluarga beliau dengan cara menakjubkan saya.
Pada hari kejadian, saya menerima panggilan talipon beritahu saya mengenainya. Saya juga telah ditanya samada saya sudi meluangkan masa membantu keluarga itu. Kalau iya, bila dan berapa lama. Saya bersetuju. Bila saya sampai di rumah keluarga itu saya lihat beberapa orang wanita sedang lakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas, menggosok, etc. Kelihatan juga rakan-rakan anak-anak keluarga itu sama-sama membantu. Seorang pesara warga emas pula sedang memesin rumput di luar sementara isterinya sibuk di dalam. Dari perbualan dengan mereka, saya dapati jiran-jiran saya yang lain telah mengambil alih hampir kesemua tugas-tugas yang perlu dilakukan termasuklah mempastikan yang ahli-ahli keluarga itu mempunyai pakaian yg sesuai untuk upacara pengkebumian!
Pada hari pengkebumian saya tidak turut serta ke gereja atau ke kubur tetapi saya telah ke rumah jiran saya selepas itu. Suasana di sana mengingatkan saya kepada majlis 'tahlil' yang biasa diadakan di tanah air pada hari pengkebumian di mana kawan-kawan rapat, jiran-jiran dan kaum-keluarga berkumpul untuk membaca Yasin. Perbezaan yang paling ketara ialah kalau di tanah air kita keluarga simati yang biasanya sediakan makanan, di sana orang datang yang membawa makanan. Banyak sekali termasuklah makanan yang boleh di simpan dalam peti ais untuk dimakan oleh keluarga itu kemudian. Maknanya pihak tuan rumah tidak perlu bersusah-payah lansung.
Dihari-hari seterusnya kami telah diberi jadual waktu dan tugas-tugas tertentu untuk membantu keluarga tersebut. Semuanya diatur mengikut kemudahan dan keselesaan kami i.e. tiada paksaan, siapa nak buat buat. Yg tak boleh tak apa. Semua ini mereka lakukan sehinggalah keluarga itu belajar hidup tanpa si isteri/ibu.
Yang paling menyentuh hati saya ialah betapa mereka tidak memisahkan ugama dari kehidupan sehari-hari. Saya dapat tahu kemudian bahawa keluarga itu jarang-jarang ke gereja. Mereka cuma pergi dimusim perayaan sahaja. Tetapi bila mereka ditimpa musibah, semua membantu. Di Malaysia, kalau tak rajin/pernah ke masjid, biasanya macamana kita layan keluarga itu bila mereka ditimpa musibah? Walaupun mereka tahu saya Islam, saya tidak dipinggirkan. Saya pernah ke gereja mereka kerana menghantar pakaian-pakaian lama untuk "Charity Sale". Tak ada sekatan untuk saya ke sana malahan mereka menyambut saya dengan baik. Kalau di Malaysia cuma org-org tertentu saja boleh ke masjid. Kawan-kawan bukan Islam saya kalau diajak ke masjid walaupun hanya untuk melihat-lihat kecantikan masjid, mereka tak mahu. Mereka kata 'susah'. Paling menyedihkan kebanyakan mereka beranggapan Islam hanya untuk Melayu. Kawan-kawan saya yang memeluk Islam pula rata-rata 'menemui Islam' ketika di luar negara. Di Malaysia mereka takut nak bertanya tentang Islam takut jadi isu perkauman. Sedih kan. Kenyataan ini bukannya datang dari golongan yang tidak berpelajaran, tapi dari gologan terpelajar.
Berbalik kepada isu murtad tadi. Dalam hidup ini tiap-tiap seorang dari kita cuma boleh buat keputusan mutlak untuk diri kita sendiri sahaja dengan izin Allah. Kalau Allah tak izin, kita tak dapat 'tukar' orang lain. Saya rasa cara yang paling berkesan untuk menghalang kejadian murtad ini ialah dengan membuat perbandingan diantara apa yang kita, org-org Islam lakukan berbanding dengan apa yg org Kristian lakukan. Kita mestilah bersikap terbuka dan bersedia memperbaikki kelemahan kita. Berhenti menunding jari. Alim-ulama kalau ajar, ajar habis-habis sampai tamat. Sebagai contoh cerita 'payung emas' kawan kita ni. Bukankah Allah dah kata ketaatan yang tidak berbelah-bagi adalah hak Allah semata-mata? Dalam hal-hal lain, Allah suruh gunakan akal fikiran. Kalau kita tahu suami kita tak mampu berpoligami, kita patut tentang habis-habisan sebab Allah kata tak mampu tak boleh. Kalau tidak kita telah bersubahat menganiaya diri kita sendiri, anak-anak kita dan kalau beliau teruskan hasrat beliau, isteri baru dan anak-anak dengan isteri baru beliau. Kita telah 'bantu' suami kita melanggar hukum Allah. Tanyalah alim-ulama apa hukum org yang bersubahat derhaka kepada Allah. Rasa-rasa dapat payung emas ke atau payung api neraka?
Selagi kita tak mengubah cara kita laksanakan Islam, selagi alim-ulama tak ajar sampai tamat, selagi kita pisahkan kehidupan seharian dari ugama, jangan hairanlah kalau anak-anak kita terpesong.
Fikir-fikirkanlah....
Salamun alaikum,
Kandungan e-mel di atas harus jadi suatu renungan dan ikutan demi kembalikan nama baik Islam dan orang-orang kita yang mengaku Islam.
Antara kandungan yang turut menarik perhatian kami ialah kenyataan Mak Siti mengenai pihak tertentu yang "tak ajar sampai tamat" (perenggan akhir).
Bagi kami, frasa tersebut membawa erti ajar dengan tidak sempurna. Oleh kerana tidak sempurna (sebab al-Qur'an dibelakangkan) maka timbul pelbagai kekeliruan dan keraguan dalam agama khasnya terhadap Tuhan yang disembah.
Contoh kekeliruan atau keraguan tersebut dapat dilihat pada e-mel yang tertera di bawah ini:
From: "Badrul" <aidi_zahar@hotmail.com>
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Rumah Allah
Date: Monday, July 24, 2006 2:14 AM
Saya ingn bertanya adakah rumah Allah itu dijaga oleh Allah SWT ? dan jika benar mengapa ada masjid2 yang dibedal oleh org bukan islam seperti tentera israel yang membedal sebuah masjid di lubnan?
Kesilapan utama pertanyaan di atas ialah menganggap masjid sebagai Rumah Allah. Allah tidak ajar bahawa masjid adalah Rumah-Nya. Dia juga tidak menyebut bahawa masjid terlepas daripada sebarang keburukan yang akan menimpa.
Sebaliknya, Dia ada menyebut mengenai sesetengah masjid yang dilarang berdiri atau berada di dalamnya. Dan ada yang dirobohkan. Malah, Masjidil Haram pun tidak terkecuali, kerana ia boleh diserang oleh musuh.
Keraguan Badrul (yang berat padahnya) tidak akan timbul jika dia diajar supaya membaca, memahami dan ikut kandungan Kitab Allah, al-Qur'an. Atau, dia menyarung sikap terbuka dengan membaca apa yang disediakan di laman web ini, seperti artikel Masjid dan Kalimat masjid di dalam al-Qur'an.
Kembali kepada surat Mak Siti. Kami dapat kesan kalau tidak sedikit tapi banyak rasa kecewa pada beliau atas perkara yang berlaku atau yang tidak dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan.
Rasa kecewa umpama itu turut dialami pengirim e-mel yang berikut. Tapi berlainan nota pula. Demikianlah bunyinya:
From: "amir asiah"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: hamba Allah yang kecewa
Date: Wednesday, July 05, 2006 1:17 PMAssalamualaikum.
Saya begitu kecewa dengan keadaan di Malaysia. Inilah akibatnya apabila negara dipimpim oleh orang yang tidak tahu mengagungkan ayat Allah. Jika saya jadi perdana menteri, setiap baris ayat Allah s.w.t akan diikuti dan dilaksanakan.
Al-Quran hanyalah untuk dipertandingkan semata-mata. Kenapa tidak diamalkan? Susah sangat ke? Kahwin, mati, sembelih saja yang perlu ikut Al-Quran. Bab hukum atau undang-undang ikut Barat/Yahudi. Sekarang, lihatlah akibatnya. Maksiat di merata tempat. Semoga berjaya Perdana Menteri
Sesetengah pihak disalahkan pula atas kekecewaan yang dirasai terhadap Islam di Malaysia.
Selanjutnya, kekecewaan didapati bukan sahaja terhadap orang-orang kita di sini tetapi menyeluruh kepada seluruh umat Islam di dunia. Antara orang-orang yang merasakan demikian ialah pengirim e-mel yang berikut:
From: sue adi
Date: Wednesday, March 07, 2007 4:01 AM
Subject: tegakkan agamaAllah perintah umat Islam agar menegakkan agama Allah:-
Surah 9:33
Dialah yang telah utus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak suka.Jika tidak tertegaknya agama itu, umat islam tidak dipandang beragama walau sikit pun:-
Surah 5:68:
"Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu." Sesungguhnya apa diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka jangan kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu."Masalahnya, sebelum melaksanakan hukum Allah itu, misi utama dlm Al-Quran adalah menyuruh umat manusia TEGAK kan Islam itu sendiri.
Saya hanya nak mintak pendapat saudara tentang keadaan Malaysia/Dunia skrng..
Keadaan skrng ni kacau bilau, Islam dipijak2, hukum Allah tidak tertegak pun. Agama Islam sendiri berada ditangga tercorot (tak menang).Mcm mana nak buat? sedangkan Allah menyuruh TEGAKKAN agamanya. Itu lah MOTIF UTAMA Al-Quran diturunkan.
Sbb kalau dilihat sejarah, semua KITAB Allah diturunkan, agamanya telah dimenangkan oleh Rasul2 Nya.
Sebenarnya, Islam al-Qur'an telah berjaya suatu masa dahulu dengan pengikut yang amat ramai sampai kepada bangsa-bangsa di luar benua Arab. Tetapi setelah datang kitab-kitab yang bukan daripada Allah, iaitu karangan manusia yang menggunakan nama Nabi serta dijadikan wajib dipercayai oleh umat Islam, maka Islam mula kecundang. Itu dikatakan berlaku kira-kira 200 tahun selepas Nabi wafat.
Pun begitu, Islam al-Qur'an, atau Agama Allah, akan bangkit semula suatu hari nanti, seperti yang dijanjikan Allah dengan firman berbunyi,
"Apabila datang pertolongan Allah, dan kemenangan, Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah berkumpulan-kumpulan," (110:1-2)
Allah berjanji beri pertolongan dan kemenangan. Pertolongan tidak akan diberi sekiranya kita tidak berusaha sampaikan kandungan al-Qur'an, seperti dilakukan oleh Nabi, untuk menegakkan agama-Nya.
Mungkin tidak salah mengatakan bahawa pertolongan Allah sudah mula sampai. Kerana pengikut-pengikut ajaran al-Qur'an (satu-satunya Kitab dalam Islam) sudah mula jadi ramai bukan sahaja di sini malah di banyak tempat di bumi Allah ini.
Oleh itu, kemenangan yang dijanjikan sedang menunggu tidak jauh. Sementara yang dekat pula ialah rintangan yang harus dilalui.
Terima kasih, terutamanya kepada pengirim-pengirim e-mel di atas.
Allah disanjung!
24 April 2007
Bacaan Tambahan:
250,000 murtad di Malaysia
250,000 Murtad - Respon
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman