Surah 54
BULAN
(55 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
54:1. Saat sudah dekat; bulan terpecah.
54:2. Namun begitu, jika mereka lihat satu ayat, mereka berpaling, dan mereka berkata, "Sihir yang terus menerus!"
54:3. Mereka dustakan, dan ikut keinginan mereka; tetapi tiap-tiap urusan ditetapkan.
54:4. Dan telah datang kepada mereka berita-berita yang mengandungi satu pencegahan,
54:5. Suatu Kebijaksanaan yang dalam maksudnya; namun begitu, amaran-amaran tidak berguna.
54:6. Maka berpalinglah kamu daripada mereka. Pada hari apabila penyeru seru kepada sesuatu yang dahsyat,
54:7. Menjatuhkan pandangan mereka, mereka keluar dari makam-makam mereka, seakan-akan mereka belalang-belalang yang bertaburan,
54:8. Berlari dengan menjulurkan leher mereka kepada penyeru. Orang-orang tidak percaya berkata, "Ini, hari yang sukar!"
54:9. Kaum Nuh telah dustakan sebelum mereka; mereka dustakan hamba Kami, dan berkata, "Seorang yang dirasuk!" Dan dia dicegah.
54:10. Lalu dia menyeru Pemeliharanya, "Aku dikalahkan; tolonglah aku!"
54:11. Kemudian Kami bukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah,
54:12. Dan buatkan bumi pancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.
54:13. Dan Kami bawa dia di atas yang dipapan, dan dipaku,
54:14. Berlayar di bawah pengawasan (mata) Kami - satu balasan ke atas orang yang dinafikan.
54:15. Dan Kami meninggalkannya untuk satu ayat. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
54:16. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?
54:17. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
54:18. Ad dustakan. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?
54:19. Kami utus kepada mereka angin yang sangat bising pada satu hari yang malang terus menerus,
54:20. Meregut manusia seakan-akan mereka tunggul-tunggul batang palma yang membantun.
54:21. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?
54:22. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
54:23. Tsamud dustakan amaran-amaran,
54:24. Dan berkata, "Apa, adakah kita akan ikut seorang manusia, seorang antara kita? Jika demikian, benar-benarlah kita dalam kesesatan dan kegilaan!
54:25. Adakah Peringatan dilemparkan kepadanya satu-satunya antara kita? Tidak, tetapi dia pendusta yang biadab."
54:26. "Mereka pasti akan tahu esok siapakah pendusta yang biadab.
54:27. Kami utus unta betina sebagai satu cubaan bagi mereka; maka berjaga-jagalah kamu terhadap mereka, dan sabarlah.
54:28. Dan beritahu mereka bahawa air hendaklah dibahagikan antara mereka, masing-masing minum mengikut giliran."
54:29. Kemudian mereka memanggil teman mereka, dan dia menangkapnya, dan melukainya.
54:30. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?
54:31. Kami utus kepada mereka satu Teriakan, dan jadilah mereka seperti sasak pembuat kandang binatang ternakan.
54:32. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
54:33. Kaum Lut dustakan amaran-amaran.
54:34. Kami utus kepada mereka angin ribut yang mengandungi batu, kecuali keluarga Lut; Kami selamatkan mereka pada waktu sebelum dinihari,
54:35. Satu rahmat daripada Kami; begitulah Kami balas orang yang bersyukur (berterima kasih).
54:36. Dia telah beri amaran kepada mereka mengenai serangan Kami, tetapi mereka meragui amaran-amaran.
54:37. Dan sesungguhnya, tetamunya mereka goda; maka Kami hapuskan mata-mata mereka, "Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-Ku!"
54:38. Pada awal pagi, datang kepada mereka satu azab yang telah ditetapkan.
54:39. "Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-Ku!"
54:40. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
54:41. Amaran-amaran telah datang kepada keluarga Firaun.
54:42. Mereka dustakan ayat-ayat Kami, semuanya, maka Kami ambil mereka dengan ambilan Yang Perkasa, Mempunyai Kuasa.
54:43. Apa, adakah orang-orang tidak percaya daripada kamu lebih baik daripada mereka itu? Atau, adakah bagi kamu kelepasannya dalam zabur-zabur (kitab-kitab)?
54:44. Atau, adakah mereka berkata, "Kami adalah kumpulan yang ditolong"?
54:45. Sesungguhnya kumpulan akan dikalahkan, dan berpaling ke belakang.
54:46. Tidak, tetapi Saat adalah janji temu mereka, dan Saat sangat celaka, dan pahit.
54:47. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah dalam kesesatan, dan kegilaan!
54:48. Pada hari apabila mereka diheret di atas muka-muka mereka ke dalam Api: "Rasalah sekarang sentuhan Saqar!"
54:49. Sesungguhnya Kami cipta segala sesuatu menurut ukuran.
54:50. Perintah Kami hanyalah satu kata, seperti sekelip mata.
54:51. Kami telah musnahkan orang-orang yang segolongan dengan kamu; adakah sesiapa yang mengingati?
54:52. Segala sesuatu yang mereka buat adalah di dalam zabur-zabur (kitab-kitab),
54:53. Dan segala sesuatu, besar atau kecil, adalah ditulis.
54:54. Sesungguhnya orang-orang bertakwa di dalam taman-taman dan sungai-sungai,
54:55. Di tempat duduk yang sebenar, di sisi Raja Yang Mempunyai Kuasa.