E-Bacaan DiHadang II dan Respon (2)

 


Salamun alaikum,

Respon diterima lagi. Antaranya adalah:


From: Ashraff
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Sunday, June 24, 2012 10:44 PM
Subject: Re: for your eyes only


Salam Uncle,

Thanx for sharing this. 
Attention from <dipadam> cant be negative or positive.. 
Just stay safe.
Hope that you get a good response from them.

Regards
Ashraff 

 

From: oniesaifura
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, June 25, 2012 5:16 PM
Subject: Re: For your eyes only


Salam, 

kami akan sentiasa menyokong ebacaan dan sama2 laksanakan alquran.
Sangat baik sekiranya ebacaan dpt di download daripada app store. 

Tq & salam juga pd makcik.

 

From: azizsuriani
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, June 25, 2012 9:35 PM
Subject: Re: for your eyes only


Salamunalaikum,

Beberapa kali saya telah cuba akses dengan petua yang diberi tetapi gagal.

e-bacaan bantu kami untuk buat rujukan dengan pantas.

Mereka cuba menyekat ayat-ayat Allah..... Adakah ini kerja birokrasi agama atau siapa ?

salam
azizsuriani

 

From: nmypeace
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, June 26, 2012 2:35 AM
Subject: Re: for your eyes only


Salam-mun-alaikum - saudara-ku..

Ini adalah JIHAD bagi mempetahankan pembacaan AL-QURAN dalam terjemahan yang mampu beri penjelasan kepada maksud kandungan AL-QURAN ARAB ke dalam BAHASA MELAYU.

Sesungguhnya TAKDIR ALLAH letak rintangan ini bagi memulakan beberapa tindak-balas yang bakal membuka jalan-jalan yang tidak kita sangka akan berlaku sebagaimana kisah Pesuruh MUSA yang dimulakan dengan wahyukan ibu-nya mencampakkan beliau ke dalam sungai agar dapat dipelihara FIRAUN supaya pemeliharaan tersebut bakal menyaksikan kejatuhan FIRAUN menurut ketentuan ALLAH. Pesuruh YUSUF juga dibuang ke dalam perigi yang akhirnya menyebabkan HADIS dalam bentuk MIMPI - bulan, bintang dan matahari bersujud kepada beliau jadi kenyataan dan disatukan seluruh kaum keluarga.

Langkah pertama adalah gerak yang ALLAH izinkan agar ianya dapatlah beri kesan sampingan yang menyebabkan jalan-jalan lain terbuka dan AYAT-AYAT ALLAH akan kembali jadi penentu antara kita dan mereka dalam perbezaan pendapat ini.

Jika perlu sebarang bantuan, sila maklum balas kepada saya. An-Yasha Allah...Allah beserta perjuangan ini.

Allah Di-sanjung !

Noor Mohamed


Pemblockan laman web menunjukkan pihak tertentu tidak membenarkan sebarang perubahan berlaku kepada bangsa, sedangkan dari pandangan seseorang bangsa harus berubah. Pandangannya dapat dibaca di sini.

Pada hemat kami, perubahan boleh berlaku apabila bangsa tidak lagi disekat daripada membaca al-Qur'an dalam Bahasa Melayu. Eropah telah berubah setelah Bible diterjemah ke dalam bahasa kaum, seperti German atau Inggeris, iaitu bahasa bukan-Vatican, lalu jadi bebas daripada genggamannya.

Rasa terkilan dapat beberapa berita mengenai laman web masih tidak dapat diakses, walaupun melalui proxy hidemyass yang telah dijadikan sebagai petua. Apatah lagi apabila menerima berita berikut:


From:
beastphantomz
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, June 26, 2012 1:56 PM
Subject: Ibu Tumpang


Salamunalaikum,

Tuan Pengurus Laman, harap semuanya baik, keluarga dan sahabat handai semua. 

Laman dihadang, sungguh menggeramkan. Saya telah membaca kiriman terbaru tuan kepada mereka, benar, mereka umpama menghalang Ayat2 Allah didakwahkan. Kiranya mereka tidak memperdulikan, pasti balasan Allah itu tidak meragu2..

Terlebih dahulu, seribu kemaafan dipohon buat tuan kiranya soalan saya kali ini menggangu, maklumlah banyak isu yg berlaku, namun perasaan ingin tahu itu tetap menebal dalam diri. 

Persoalan tentang ibu tumpang,mungkin telah dibincangkan, namun sukar dirujuk disebabkan ada database ebacaan seperti masih tetap dihalang, walau menggunakan 'hidemyass'. Contoh: di bahagian perpustakaan: di bwh tajuk wanita/perempuan/ibu, tidak dpt dimasuki. Jadi tidak dapat dirujuk kiranya ia telah diperbincangkan sblm ini.

Dalam kepesatan teknologi kini, sperma bapa boleh dipindahkan kepada ibu yg lain tanpa sebarang bentuk perlakuan seks. Bidang perubatan melakukan method seperti ini utk membantu ibu2 yg kurang upaya utk tetap dapat anak walau bukan dr rahim sendiri. Justeru, saya mengharapkan pandangan Tuan berdasarkan al-Quran berkenaan isu ini. Jika dirujuk pada ikutan para harb, ada yang mengatakan boleh, ada yang mengatakan tidak boleh. Namun, bukanlah hukum yg dicari berkenaan hal ini, cuma kebenaran dari Allah kiranya kes sedemikian berlaku pada diri dan keluarga.

Seribu kemaafan, dan terima kasih buat Tuan. 

Allah disanjung!

Salamunalaikum..


Dalam jawapan, kami beritahunya tentang judul "Bayi Tabung Uji & Susu Badan -sitisurianiwati" yang malangnya tidak disenaraikan di bawah tajuk yang dirujuk, tetapi berada di halaman utama Perpustakaan. Mungkin selepas ini kami memindahkannya ke sana kerana lebih sesuai dengan tajuk tersebut.

Sekian buat kali ini. Semoga semua yang berjuang ditambahkan Allah dalam Petunjuk dan kekal berada di dalamnya.

Allah disanjung!

27 Jun 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman