Kalimat Qur’an di dalam al-Qur’an


Ayat-ayat al-Qur’an yang mengandungi perkataan Qur'an adalah seperti tercatat di bawah ini:

 

2:185. Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk jadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak hendak kesukaran bagi kamu; dan agar kamu cukupkan bilangan, dan agungkan Allah, bahawa Dia beri petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.

4:82. Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan.
(selain kitab al-Qur'an banyak perselisihan)

5:101. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah tanya sesuatu yang, jika ia dinampakkan kepada kamu, akan sakitkan hati kamu; namun begitu, jika kamu tanya mengenainya ketika al-Qur'an sedang diturunkan, akan dinampakkan kepada kamu. Allah maafkannya; dan Allah Pengampun, Penyantun.

6:19. Katakanlah, "Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar saksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak saksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan."
(kesaksian paling besar)

7:204. Dan apabila al-Qur'an dibacakan, dengarkan ia dan diam; supaya kamu dikasihani.


9:111. Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam Taurat, dan Injil, dan al-Qur'an; dan siapakah lebih menepati perjanjiannya daripada Allah? Maka gembiralah dengan jual beli kamu yang kamu jualbelikan dengan-Nya; itulah kemenangan yang besar.

10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak ikut apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."
(minta al-Qur'an lain)

10:37. Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam.

10:61. Kamu tidak dalam sebarang hal, dan tidak juga kamu baca sebarang daripada al-Qur'an, dan tidak juga kamu buat sebarang amalan, melainkan Kami saksi-saksi ke atas kamu apabila kamu lakukannya; dan tidaklah seberat satu atom di bumi atau di langit tersembunyi daripada Pemelihara kamu, tidak yang lebih kecil daripada itu atau lebih besar, melainkan di dalam Kitab yang jelas.


12:2. Kami turunkannya sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu faham.
(al-Qur'an untuk difahami)

12:3. Kami ceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa Kami wahyukan kamu, al-Qur'an ini; walaupun sebelum itu kamu termasuk orang-orang yang lalai.


13:31. Sekiranya sebuah Qur'an di mana gunung-gunung diperjalankan, atau bumi dibelah dengannya, atau orang-orang yang mati yang kepada mereka dapat berkata-kata - tidak, tetapi kepunyaan Allah urusan kesemuanya. Tidakkah orang-orang yang percaya tahu bahawa, jika Allah hendak, tentu Dia beri petunjuk kepada manusia kesemuanya? Dan orang-orang tidak percaya tidak berhenti-henti ditimpa dengan suatu yang mengetukkan kerana apa yang mereka kerjakan, atau ia turun dekat dengan tempat tinggal mereka, sehingga janji Allah datang; sesungguhnya Allah tidak mungkiri janji temu.

15:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Kitab, dan al-Qur'an yang jelas.
(al-Qur'an jelas)

15:87. Kami beri kamu tujuh yang berulang-ulang, dan al-Qur'an yang besar.

15:91. Yang memecahkan al-Qur'an kepada bahagian-bahagian.

16:98. Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini beri petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik bahawa bagi mereka upah yang besar,

17:41. Kami mengulang-ulangi di dalam al-Qur'an ini, supaya mereka ingat; tetapi ia menambahkan mereka hanya dalam pelarian.


17:45. Apabila kamu baca al-Qur'an, Kami letak antara kamu dan orang-orang tidak percayai akhirat, satu tabir yang mengadang,
(diletakkan tabir supaya tidak memahami al-Qur'an)

17:46. Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.
(tidak suka apabila disebut hanya Tuhan dan al-Qur'an)


17:60. Dan apabila Kami berkata kepada kamu, "Sesungguhnya Pemelihara kamu meliputi manusia", dan Kami buatkan visi yang Kami lihatkan kepada kamu, dan pokok yang laknat di dalam al-Qur'an, untuk menjadi hanya satu cubaan bagi manusia; dan Kami menakut-nakutkan mereka, tetapi ia hanya menambahkan mereka dalam kelampauan batas yang besar.

17:78. Lakukan solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.

17:82. Dan Kami turunkan daripada al-Qur'an, satu penyembuhan, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan bagi orang-orang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian.


17:88. Katakanlah, "Jika manusia dan jin berkumpul untuk datangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat datangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu sama lain."

17:89. Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan tetapi kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.


17:106. Dan sebuah al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu baca kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami turunkannya dengan satu penurunan.

18:54. Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; manusia adalah sesuatu yang paling banyak membantah.

20:2. Kami tidak turunkan al-Qur'an kepada kamu supaya kamu jadi sengsara,


20:113. Begitulah Kami turunkannya sebagai sebuah al-Qur'an bahasa Arab, dan Kami mengulang-ulangi di dalamnya sesuatu daripada ancaman, supaya mereka bertakwa, atau ia menimbulkan peringatan bagi mereka.

20:114. Maka, tingginya Allah, Raja yang benar! Dan janganlah bercepat-cepat dengan al-Qur'an, sebelum wahyunya disempurnakan kepada kamu, dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan."


25:30. Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."
(apa Rasul kata di akhirat)

25:32. Orang-orang tidak percaya berkata, "Mengapakah al-Qur'an tidak diturunkan kepadanya semua sekali gus?" Begitulah, supaya Kami teguhkan hati kamu dengannya, dan Kami bacakannya dengan bacaan sebenar.

27:1. Tha Sin. Inilah ayat-ayat al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas.

27:6. Kamu menerima al-Qur'an daripada satu yang Bijaksana, Mengetahui.

27:76. Sesungguhnya al-Qur'an ini menceritakan kepada Bani Israil kebanyakan daripada apa yang mengenainya mereka selisihkan.

27:92. Dan untuk baca al-Qur'an. Maka sesiapa dapat petunjuk, hanyalah dapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, katakanlah (Muhammad), "Aku hanya seorang pemberi amaran."


28:85. Dia yang tetapkan al-Qur'an kepada kamu benar-benar akan kembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah, "Pemeliharaku sangat-sangat tahu siapa yang datang dengan petunjuk, dan siapa yang dalam kesesatan yang nyata."

30:58. Sesungguhnya Kami buatkan untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; dan jika kamu datangkan kepada mereka satu ayat, orang-orang tidak percaya pasti akan berkata, "Tiadalah kamu, melainkan orang-orang yang buat kepalsuan."

34:31. Orang-orang tidak percaya berkata, "Kami tidak akan percayai al-Qur'an ini, dan tidak juga pada yang sebelumnya." Dan, jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim diberhentikan di hadapan Pemelihara mereka, berbalas-balas ucapan antara sebahagian mereka dan sebahagian yang lain! Orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang sombong, "Kalau tidak kerana kamu, tentu kami jadi orang-orang mukmin."

36:2. Demi al-Qur'an yang bijaksana.

36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.

38:1. Sad. Demi al-Qur'an yang mengandungi Peringatan.


39:27. Sesungguhnya Kami buatkan untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan supaya mereka mengingati.

39:28. Sebuah al-Qur'an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan supaya mereka bertakwa.


41:3. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang tahu,

41:26. Orang-orang tidak percaya berkata, "Jangan dengarkan al-Qur'an ini, dan cakaplah yang sia-sia mengenainya supaya kamu dapat kalahkan."
(percakapan yang sia-sia untuk kalahkan hujah daripada al-Qur'an)

41:44. Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?" Katakanlah, "Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang tidak percayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh."
(bahasa al-Qur'an tidak jadi soal untuk dapat petunjuk sebenar)

42:7. Dan demikian Kami wahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang yang di sekitarnya, dan supaya kamu beri amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada keraguan padanya - segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam yang Menyala.

43:3. Sesungguhnya, Kami membuatnya sebuah Qur'an bahasa Arab supaya kamu faham.
(lagi mengenai al-Qur'an untuk difahami)

43:31. Mereka berkata, "Mengapakah al-Qur'an ini tidak diturunkan kepada sesetengah lelaki yang terkemuka di dua bandaraya?"


46:29. Dan apabila Kami palingkan kepada kamu sekumpulan jin untuk mendengarkan al-Qur'an; dan apabila mereka menghadirinya, mereka berkata, "Diamlah!" Kemudian, apabila ia telah selesai, mereka berpaling kepada kaum mereka, memberi amaran.

47:24. Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?
(hati dikunci)

50:1. Qaf. Demi al-Qur'an yang cemerlang!

50:45. Kami sangat-sangat tahu apa yang mereka kata; kamu tidak paksa mereka. Maka ingatkanlah dengan al-Qur'an kepada orang yang takut akan ancaman-Ku.
(beri peringatan dengan al-Qur'an kepada orang yang takut)


54:17. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

54:22. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

54:32. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

54:40. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
(disebut sebanyak 4 kali)


55:1. Yang Pemurah,
55:2. Mengajar al-Qur'an.

56:77. Sesungguhnya ia adalah sebuah al-Qur'an yang mulia,

59:21. Sekiranya Kami turunkan al-Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk, terpecah-pecah daripada ketakutan kepada Allah. Dan persamaan-persamaan itu Kami buatkan untuk manusia supaya mereka fikirkan.

72:1. Katakanlah, “Diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin mendengarkan lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami telah dengar sebuah al-Qur’an yang mengagumkan,

73:4. Atau tambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.

73:20. Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang. Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya, dan Dia terima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.


75:17. Atas Kamilah untuk mengumpulkannya, dan untuk membacakannya.

75:18. Maka, apabila Kami membacanya, kamu ikutlah bacaannya.


76:23. Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur’an kepada kamu, satu penurunan,

84:21. Dan apabila al-Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka tidak sujud?

85:21. Tidak, tetapi ia sebuah al-Qur'an yang cemerlang,
85:22. Pada papan yang dijaga.


~ A Concordance of the Qur'an
ms 913


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman