Ayat-ayat berkalimat Adam dijadikan penentu
From: Patin Sufi <patinsufi@gmail.com>
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Monday, February 20, 2012 10:19 PM
Subject: Kalimat Adam di dalam al-Qur'anSelamat sejahtera
Dalam kesemua ayat2 yang terdapat dalam kalimat Adam, saya dapati yang Iblis saperti contoh ayat ini:-
7:16. Berkata, "Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku, maka sungguh, aku akan duduk kepada mereka di jalan Engkau yang lurus,
7:17. Kemudian aku datang kepada mereka, dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka; Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka berterima kasih."Tidak ada lansung ia menyebut pasal Ugama Islam. Adakah kerana ayat ini terdapat dalam Quran maka diangap hanya bagi orang berugama Islam atau keturunan Adam, tak kira ugama atau bangsa.
Harap tuan yang arif bolih bantu soalan saya ini.
Sekian dan diucapkan terima kasih.
Wassalam
Salamun alaikum,
Bukan itu saja - Tidak ada lansung ia menyebut pasal Ugama Islam - yang disimpulkannya, malah, dalam emel yang kemudian beliau berkata pula "Maka dengan fahaman hamba, Iblis akan sesatkan manusia keturunan Adam dengan pengaroh2 dan ciptaan ritual dia dari tiada kepada ada."
Juga, daripada emel beliau yang lain, dapat difahamkan iaitu kesimpulan di atas dibuat dengan hanya merujuk kepada ayat-ayat al-Qur'an mengandungi kalimat Adam. Justeru, ayat-ayat berkalimat Adam dijadikan penentu atas dakwaannya.
Maka dengan fahaman hamba tersebut, Ugama Islam dan ritual hanya ciptaan Iblis! Kerana tidak disebut di dalam ayat-ayat mengandungi kalimat Adam!!
Fahamannya, menurut pandangan kami, terbit daripada pengetahuan yang mengambil
hanya sebahagian daripada al-Kitab. Kerana condong kepada sebahagiannya sahaja
maka sebanyak itulah ilmu yang diberi Allah kepadanya.
Dan kerana tidak tahu/membaca keseluruhan kandungan al-Qur'an maka dia tidak tahu bahaya berfahaman dengan pengetahuan sebanyak itu. Tidak juga dia tahu bahawa Allah tidak suka orang-orang yang mengambil sebahagian al-Kitab.
Dalam jawapan kami kepadanya, yang antaranya berbunyi "Kenapa mahu perkataan agama Islam di situ?"
kami juga telah menyebut frasa jalan lurus yang dipetik daripada ayat
petikannya. Akan tetapi, dia kelihatan seperti tidak memahami maksud kami
apabila dia menyoal "Adakah jalan yang lurus bermaksud
hanya khusus bagi orang yang jalan lurus, Iblis akan menyekatkannya."
(Dia tidak membaca artikel
Jalan
Lurus.)
Dalam jawapan lain, kami memetik ayat berbunyi "Kami berkata,
'Turunlah kamu keluar darinya, kesemuanya. Jika
datang kepada kamu petunjuk
daripada-Ku, dan sesiapa yang ikut
petunjuk-Ku, tiadalah ketakutan pada
mereka, dan tidaklah mereka bersedih.'" (2:38)
Kami tidak tahu sama ada Dia menyedari ayat tersebut merupakan juga sebahagian daripada cerita yang terbit daripada ayat-ayat berkalimat Adam. Maksud di sebalik petikan ayat tersebut kelihatan seperti tidak difahaminya jua.
Tidak memahami kerana hendakkan sangat penjelasan
mengandungi Ugama Islam dan
ritual pada ayat-ayat Allah yang mengandungi
kalimat Adam!
Walhal ayat-ayat tersebut telah ditetapkan Allah untuk mengandungi suatu iktibar amat besar bagi semua manusia. Sila rujuk:
- Cerita Adam dan Iktibarnya -oniesaifura
- Cerita Adam: Peringatan dan Ancaman Allah -hyss2010
Lucu juga dirasakan apabila dia (mengguna dua perkataan daripada ayat 2:38 tadi
- macam memperli-Nya aje!)
menyatakan dalam salah satu emelnya - Sekiranya tuan
berasa ketakutan dan bersedih disebabkan pertanyaan saya, saya minta maaf, saya
tidak ada sebarang niat yang tidak jujur atau lain.
Takut dan sedih atas pertanyaan daripada ilmunya yang hanya disangka luas! (Kami diterangkannya pula sebagai ber-mental bondage sebab hanya memakai ayat-ayat al-Qur'an!)
Sebenarnya tidak. Kami tidak berasa takut dan sedih atas keintelekualan saudara. Mengapa pula kami harus rasa demikian sedangkan kami sudah melihat bahawa itulah ilmu yang saudara diberi oleh Allah! Atau ilmu bisikan Iblis?
Kami juga berniat baik dan jujur dengan kata-kata penutup itu.
Terima kasih atas emel di atas.
Allah disanjung!
25 Februari 2012
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman