Sholat Tahajud dan Surah 73 -Respon

 

 

From: msahib56
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Monday, December 26, 2011 10:26 AM
Subject: Sholat Tahajud dan Surah 73

Salamun alaikum,

Berkaitan ulasan mengenai perkara tersebut, adalah lebih baik jika dirujuk juga kepada ayat 20 surah tersebut.

“…..Apa sahaja kebaikkan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar.”

Jadi adakah salah sekiranya seseorang itu hendak juga kerjakan solat dengan memujiNya dan minta ampun kepada Nya sepanjang malam dengan harapan bahawa apa yang dilakukannya akan dapat restu daripada Allah?

Terserah kepada Allah untuk menerima atau tidak amalannya itu. Ianya bukan urusan kita. Janganlah kita pandai-pandai menghalang seseorang daripada kerjakan sesuatu yang mungkin direstui Allah.

See 96: 9-10.

Maaf sekiranya saya tersilap. Salam.


Salamun alaikum,

Terima kasih atas pandangan saudara yang kami terima dengan baik. Benar, kita serah segalanya kepada Allah dan tidak boleh tetapkan hukum, salah atau tidak salah. Seperti selalu yang kami katakan kami tidak suka tetapkan hukum.

Namun, persolannya bukan salah atau tidak salah kerjakan solat tahajud. Penanya (rievanr) kemukakan soalan sama ada ayat-ayat berkenaan (di surah 73) menunjukkan solat tahjud. Soalan beliau berbunyi, "Apakah Allah membicarakan mengenai perintah Sholat Tahajud, walaupun tidak terlihat perkataan Sholatnya dalam ayat tersebut..? kalau bukan, mengenai hal apakah ayat tersebut..?

Jawapan diberi ialah Tidak dan ayat-ayat itu adalah mengenai membaca al-Qur'an.

Mungkin ada yang bersetuju bahawa kami tidak mengandai-andaikan sesuatu dalam jawapan tersebut. Yang mengandai-andaikannya ialah orang yang menafsirkan tahajud kepada solat tahajud. Kalau dia tidak menyebutnya pada kali pertama dahulu, tentu pada hari ini, didapati tiada seorang pun yang memikirkan tentang solat tersebut, iaitu solat yang tidak disebut Allah di dalam Kitab ajaran-Nya, al-Qur'an.

Dengan dia buat demikian, atas nama Allah - menggunakan ayat-ayat di surah 73 sebagai dalil daripada-Nya - kami khuatir amalan itu tidak datangkan sebarang kebaikan, dan hanya jadi membazir sahaja, kerana Dia tidak merestuinya. Mungkinkah Dia akan merestui sesuatu yang disyariatkan dalam agama sedangkan Dia sendiri tidak mengizinkan? Sila lihat ayat 42:21.

Kerana itu kami menerbitkan soalan dan jawapan tersebut, dan tujuan menerbitkannya bukan untuk menyekat daripada lakukan solat tahajud, sebab kami sedari jawapan kami tidak mampu buat demikian, terutama ke atas orang-orang yang percayai fadilatnya.

Tujuan kami menerbitkannya adalah hanya seperti yang tercatat di halaman utama berbunyi,

Pun begitu, janganlah membaca tulisan-tulisan di laman web ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau percayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan sahaja.

 

Selanjutnya, kami setuju bahawa beramal pada waktu malam adalah bagus. Bagus kerana disuruh Allah. Antara ayat-ayat yang menyuruhnya berbunyi,

"Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud" (3:113).

"Atau, adakah orang yang patuh pada waktu malam, sujud dan berdiri, sedang dia takut pada akhirat, dan mengharapkan pengasihan Pemeliharanya?" (39:9).

"Dan sebahagian daripada malam; sujudlah kepada-Nya, dan sanjunglah Dia melintasi malam yang panjang" (76:26).

Harus diingatkan juga bahawa amalan-amalan yang selain membaca al-Qur'an di situ - bersujud, berdiri, dan menyanjung - tidak memerlukan "wuduk" sebelum lakukan mereka. Pembersihan tersebut hanya dituntut dalam amalan solat, yang waktunya sudah dijelaskan. Untuk keterangan lanjut mengenai segala amalan pada waktu malam yang disuruh atau direstui Allah, sila rujuk artikel Amalan untuk waktu malam.

Pun begitu, bagi orang-orang yang ingin menafsirkan sujud, berdiri dan sanjung di situ kepada solat maka kami hanya berkata, "No comment!"

Dengan ayat-ayat yang jelas itu, sekali lagi kami menyatakan pendapat bahawa Allah tidak mensyariatkan solat tahajud pada waktu malam. Dia hanya mensyariatkan membaca al-Qur'an, bersujud, berdiri dan menyanjung, pada waktu malam, menurut ayat-ayat tersebut.

Dan dengan itu juga kami menamatkan hujah di sini serta undurkan diri.

Terima kasih.

Allah disanjung!


27.12.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman