E-Bacaan DiHadang & Berjuang
From: janggutputih
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tuesday, July 3, 2012 9:21 PM
Subject: Laman web.
Salamun 'alaikum.Apa khabar tuan ?. Laman web tuan masih belum dapat diakses...apa yang dah terjadi ?. Ada yang berhasad dengki kepada e-bacaan ke ?.
Tuan, apa kata buka saja sebuah akaun facebook. Boleh kita teruskan perbincangan mengenai al-Qur'an di sana.
Semoga Allah beri kesihatan dan kekuatan kepada tuan.
Salam.
Salamun alaikum,
Alhamdulillah, khabar baik. Diharap pihak sahabat pun begitu. Terima kasih atas kiriman kali ini.
Sudah beberapa kali terasa sebak apabila membaca respon kepada penghadangan laman web e-bacaan.com. Kali ini kerana cadangan di dalamnya, iaitu supaya kami, demi al-Qur'an, berpindah ke tempat lain.
Demikianlah itu semangat jihad atau berjuang. Ya, kami setuju dengan sahabat nmypeace bahawa apa yang berlaku menghala kepada apa yang dikatakan jihad, kerana kita berjuang untuk menyebar ayat-ayat-Nya (walaupun dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa yang jelas bagi kaum kita) dan di pihak lain cuba menghalanginya dengan menutup segala jalan yang dikuasai.
Lalu kita harus cari jalan-jalan lain, dan jalan-jalan itu sudah pun ditunjuki Allah. (Sila lihat di sini.)
Sehubungan itu, teringat beberapa orang sahabat yang menyebut ayat jihad (61:4) ketika menulis kepada kami pada masa lampau. Dan kini kami tidak nampak sebarang tanda berjihad, kata-kata mereka jadi hanya gagah di emel sahaja.
Merujuk kepada cadangan sahabat di atas pula. Sebenarnya kami pernah berpindah dari satu pengkalan perbincangan al-Qur'an di internet ke pengkalan yang lain, atas sebab-sebab tertentu. Apabila kami sampai di sini kami berharap ia jadi sebuah pengkalan yang diidamkan. Di sini kami berada dalam tempoh agak lama. Dalam tempoh itu khazanah dapat dikumpul sedikit demi sedikit sehingga jadi banyak. Dan tentu akan jadi berat dipikul apabila dibawa berpindah.
Oleh itu, dengan maaf, kami menyatakan tidak dapat laksanakan seperti yang dicadang. Malah, jika berada di tempat baru pun kami khuatir keadaan tidak jadi lebih manfaatkan. Tambahan pula, jalan untuk datang ke sini sudah pun ada, walaupun terbatas.
Keadaan memang menyedihkan. Pun begitu, ia jadi reda sedikit apabila memikirkan bahawa orang-orang yang sampai di sini adalah mereka yang dihendaki-Nya sahaja (jika kami dibenarkan berkata demikian).
Justeru, bagi sahabat-sahabat yang mempunyai akaun di mana-mana social network, dan bersama berada dalam barisan-barisan, akan melontar khabar tentang jalan-jalan ke sini supaya, melalui sahabat-sahabat, lebih ramai dapat disampaikan ayat-ayat Allah atau miliki Kitab-Nya, yang sudah dijelaskan dalam bahasa difahami.
Buat penutup, dihidangkan
dua ayat berbunyi,
"Orang-orang yang menyampaikan Mesej-Mesej Allah, dan takut kepada-Nya, dan tidak takut pada sesiapa jua kecuali kepada-Nya; dan cukuplah Allah sebagai penghitung." (33:39)
"Maka sabarlah kamu, sebagaimana Rasul-Rasul yang mempunyai tekad bersabar. Jangan minta disegerakan untuk mereka - ia seakan-akan, pada hari mereka lihat apa yang mereka dijanjikan, mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari. Satu penyampaian! Dan tiada yang akan dimusnahkan melainkan kaum yang fasiq." (46:35)
Allah disanjung!
5 Julai 2012
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman