Surah 61
BARISAN-BARISAN
(14 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
61:1. Segala di langit dan di bumi menyanjung Allah; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
61:2. Wahai orang-orang yang percaya, mengapakah kamu kata apa yang kamu tidak buat.
61:3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu kata apa yang kamu tidak buat.
61:5. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, mengapakah kamu menyakiti aku, walaupun kamu tahu bahawa aku adalah Rasul Allah kepada kamu?” Apabila mereka menyimpang Allah menyimpangkan hati mereka; dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.
61:6. Dan apabila Isa putera Mariam berkata, “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan beri berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang selepas aku, namanya Ahmad (dipuji).” Maka, apabila dia datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, “Ini, sihir yang nyata.”
61:7. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah apabila dia diseru kepada islam? Dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
61:8. Mereka hendak padamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah akan sempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang tidak percaya membencinya.
61:9. Dia yang utus Rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang sekutukan membencinya.
61:10. Wahai orang-orang yang percaya, mahukah Aku tunjukkan kamu perdagangan yang akan menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?
61:11. Kamu percayai Allah dan Rasul-Nya, dan berjuang di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Itu yang lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.
61:12. Dia akan ampun kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan masukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Taman-Taman Adn; itulah kemenangan yang besar,
61:13. Dan yang lain yang kamu suka, pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin (yang percayai)!
61:14. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu penolong-penolong Allah, sebagaimana Isa putera Mariam berkata kepada pengikut-pengikut yang setia, “Siapakah yang akan jadi penolong-penolong aku bagi Allah?” Pengikut-pengikut yang setia berkata, “Kami akan jadi penolong-penolong Allah.” Dan segolongan daripada Bani Israil percaya, dan segolongan tidak percaya. Maka Kami kukuhkan orang-orang yang percaya terhadap musuh mereka, dan mereka menjadi orang-orang yang menguasai.