Sholat Tahajud dan Surah 73
From: rievanr
Date: Sat, 17 Dec 2011 10:11:45 +0800
Subject: Surah 73 "YANG BERSELIMUT"
To: ebacaan@yahoo.com
Salam Pengurus LamanMoga sehat selalu berserta keluarga.
Saya mau bertanya mengenai hal Surah 73 sebagai berikut :
73:1. Wahai kamu yang berselimut,
73:2. Berjaga-jagalah pada waktu malam, kecuali sedikit,
73:3. Separuh daripadanya, atau kurangkan sedikit,
73:4. Atau tambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.
73:5. Sesungguhnya Kami akan lemparkan kepada kamu ucapan yang berat.
73:6. Sesungguhnya bahagian pertama malam lebih berat dalam pijakan, dan lebih tegak dalam ucapan.
73:7. Sesungguhnya pada siang hari kamu ada pekerjaan yang panjang...............................
Apakah Allah membicarakan mengenai perintah Sholat Tahajud, walaupun tidak terlihat perkataan Sholatnya dalam ayat tersebut..? kalau bukan, mengenai hal apakah ayat tersebut..?
Terima Kasih
Allah disanjung
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi bertanya. Pendapat kami atas pertanyaan di atas yang dikemukakan di sisi tentu akan kecewakan mereka yang menganggap amalan Solat Tahajud sebagai satu amalan yang amat tinggi.
Jawapan dimulakan dengan kata Tidak. Di situ Allah tidak membicarakan atau memerintah supaya Sholat Tahajud diamalkan. Kalau Dia ingin buat demikian tentu disebut-Nya nama khas Sholat Tahajud seperti Dia sebut, misalannya, Solat Fajar.
Lagipun, solat yang diperintah Allah adalah menurut waktu - "....lakukan solat; sesungguhnya waktu solat adalah dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin" (4:103) - dan Tahajud (berjaga-jaga) adalah bukan waktu, seperti fajar. Lalu orang-orang mukmin tidak mengamalkannya.
Ayat-ayat yang diutarakan di atas adalah mengenai berjaga-jaga (tidak tidur) pada malam hari, menurut kadarnya, separuh atau kurang sedikit daripadanya, atau menambahkan sedikit, dan tujuan berjaga-jaga adalah untuk membaca al-Qur'an, dengan bacaan sebenar. Kemudian ucapan yang berat, atau ayat-ayat yang memerlukan pemikiran, dijadikan senang dibaca, atau difahamkan, dan waktu malam itu akan jadikannya lebih tetap di dalam hati.
Ingin bertanya pula, kalau ia bermaksud Sholat Tahajud, mampukah solat itu dilakukan selama setengah malam atau kurang sedikit daripadanya atau menambahkan sedikit (misalan 2½ jam lamanya sebagai kiraan paling minima)? Kami syak tidak boleh, sedangkan solat wajib hanya memakan masa beberapa minit sahaja.
Tetapi bila ayat-ayat al-Qur'an dibaca untuk difahamkan, dan direnungkan dengan mendalam, kami percaya proses itu boleh telan masa tersebut, atau lebih.
Tidak lama selepas emel di atas, pengirim telah menghantar satu lagi emel, atas perkara yang sama. Emel tersebut diturunkan di bawah:
From: Rievan R <rievanr@gmail.com>
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Saturday, December 17, 2011 11:43 AM
Subject: Fwd: Surah 73 "YANG BERSELIMUT"Salam Pengurus Laman
Ada sedikit koreksi dalam hal pertanyaan saya mengenai..
73:1. Wahai kamu yang berselimut,
73:2. Berjaga-jagalah pada waktu malam, kecuali sedikit,
73:3. Separuh daripadanya, atau kurangkan sedikit,
73:4. Atau tambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.
Mengenai ayat 73:1-4, "....berjaga-jagalah pada waktu malam..... dan bacalah Alquran...." apakah ini dua kegiatan yang berbeda..? atau dalam surah itu hanya kegiatan untuk membaca Alquran saja yang Allah suruh atau ada kegiatan lain lagi selain itu...?
Maaf sebelumnya saya minta pendapat tuan dalam hal ini...?
Terima Kasih
Kami setuju dengan pendapat yang mengatakan dua kegiatan yang berbeza, iaitu
berjaga-jaga pada waktu malam dan membaca al-Qur'an,
tetapi mereka bersangkut-paut. Kerana, jika tidak berjaga-jaga, atau tidur,
manakan boleh membaca al-Qur'an!! Tidak ada orang yang boleh membaca al-Qur'an
sambil tidur.
Akhir sekali, harap maaf kerana kami tidak nampak ada perintah selain daripada yang disebut. Kami tidak nampak perkataan solat di situ, dan tidak juga nampak amalan itu berada dalam konteks ayat-ayat yang diutarakan.
Terima kasih.
Allah disanjung!
19.12.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles