Cerita Adam dan Iktibarnya
From: oniesaifura
To: Ebacaan <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, October 3, 2011 4:31 PM
Subject: Maa.. Imam mu ka?
Salamun a'laikum..
Kepada sahabat2 pengurus jalan Allah, para pencinta kebenaran dan para pelawat laman makanan rohani ini.. Khusus nya kaum mariam.
Semoga kita semua sentiasa berada didalam pengasihan Allah.2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan letak di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau letak di dalamnya orang yang akan buat kerosakan di dalamnya dan tumpahkan darah, sedang kami sanjung dengan memuji-Mu dan panggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."
2:31. Dan Dia ajar Adam nama-nama, kesemuanya, kemudian Dia kemukakan kepadapara malaikat. Dia berkata, "Sekarang beritahu Aku nama-nama ini semua, jika kamu berkata benar."
2:32. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Kami tidak ada pengetahuan melainkan apa yang Engkau ajar kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana."
2:33. Dia berkata, "Wahai Adam, beritahu mereka nama-namanya", maka setelah dia beritahu mereka nama-namanya, Dia berkata, "Tidakkah Aku kata kepada kamu bahawa Aku tahu perkara-perkara yang ghaib di langit dan bumi, dan Aku tahu apa yang kamu nampakkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
2:34. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia jadi antaraorang-orang tidak percaya (kafir).
2:35. Dan Kami berkata, "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini, supaya kamu tidak jadi orang-orang zalim."
2:36. Kemudian syaitan gelincirkan mereka daripadanya, dan keluarkan mereka dari dalam apa mereka berada, dan Kami berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang lain, dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu waktu."
2:37. Lalu Adam terima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan Dia terima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:38. Kami berkata, "Turunlah kamu keluar darinya, kesemuanya. Jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, dan sesiapa yang ikut petunjuk-Ku, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
2:39. Dan, orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya."
Jelas tiada perubahan pada sunnah Allah Itu!
Berdasarkan perintah diatas Dan situasi yg dihadapi dalam menjalankan wasiat Allah sememangnya satu yg menakjubkan...
Adam, hawa Dan iblis adalah antara golongan yg Gagal laksanakan perintah Tuhan, ketaatan adam dan hawa terhadap perintah Tuhan Nya terlalu goyah, disebabkan hasutan iblis yg juga menyebut dan mensucikan Allah. Akhirnya Adam termakan hasutan iblis.. Si hawa diciptakan sebagai pasangan kepada adam juga gagal selamatkan adam dari hasutan tersebut.. Walaupun si hawa juga sama mendengar dan menyaksikan Perintah daripada Tuhan nya. Menyebabkan Kedua2 manusia ini di Murkai Allah.
Surah 7:20 menggambarkan perintah dari Tuhan yg mereka dustakan. Lalu terbuka aurat (sesuatu yg memalukan) mereka, yg tidak dapat ditutup lg walaupun dengan menjahit daun2.
Namun begitu mereka masih diberi kesempatan hidup untuk segenap waktu. Tinggal lah mereka dibumi dengan dikurniakan cahayamata qabil dan habil.
5:27. Dan kamu bacakan kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka persembahkan satu qurban, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, "Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya terima daripada orang-orang bertakwa.
Lihat bertapa besar impak buruk seorang manusia yg ingkar perintah Tuhan nya akibat mendustakan 1 perintah, maka binasalah seluruh keturunan.. Keingkaran ayah dan ibu membuahkan hasil keturunan yg busuk. saling bermusuhan, dengki mendengki, bunuh membunuh sesama sendiri Dan juga beberapa jenayah lain.
Berita Adam, hawa Dan keturunan nya digelincirkan oleh iblis sengaja diberitakan dalam Al-Quran agar manusia dapat jadikan nya sebagai tauladan dalam kehidupan.
Tetapi apa yg terjadi pada Abad ini... Manusia berlumba2 menjalankan sunnah Adam dan hawa.. Suka digelincirkan oleh iblis yg bertopengkan manusia yang juga menyebut dan mensucikan Allah sepertimana yg dilakukan oleh iblis dahulu.. membanggakan diri bahawa mereka menjalankan sunnah Muhamad. Tetapi mereka tidak perasan siapa ikutan mereka.. Kerana mereka tidak membaca kitab dengan bacaan sebenar (2:121)
Kalau mahu sangat mendukung sunnah Muhamad... Muhamad manusia yang taat pada perintah Tuhan. Bukan seperti manusia sekarang, menegakkan sunnah Muhamad tetapi pendirian Dan ketaatan seperti Adam Dan hawa. Mudah digelincirkan oleh perintah bukan dari Allah.
Dalam kad undangan perkahwinan pun ramai pasangan yg mahu disatukan seperti Adam Dan hawa! Sedangkan Adam Dan hawa adalah pasangan yg gagal menuruti Perintah Tuhan. Tiada nilai selamat menyelamati.
Adam sempat bertaubat Dan buat perbaikkan. Taubat Adam diterima oleh Allah, namun kesan dari keingkaran masa lampau tetap dirasa oleh mereka.
Renung-renungkan lah apa juga perlaksanaan kita sebagai hamba, sementara hidup dimuka bumi Nya ini walaupun menyebut nama Allah tetapi KEMURKAAN Allah datang menimpa menimpa diri Dan seluruh keturunan. Adakala kemukaan Itu terlalu menjijikkan namun kita tidak dapat lari dari nya, malah menutup nya juga tidak dapat kita lakukan.
Jangan jd seperti sejarah Adam yg hingga kehari ini semua manusia membaca sejarah nya. Amat memalukan! Ingkar 1 Perintah sahaja berjenerasi merasakan kesannya... Kita??? Berapa keingkaran yg dah kita lakukan? Berapa jenerasi pula yg akan merasakan kesan nya nanti??
Tepuk dada, Tanya akal! Maa.. Imam mu ka??
Satu Tuhan, satu kitab, satu umat pasti bertemu pencipta mu !!
Allah disanjung!
Salamun alaikum,
Emel ini dikirim seminit selepas emel diterbitkan semalam. Maka mood-nya serupa. Apapun, terima kasih.
Semua orang tahu cerita Adam dan isteri. Tapi penerimaannya berbeza. Ada yang mengingati mereka sebagai pasangan kekasih pertama di dunia, dan paling bahagia kerana tinggal di syurga.
Ada yang lain mencari-cari pokok yang mampu nampakkan bahagian aib mereka yang tersembunyi (7:20); sebelum mereka makan daripada pokok itu mereka tidak bertelanjang (20:118).
Dan beberapa persoalan lain - misalan bagaimana mereka sujud kepada Adam, di mana mereka berada, apakah nama-nama isteri dan anak-anak Adam, adakah dia manusia pertama - yang disebut-sebut dalam keintelekualan golongan-golongan tertentu.
Demikianlah beberpa contoh penerimaan dan persoalan atau iktibar daripada cerita Adam dan isteri di dalam al-Qur'an.
Al-Qur'an disebut di awal wahyu Allah kepada manusia (2:2) sebagai Kitab petunjuk yang tidak diragu-ragukan. Ia dituruti penjelasan mengenai tiga golongan manusia - pertama, yang percaya kepadanya (2:4), kedua, yang tidak percaya (2:6), dan ketiga, yang berkata percaya tetapi tidak percaya (2:8), iaitu golongan yang buat kerosakan di bumi (2:12).
Seperti itu dengan Adam, yang disebut jadi cerita manusia yang pertama di dalam al-Qur'an (sejurus sebelum cerita Bani Israil) bermula ayat 2:30 (sila rujuk kiriman di atas). Cerita tersebut diakhiri ayat-ayat berbunyi (dicatat lagi),
"Kami berkata, 'Turunlah kamu keluar darinya, kesemuanya. Jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, dan sesiapa ikut petunjuk-Ku, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
Dan, orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.'" (2:38-39)
Justeru, kedudukan yang dekat kedua-dua sebutan itu jadi renungan bagi sesetengah golongan.
Seterusnya ingin bertanya pula, apakah yang menghalangi orang Islam daripada ikut petunjuk al-Qur'an (walhal ia dalam Rukun Iman) dengan tidak percaya dan dustakan ayat-ayat-Nya, sehingga mereka sanggup tinggal selama-lamanya di Api?
Adakah antara sebabnya kerana iktibar yang jelas daripada cerita Adam jadi suatu yang tidak diutamakan oleh golongan yang buat kerosakan? Mengenai golongan tersebut, yang mungkin berkuasa, turut didapati terangkan orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah sebagai bodoh, tanpa mereka tahu siapa sebenarnya orang-orang bodoh, pada pandangan Allah.
Ayat yang menjelaskan keadaan itu berada dalam kumpulan ayat-ayat mengenai mereka (bermula ayat 2:8 tadi) diturunkan di bawah, sekali gus jadi penutup hujah di sini:
"Apabila dikatakan kepada mereka, 'Percayalah sebagaimana manusia percaya', mereka berkata, 'Adakah kami akan percayai sebagaimana orang-orang bodoh percaya?' Sesungguhnya, merekalah orang-orang bodoh, tetapi mereka tidak tahu." (2:13)
Terima kasih.
Allah disanjung!
5.10.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman