Kalimat baca dan tartil di dalam al-Qur'an


Perkataan baca dan terbitannya diterjemah daripada beberapa perkataan asal al-Qur'an, dan beberapa kata dasar, atau akar.

Daripada kata dasar pertama, iaitu yang turut menerbitkan kalimat Qur'an (senarai ayat tidak diturunkan di sini), adalah kalimat qara'a dan aqra'a. Ayat-ayatnya di Bahagian 1. Juga, daripada kata dasar itu, terbit kalimat quru', yang tidak bermaksud baca tetapi haid (perempuan) seperti pada satu-satunya ayat, 2:228, dan tidak disenaraikan di sini.

Daripada qara'a terbit kalimat-kalimat yaqra'u, iqra' dan quri'a, dan daripada aqra'a pula ialah yuqri'u.

Kata dasar kedua melahirkan kalimat tala yang daripadanya terbit yatlu, utlu, tuliya, yutla, tilawah, dan taliyat. Kesemuanya diterjemah kepada baca (Bahagian 2), melainkan pada ayat 91:2 di mana ia diterjemah kepada "ikut" menurut koteksnya, dan dimuatkan bersama dalam senarai di bawah.

Turut dimuatkan di halaman ini ialah kalimat yang berkait, iaitu tartil yang selalu disebut oleh sesetengah pihak, bermaksud bacaan sebenar. Kalimat tersebut adalah daripada akar yang lain, selain daripada yang telah sisebut di atas. Kata akarnya menerbitkan kalimat rattala yang menerbitkan tartil dan rattil. Ayat-ayat mereka (hanya 2 sahaja) dikumpul di Bahagian 3.

Selamat membaca!

 

Bahagian 1:

(qara'a - to recite, to read dan aqra'a - to cause to read, to make someone recite) - Concordance muka surat 912


7:204. Dan apabila al-Qur'an dibacakan, dengarkan ia dan diam; supaya kamu dikasihani.

10:94. Maka, jika kamu dalam keraguan terhadap apa yang Kami turunkan kepada kamu, tanyalah orang-orang yang baca Kitab sebelum kamu. Yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.

16:98. Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

17:14. "Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap kamu."


17:45. Apabila kamu baca al-Qur'an, Kami letak antara kamu dan orang-orang tidak percayai akhirat, satu tabir yang mengadang,

17:46. Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.


17:71. Pada hari Kami seru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka itu akan baca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.

17:93. Atau, sehingga kamu mempunyai sebuah rumah daripada perhiasan (emas), atau sehingga kamu naik ke langit; dan kami tidak akan percayai kenaikan kamu sehingga kamu turunkan kepada kami sebuah kitab supaya kami membacanya." Katakanlah, "Pemeliharaku disanjung! Tidakkah aku hanya seorang manusia, seorang Rasul?"

17:106. Dan sebuah al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu baca kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami turunkannya dengan satu penurunan.

26:199. Dan dia bacakan kepada mereka, tentu mereka tidak akan mukmin (yang percayai) kepadanya.

69:19. Kemudian bagi orang diberi kitabnya di tangan kanannya, dia akan berkata, “Mari, bacalah kitabku!


73:20. Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang. Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya, dan Dia terima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukan solat, dan
berikan zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

75:18. Maka, apabila Kami membacanya, kamu ikutlah bacaannya.

84:21. Dan apabila al-Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka tidak sujud?

87:6. Kami akan buat kamu baca supaya tidak lupa,


96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta,

96:3. Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia,

96:4. Yang mengajar dengan pena,
96:5. Dia ajar manusia apa yang dia tidak tahu.

 

Bahagian 2:

(tala - yatlu, utlu, tuliya, yutla, tilawah, taliyat - to recite, to read, to relate) - Concordance muka surat 1211


2:44. Adakah kamu suruh manusia berlaku taat, dan lupakan diri-diri kamu sendiri, sedang kamu baca al-Kitab? Tidakkah kamu faham?

2:102. Dan mereka ikut apa yang syaitan-syaitan bacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak ajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanya cubaan, jangan kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh pecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat mudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka pelajari apa yang mudaratkan mereka, dan tidak manfaatkan mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, jika mereka tahu.

2:113. Orang-orang Yahudi berkata, "Orang-orang Kristian tiada sesuatu", dan orang-orang Kristian berkata, "Orang-orang Yahudi tiada sesuatu"; dan mereka baca al-Kitab. Demikianlah juga orang-orang yang tidak tahu berkata, serupa ucapan mereka. Allah akan hakimkan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.

2:121. Orang-orang yang kepada mereka kami beri al-Kitab membacanya dengan bacaannya yang benar, mereka percayainya; dan sesiapa yang tidak percaya kepadanya, merekalah orang-orang yang rugi.

2:129. Wahai Pemelihara kami, bangkitkan di kalangan mereka seorang Rasul, seorang daripada mereka, yang akan bacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan sucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."


2:151. Sebagaimana juga Kami utus di kalangan kamu, daripada kamu sendiri, seorang Rasul untuk bacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan untuk sucikan kamu, dan untuk ajar kamu al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan untuk ajar kamu apa yang kamu tidak tahu.

2:252. Ini adalah ayat-ayat Allah Kami bacakan kamu dengan benar, dan sesungguhnya kamu adalah daripada para utusan.


3:58. Itu yang Kami bacakan kamu adalah daripada ayat-ayat, dan Peringatan yang bijaksana.

3:93. Semua makanan halal bagi Bani Israil, kecuali apa yang Israil haramkan dirinya sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah, "Datangkanlah Taurat itu, dan bacalah ia, jika kamu orang yang benar."

3:101. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus.

3:108. Ini adalah ayat-ayat Allah Kami bacakan kamu dengan benar, dan Allah tidak hendak sebarang kezaliman bagi semua alam.

3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud.

3:164. Sesungguhnya Allah berbudi baik kepada orang-orang mukmin apabila Dia bangkitkan antara mereka seorang Rasul daripada mereka sendiri, untuk bacakan mereka ayat-ayat-Nya, dan sucikan mereka, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, sedang sebelum itu, mereka adalah dalam kesesatan yang nyata.


4:127. Mereka minta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah, "Allah putuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak beri apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka, tetapi kamu ingin kahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindas, dan supaya kamu tegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

5:1. Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu. Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternakan, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak anggap binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah tetapkan hukum apa sahaja Dia hendaki.

5:27. Dan kamu bacakan kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka persembahkan satu qurban, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, "Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya terima daripada orang-orang bertakwa.

6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan bacakan apa yang Pemelihara kamu haramkan kamu: bahawa kamu tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan buat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami beri rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak dekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.

7:175. Dan bacakan kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami beri ayat-ayat Kami, tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia jadi antara orang-orang yang bersalah.

8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka tawakal,

8:31. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, mereka berkata, "Kami telah pun dengar; jika kami hendaki, tentu kami dapat berkata yang serupa dengan yang ini. Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."


10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak ikut apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."

10:16. Katakanlah, "Sekiranya Allah hendak, tentu aku tidak bacakannya kepada kamu, dan tidak juga Dia beritahunya kepada kamu; aku telah tinggal bersama kamu sepanjang masa sebelumnya - tidakkah kamu faham?"


10:61. Kamu tidak dalam sebarang hal, dan tidak juga kamu baca sebarang daripada al-Qur'an, dan tidak juga kamu buat sebarang amalan, melainkan Kami saksi-saksi ke atas kamu apabila kamu lakukannya; dan tidaklah seberat satu atom di bumi atau di langit tersembunyi daripada Pemelihara kamu, tidak yang lebih kecil daripada itu atau lebih besar, melainkan di dalam Kitab yang jelas.

10:71. Dan bacakan kepada mereka berita Nuh, tatkala dia berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, jika berdirinya aku di sini membencikan kamu, dan peringatanku kepada kamu dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah aku tawakal; putuskanlah urusan kamu dengan sekutu-sekutu kamu, kemudian janganlah hendaknya urusan kamu membimbangkan kamu, tetapi buatlah putusan terhadapku, dan jangan beri aku tangguh.

11:17. Dan bagaimanakah dengan orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya, dan seorang saksi daripada-Nya membacanya, dan sebelumnya ialah Kitab Musa untuk imam dan pengasihan? Mereka itu percayainya; tetapi sesiapa yang tidak percaya kepadanya, sedang dia seorang daripada golongan-golongan, maka janji temunya ialah Api. Maka jangan kamu dalam keraguan daripadanya; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.

13:30. Demikianlah Kami utus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk bacakan mereka apa yang Kami wahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah. Katakanlah, "Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku tawakal, dan kepada-Nya aku bertaubat."

17:107. Katakanlah, "Percayalah kepadanya, atau tidak percayai; orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,


18:27. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat tukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu dapati tiada perlindungan.

18:83. Mereka tanya kamu mengenai Zul-Karnain (yang mempunyai dua tanduk). Katakanlah, "Aku akan bacakan kamu Peringatan mengenainya."

19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah rahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.

19:73. Apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Yang manakah antara dua golongan yang lebih baik medannya, dan lebih baik dalam majlisnya?"

22:30. Demikianlah, dan sesiapa muliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kotoran berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,

22:72. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, kamu kenali pada muka orang-orang tidak percaya akan penolakan (kemungkaran); hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan mereka ayat-ayat Kami. Katakanlah, "Bolehkah aku beritahu kamu sesuatu yang lebih buruk daripada itu? Api - Allah janjikannya kepada orang-orang tidak percaya - satu kepulangan yang buruk!"


23:66. Ayat-ayat-Ku telah dibacakan kepada kamu, tetapi di atas tumit-tumit kamu, kamu berundur,

23:105. "Apa, tidakkah ayat-ayat-Ku dibacakan kepada kamu, dan kamu dustakannya?"

26:69. Dan bacakan kepada mereka berita Ibrahim.


27:91. Aku hanya diperintah untuk sembah Pemelihara tanah (negeri) ini, yang Dia jadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya jadi antara orang-orang yang muslim,

27:92. Dan untuk baca al-Qur'an. Maka sesiapa dapat petunjuk, hanyalah dapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, katakanlah, "Aku hanya seorang pemberi amaran."


28:3. Kami bacakan kamu sesuatu daripada berita Musa dan Firaun dengan benar untuk kaum yang percayai.

28:45. Tetapi Kami tumbuhkan generasi-generasi, dan panjanglah umur mereka. Tidak juga kamu orang yang tinggal di kalangan penduduk Madyan, dengan membacakan mereka ayat-ayat Kami; tetapi Kami utus utusan-utusan.

28:53. Dan, apabila ia dibacakan kepada mereka, mereka berkata, "Kami percaya kepadanya; sesungguhnya ia adalah yang benar daripada Pemelihara kami. Sesungguhnya, sebelumnya kami telah muslim."

28:59. Namun begitu, Pemelihara kamu tidak musnahkan bandaraya-bandaraya sehingga Dia bangkitkan di ibu kotanya seorang Rasul untuk bacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan Kami tidak musnahkan bandaraya-bandaraya melainkan bahawa penduduknya zalim.

29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukan solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Peringatan Allah adalah lebih besar; dan Allah tahu apa yang kamu kerjakan.

29:48. Tidak sebelum ini kamu baca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang ikut yang palsu menjadi ragu-ragu.

29:51. Apa, adakah tidak mencukupi bagi mereka bahawa Kami turunkan kepada kamu al-Kitab yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu pengasihan, dan satu peringatan bagi kaum yang percayai.


31:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepadanya, dia berpaling, menyombong, seakan-akan dia tidak mendengarnya, dan di dalam telinganya ada sumbatan; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih.

33:34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.

34:43. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang hendak halang kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah"; dan mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan fitnah yang diada-adakan." Dan orang-orang tidak percaya berkata pada yang benar apabila ia datang kepada mereka, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

35:29. Sesungguhnya orang-orang yang baca Kitab Allah, dan lakukan solat, dan nafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan perdagangan yang tidak sia-sia,

37:3. Dan pembaca-pembaca Peringatan,

39:71. Kemudian orang-orang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Tidakkah Rasul-Rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan beri amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Ia, benar; tetapi kata azab telah wajar ke atas orang-orang tidak percaya."


45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?

45:8. yang mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya, kemudian berterusan dalam kesombongan, seakan-akan dia tidak mendengarnya; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih.

45:25. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, tiadalah alasan mereka melainkan mereka berkata, "Datangkanlah bapa-bapa kami, jika kamu berkata benar."

45:31. Tetapi bagi orang-orang tidak percaya, "Tidakkah ayat-ayat-Ku dibacakan kepada kamu, dan kamu menyombong, dan kamulah kaum yang berdosa?

46:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang tidak percaya berkata pada yang benar ketika ia datang kepada mereka, "Ini adalah sihir yang nyata."


62:2. Dia yang bangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang Rasul di kalangan mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan sucikan mereka, dan ajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan, walaupun sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang nyata,

65:11. Seorang Rasul dengan membacakan kamu ayat-ayat Allah yang menjelaskan, supaya Dia keluarkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dari kegelapan kepada cahaya. Sesiapa percayai Allah, dan buat kerja-kerja baik , Dia akan masukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Sesungguhnya Allah sediakan baginya rezeki yang baik.

68:15. Apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepadanya, dia berkata, “Dongeng orang-orang dahulu kala!”

83:13. Apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepadanya, dia berkata, "Dongeng orang-orang dahulu kala!"

91:2. Dan demi bulan bila ia mengikutinya,

98:2. Seorang Rasul daripada Allah, membacakan naskhah-naskhah gulungan yang dibersihkan,

 

Bahagian 3:

(rattala - rattil, tartil) - Concordance muka surat 1035

25:32. Orang-orang tidak percaya berkata, "Mengapakah al-Qur'an tidak diturunkan kepadanya semua sekali gus?" Begitulah, supaya Kami teguhkan hati kamu dengannya, dan Kami bacakannya dengan bacaan sebenar.

73:4. Atau tambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.


*Sila baca artikel
Baca dan Membacakan al-Qur'an
 

Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman