Versi al-Qur'an dan Kristian
From: mohdradzee
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: warsh atau hafs?
Date: Sunday, March 27, 2005 8:45 PM
salamun alaikum,saya pernah bertanya kepada e-bacaan tentang versi al-quran yang beredar di dalam dunia sekarang ini.
Sehingga hari ini saya dapat satu kesimpulan yang boleh dibuat. Kedua duanya adalah cara bacaan dan ejaan. Seperti yang kita semua sedia maklum. Allah menjaga apa Al-quran ini 15:9. Bagi saya menjaga mempunyai pelbagai cara. Bukan hanya dengan buatkan al-quran itu sebagai satu nashkah buku yang tidak dimamah api atau kalis air. Jika Al-Furqan yang ada dengan kita dibakar adakah Allah mengabainya?
Persoalan yang ditimbulkan oleh segelintir yang menganuti agama ciptaan manusia aka kristian adalah semata-mata kerana sarjana dan tokoh islam seperti Ahmad Deedat telah terang terangan menunjukkan kesalahan dan contradiction di dalam Bible.
Apa yang hendak diketengahkan oleh email ini adalah sebagai satu pertahanan mental. Kesimpulan perdebatan dan penghinaan al-quran oleh golongan tersebut tidak membawa kepada kesimpulan al-quran sebagai beri hukum yang berbeza. Didalam versi (lebih betul cara bacaan) tidak ada satu pun yang beri hukum yang berlawanan. Allah ada beri peringatan 3:7 supaya tidak ambil perkara yang kecil dan jadikannya sebagai satu argument yang akan membuang masa kita. Yang pasti, Allah telah memastikan ilmu dlm Al-quran sampai ke hari ini. Walaupun orang yang tidak mempunyai senaskah al-quran tetap dapat ilmu di dalamnya.
Bagi saya itu yang lebih penting daripada mencari Al-quran yang identical/verbatim dengan yang ada pada zaman nabi muhamad. Cara didikan dan silap fahaman tentang islam telah buatkan kita jadi orang tertutup minda dan lantas melompat jika kita dapat tahu yang quran yang telah diajar oleh orang yang mengajar sebagai identical kesemuanya.
Satu soalan yang boleh membuka lagi minda kita ialah persoalan yang diajukan oleh mubaligh kristian ini yang saya rasa dapat membetulkan salah persepsi didalam beragama. Soalannya -
1) Apakah nama tuhan kamu? jawapan anda?........
2) Adakah tuhan kamu boleh buat apa saja? ... jawapan anda? ..........
3) Adakah tuhan kamu boleh musnahkan apa yang dibuatNYA? jawapan anda??? .........
soalan pertama biarlah pembaca seorang saja yang tahu. Jika jawapan kedua pembaca ialah ya dan jawapan ketiga pun ya ..... maka saudara/saudari telah pun terperangkap dan belum benar benar memahami konsep tuhan.
soalan keempat yang akan akan diajukan ialah boleh kah tuhan anda jadi manusia? ... jika pembaca menjawab YA bagi soalan ketiga ... soalan inilah yang bakal menggoreng fikiran pembaca. .. utk memahami konsep tuhan sila rujuk surah Al-ikhlas....
sumber saya --- http://www.islamic-awareness.org
http://www.irf.net -- penulisan Ahmad Deedat byk disini.
http://answering-Islam.org --- website kristian menghina alquranp/s: harap ada pertukaran pendapat ... terima kasih ... salam
saliqul haq
Salamun alaikum, saudara. Terima kasih kerana sudi menulis lagi untuk
beri input yang amat berguna.
Pada hemat kami, pendapat saudara amat tepat sekali kerana Allah berjanji memelihara Peringatan atau Mesej-Nya bukan kertas dan dakwat yang membentuk buku al-Qur'an. Persetujuan kami telah ditulis di dalam Anti Terjemahan al-Qur'an?
Kami gembira apabila saudara menyebut nama Ahmet Deedat. Beliau banyak menyumbang pada pembukaan minda kami untuk mengkaji al-Qur'an dan Bible lebih 20 tahun yang lampau.
Beliau adalah orang pertama yang kami lihat menggunakan ayat-ayat al-Qur'an dalam debat. Kami tidak tahu sebelum itu bahawa al-Qur'an boleh diguna dengan logika dalam debat. Kami sangka al-Qur'an hanya diguna untuk dibaca kepada orang mati, pada bulan Ramadan, majlis perkahwinan, dan sebagainya, sahaja.
Pada mulanya kami berdakwah kepada orang Kristian, mengikut langkah beliau, dengan menggunakan bahan daripadanya dan orang lain. Kemudian setelah membaca agak jauh kandungan al-Qur'an (dan Bible juga) kami dapati di "rumah sendiri" pun banyak yang tidak betul. Lalu kami buat keputusan untuk berhenti cuba membetulkan rumah orang lain dan menumpukan masa dan tenaga untuk membaiki rumah sendiri.
Mengenai pertanyaan daripada pihak tersebut, kami masih ingat nasihat Ahmet Deedat, iaitu jangan ikut mentaliti mereka. Kepada soalan-soalan yang diutarakan di dalam e-mel di atas, sekiranya kami menjawab, maka kami akan mengatakan bahawa Tuhan kami bukan macam beruk, yang buat sesuka hati tanpa pertimbangan dan perkiraan yang wajar, seperti jadi makhluk yang dicipta-Nya, yang rendah, umpamanya manusia, semata-mata untuk buktikan Dia Tuhan yang boleh buat apa saja. Konsep ketuhanan seperti itu (Tuhan turun ke bumi dan menjelma jadi manusia dan sebagainya) hanya terdapat pada kepercayaan pagan atau jahiliah.
Setelah berhenti, kami tidak lagi
bergiat dalam dakwah terhadap golongan tersebut. Dan kami tidak bercadang untuk
menyambung lagi seperti jadikan laman web ini sebagai pentas untuk berdebat dengan
orang-orang seperti itu. Biarlah orang lain yang berminat lagi lebih arif
berdepan dengan mereka.
29 Mac 2005
Sila rujuk:
Versi
al-Qur'an & Pengumpulan Ayat (2)
dan
Hazman :
Kesilapan di Versi al-Qur'an dan Kristian?
yusof_talib
:
Kritikan bukan Islam terhadap al-Qur'an
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman