Al-Qur'an Itu Rasul -Respon

 

From: LONGCHIK AYOB
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Monday, November 7, 2011 10:49 AM
Subject: Al Quran Itu Rasul


Salaamu'alaikom saudara semoga dirahmati Allah dan sehat selalu

Merujuk kepada artikel yg bertajuk saperti di atas di dalam laman web ebacaan, saya berpendapat Rasul-Rasul juga bolih berupa manusia-manusia, satelah nabi/Rasul Muhammad, berdasarkan ayat ini:

7:35. Wahai Bani Adam, jika datang kepada kamu Rasul-Rasul daripada kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, maka sesiapa bertakwa, dan membetulkan, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

"Rasul-Rasul daripada kalangan kamu" adalah manusia-manusia di kalangan kita yg berperanan ceritakan/menerangkan "ayat-ayat Allah" ia itu Al Quran itu.kepada kita.

Bagaimana pendapat saudara? Kalau saya salah perbetulkanlah.

Salam.

Sam.


Salamun alaikum,

Sesungguhnya kami amat berterima kasih atas pertanyaan saudara, yang kami terima sebagai tepat. Terasa kesal pula atas kelewatan menerbitkannya, kerana langkah kami sejak kebelakangan ini agak perlahan. Lalu menyebabkan misalan artikel yang diterbit semalam memakan masa persediaan hampir dua minggu!

Sebenarnya, kami sudah menduga terlebih dahulu bahawa soalan seperti di atas akan dihulurkan kepada kami selepas artikel dikemukakan. Tetapi tidak menjelaskan dengan terang-terangan di dalam artikel, cuma hanya dengan ayat berlapis sahaja.

Apapun, kelihatan dengan jelas saudara tidak menolak bahawa al-Qur'an itu Rasul. Dan kami, dalam tulisan tersebut, tidak pula mengatakan seperti tidak ada sebarang Rasul manusia selepas Muhammad.

Sedia maklum, negara kita sudah "islam" kira-kira 600 tahun sejak zaman Kesultanan Melaka. Tidak mungkin dalam tempoh itu tidak ada seorang Rasul manusia pun diutus di sini, iaitu kepada kaum yang tidak pernah diberi amaran.

Mungkin akibat amaran tersebut negara telah dijajah oleh tiga bangsa Eropah, lantas kita tidak jadi khalifah di bumi sendiri.

Tinggalkan sejarah di situ, dan merujuk kepada satu kenyataan di artikel, berbunyi "Kerana Rasul dikatakan hadir pada hari ini maka dia disangka hanya terdiri daripada orang-orang yang menyampaikan ayat-ayat Allah, yang bilangannya didapati begitu ramai."

Perhatian kepada frasa pada hari ini dan hanya dan bilangannya didapati begitu ramai.

Kenyataan dibuat setelah dapati suatu pendapat iaitu sesiapa yang sampaikan ayat-ayat Allah maka dialah Rasul, yang disebar luas dewasa ini.

Ia menyebabkan kami tertanya-tanya, kerana orang-orang yang menyampaikan ayat-ayat Allah adalah sungguh ramai pada hari ini, dan di kalangan mereka pula terdapat fahaman yang berbagai-bagai, bukan satu. Justeru, bolehkah dianggap kesemua mereka sebagai Rasul sedang mereka berselisih antara satu sama lain?

Sebab itu kami tulis Al-Qur'an itu Rasul dan sebab itulah juga kami tulis sebelum itu Anda Rasul pada hari ini?

Tujuan kami menulisnya hanya supaya pendengar tidak menumpukan perhatian kepada "Rasul-Rasul" tersebut tetapi menumpukan pencarian petunjuk mereka kepada al-Qur'an (Rasul sebenar), iaitu Kitab daripada Dia yang Dia mengajarnya, dan kerana Dialah juga yang beri petunjuk.

Lantaran itu, terdapat juga pembaca yang difikirkan telah memahami maksud sebenar artikel ditulis. Emelnya diturunkan di bawah, tetapi sebahagian kandungan dipadam kerana menyentuh hal peribadi:


From:
nwira9
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Friday, October 28, 2011 8:25 PM
Subject: Al quran itu Rasul

Salamun alaikum

................. saya suka artikel ni padat..........

 

Harap tidak disalahfahamkan. Terima kasih.


Allah disanjung!

12.11.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman