Amaran-Ku

 

 

"Wahai kamu yang berselubung, Bangun, dan berilah amaran!" (74:1-2). Ayat ini telah mengetuk fikiran semasa membaca al-Qur'an baru-baru ini walaupun peringatan yang berkaitan sudah lama ditulis sebagai sebuah artikel berjudul Bencana Alam - kemurkaan dari langit.

Bangun! beri amaran! Adalah perintah Allah kepada Nabi. Tentu sekali baginda telah laksanakannya dalam ketaatan dan takwa.

 

beri amaran, selain sampaikan berita gembira, jadi tugas para Rasul dan utusan, supaya manusia tidak dapat berdalih lagi kepada Allah, dan supaya mereka yang percaya dan membetulkan diri tidak berasa takut dan tidak rasa sedih, terutama di akhirat. Firman-firman berkaitan berbunyi,

"Rasul-Rasul sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran supaya manusia tidak ada hujah terhadap Allah selepas Rasul-Rasul; Allah Perkasa, Bijaksana." (4:165)

"Kami tidak utus para utusan kecuali untuk beri berita gembira, dan beri amaran. Maka sesiapa yang percaya, dan membetulkan - tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih." (6:48)

Rasul sebagai pemberi amaran diutus kepada tiap-tiap umat. Maka tiada umat di dunia ini yang tidak didatangi pemberi amaran. Lantaran itu semua manusia menerima amaran daripada Allah. Firman-firman-Nya,

"Tiap-tiap umat ada Rasulnya" (10:47)

"dan tiada sesuatu umat melainkan telah berlalu di dalamnya seorang pemberi amaran." (35:24)

Pemberi amaran telah juga diutus ke bandaraya-bandaraya sementara Nabi Muhammad ke ibu bandaraya-bandaraya dan kawasan di sekitarnya. Ayat-ayat di bawah menjelaskan:

"Kami tidak utus seorang pemberi amaran ke sesebuah bandaraya melainkan orang-orangnya yang hidup mewah berkata, 'Kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya.'" (34:34)

"Inilah sebuah Kitab yang Kami turunkan, diberkati, dan mengesahkan apa yang sebelumnya, dan supaya kamu (Muhammad) beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang di sekitarnya; dan orang-orang yang percayai akhirat percayainya, dan mereka yang pelihara solat mereka." (6:92)

Dengan itu dapat difahamkan iaitu orang-orang yang percayai amaran-amaran Allah atau ayat-ayat-Nya yang disampaikan melalui pemberi-pemberi amaran adalah mereka yang percayai akhirat, dan yang pelihara solat mereka.

 

Lazimnya amaran yang diberi mengandungi larangan mengadakan berserta Allah tuhan yang lain, atau larangan menyembah sesiapa saja selain daripada Dia. Larangan tersebut turut bermaksud tidak ikut sesiapa saja (dalam hal agama) kecuali Allah melalui Kitab-Nya. Larangan serupa itu, kadang kala, dituruti dengan sesuatu ancaman, seperti azab hari yang besar. Firman-firman-Nya,

"Dan jangan adakan berserta Allah tuhan lain; aku (Nuh) adalah seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu." (51:51)

"Dan ingatlah saudara kepada Ad, apabila dia (Hud) beri amaran kepada kaumnya di tepi bukit pasir - dan sesungguhnya pemberi-pemberi amaran telah berlalu di hadapannya dan belakangnya -'Jangan kamu menyembah siapa pun melainkan Allah! Sesungguhnya aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.'" (46:21)

Beberapa azab lain turut disebut di dalam al-Qur'an, misalan azab di akhirat, bencana yang keras, Hari Penyesalan, Hari Yang Dekat, halilintar atau angin ribut yang mengandungi batu. Kesemua ancaman yang disebut membawa maut, kecuali azab di akhirat. Ayat-ayat berikut beri keterangan lanjut:

"Pada hari bumi ditukar kepada selain daripada bumi dan langit, dan mereka pergi kepada Allah, Yang Satu, Yang Menakluki. Dan kamu lihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama dalam belenggu.
Daripada gala-gala adalah baju-baju mereka, muka mereka ditutupi oleh Api. Kerana Allah akan membalas tiap-tiap jiwa atas usahanya; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.
Ini ialah satu penyampaian bagi manusia supaya mereka diberi amaran dengannya, dan supaya mereka tahu bahawa Dia Tuhan Yang Satu, dan supaya semua yang empunya minda mengingati." (14:48-52)

"Yang betul, untuk beri amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik , bahawa bagi mereka upah yang baik," (18:2)

"Berilah mereka amaran dengan Hari Penyesalan apabila perkara diputuskan, sedang mereka dalam kelalaian, dan tidak percayai." (19:39)

"Dan berilah mereka amaran mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di kerongkongan, dan orang-orang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak ada pengantara untuk ditaati." (40:18)

"Tetapi jika mereka berpaling, maka katakanlah, 'Aku beri amaran kepada kamu dengan halilintar yang serupa halilintar Ad dan Tsamud.'" (41:13)

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan utus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu akan tahu bagaimanakah dengan amaran-Ku?" (67:17)

 

Kebanyakan manusia tidak percaya kepada amaran Allah yang disampaikan oleh pemberi amaran. Antara mereka yang tidak percaya membantah dengan yang palsu, di samping ambil amaran-Nya atau ayat-ayat-Nya sebagai olok-olokan. Demikianlah menurut firman berbunyi,

"Dan Kami tidak utus para utusan melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran. Namun begitu, orang-orang tidak percaya membantah dengan yang palsu supaya mereka sangkal yang benar dengannya. Mereka ambil ayat-ayat-Ku dan apa yang mereka diamarankan sebagai olok-olokan." (18:56)

Ada pula, selain tidak percaya mengatakan bahawa amaran-Nya adalah sesuatu sangat aneh, sementara yang lain mendustakannya sambil terangkan pemberi amaran, yang daripada kalangan mereka sendiri, sebagai orang yang sesat. Firman-firman-Nya,

"Tidak, tetapi mereka hairan bahawa seorang pemberi amaran datang kepada mereka daripada kalangan mereka; dan orang-orang tidak percaya berkata, 'Ini adalah sesuatu yang sangat aneh!'" (50:2)

"Mereka berkata, 'Ia, benar; seorang pemberi amaran telah datang kepada kami; tetapi kami dustakan, dengan berkata, ‘Allah tidak turunkan sesuatu; kamu hanya dalam kesesatan yang besar.’” (67:9)

Selain daripada itu, terdapat pula manusia yang berpaling daripada amaran yang disampaikan, dan terdapat juga mereka yang menambahkan dalam pelarian mereka daripada ayat-ayat Allah setelah mendengar amaran daripada-Nya. Ayat-ayat yang menyatakan demikian berbunyi,

"Kami tidak cipta langit dan bumi, dan apa di antara keduanya melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang dinyatakan; tetapi orang-orang tidak percaya berpaling daripada amaran yang mereka diberi." (46:3)

"Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati bahawa jika seorang pemberi amaran datang kepada mereka, tentu mereka lebih dapat petunjuk daripada mana-mana satu umat; tetapi apabila seorang pemberi amaran datang kepada mereka, ia hanya menambahkan mereka dalam pelarian," (35:42).

Telah disebut mengenai amaran kepada penduduk bandaraya, di mana orang-orangnya yang hidup mewah tidak percaya. Mereka tidak percaya kerana ikut kepercayaan bapa-bapa atau nenek moyang mereka. Firman-Nya,

"Begitulah, Kami tidak utus sebelum kamu seseorang pemberi amaran ke sesebuah bandaraya, melainkan bahawa orang-orangnya yang hidup mewah berkata, 'Sesungguhnya kami dapati bapa-bapa kami atas satu umat, dan kami atas bekas-bekas mereka.'" (43:23)

 

Sesuatu tindakan ada tindak balas. Antara balasan yang diterima di dunia kerana mendustakan amaran-Nya ialah mereka yang terlibat ditenggelamkan atau ditimpa suatu hujan yang buruk yang membawa maut. Peringatan-Nya berbunyi,

"Tetapi mereka dustakannya; maka Kami selamatkan dia (Nuh) dan orang-orang bersama dia di dalam kapal, dan Kami lantik mereka sebagai pengganti-pengganti, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami; kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang diberi amaran." (10:73)

"Dan Kami hujani mereka (kaum Lut) dengan suatu hujan; dan adalah buruk hujan orang-orang diberi amaran." (26:173)

Contoh-contoh malapetaka yang menimpa dapat difahamkan daripada artikel yang telah disebut di atas. Di akhirat pula, manusia akan ditanya mengenai amaran yang diberi dan kemudian mereka yang berdosa dimasukkan ke dalam api Jahanam. Kisah selanjutnya berbunyi,

"'Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah Rasul-Rasul datang daripada kamu sendiri yang ceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan beri amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?' Mereka berkata, 'Kami saksikan terhadap diri-diri kami sendiri.' Mereka ditipu kehidupan dunia, dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.'" (6:130)

"Di dalamnya (api Jahanam) mereka menjerit, 'Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami, dan kami akan buat kerja-kerja baik , selain daripada apa yang kami telah buat.' 'Apa, tidakkah Kami beri umur yang panjang kepada kamu untuk mengingatkan padanya orang yang akan ingat? Kepada kamu pemberi amaran telah datang; maka rasalah sekarang! Bagi orang-orang zalim, tidak ada penolong.'" (35:37)

"Dan hampir-hampir terpecah dengan kemarahan. Setiap kali sekumpulan dilemparkan ke dalamnya (Jahanam), penjaga-penjaganya tanya mereka, 'Tidakkah datang pemberi amaran kepada kamu?' Mereka berkata, 'Ia, benar; seorang pemberi amaran telah datang kepada kami; tetapi kami mendustakan...'" (67:8-9)

 

Demikianlah cerita di akhirat mengenai orang-orang diberi amaran. Amaran diberi kepada kaum yang belum diberi amaran supaya mereka mengingati, atau dapat petunjuk, atau supaya mereka tidak lalai daripada ayat-ayat Allah. Firman-firman di bawah menjelaskan:

"Kamu tidak berada di tepi Gunung ketika Kami panggil; tetapi kerana satu pengasihan daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya tiada pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka mengingati." (28:46)

"Atau, adakah mereka berkata, 'Dia mengada-adakannya'? Tidak, ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya tiada seorang pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka dapat petunjuk." (32:3)

"Supaya kamu beri amaran kepada kaum yang bapa-bapa mereka tidak diberi amaran, lalu mereka lalai." (36:6)

Juga dituju khas kepada golongan-golongan tertentu misalan mereka yang mengatakan Allah mempunyai seorang anak, atau kaum yang paling degil, atau mereka yang buat zalim. Menurut firman-firman berbunyi,

"Dan untuk beri amaran kepada orang-orang yang berkata, 'Allah ambil kepada-Nya seorang anak.'" (18:4)

"Sesungguhnya Kami mudahkannya dengan lisan kamu supaya kamu beri berita gembira dengannya kepada orang-orang bertakwa, dan beri amaran kepada kaum paling degil." (19:97)

"Dan sebelumnya Kitab Musa, untuk satu imam, dan satu pengasihan; dan ini sebuah Kitab yang mengesahkan, dalam lidah (bahasa) Arab, untuk beri amaran kepada orang-orang buat kezaliman , dan berita gembira kepada orang-orang buat baik." (46:12)

 

Namun begitu, bagi sesetengah orang, sama saja, sama ada diberi amaran atau tidak diberi amaran, mereka tidak akan percaya. Firman-Nya,

"Sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka atau kamu tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai." (36:10)

 

Sudah diketahui bahawa amaran bermanfaat kepada orang-orang yang percayai akhirat dan memelihara solat mereka. Selanjutnya dijelaskan iaitu orang-orang yang turut dimanfaatkan dengan amaran daripada Allah adalah mereka yang takut kepada hari mereka dikumpulkan kepada-Nya, takut kepada-Nya yang dalam keadaan ghaib sambil mereka lakukan solat, yang ikut Peringatan atau ayat-ayat-Nya, dan yang takut pada amaran-Nya. Sila lihat ayat-ayat berikut:

"Dan berilah amaran dengannya kepada orang-orang yang takut bahawa mereka akan dikumpulkan kepada Pemelihara mereka; tidak ada bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung) dan tiada juga seorang pengantara, supaya mereka bertakwa." (6:51)

"Kamu hanya beri amaran kepada orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan lakukan solat;" (35:18)

"Kamu hanya beri amaran kepada orang yang ikut Peringatan, dan yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib; maka berilah dia berita gembira dengan ampunan dan upah yang mulia." (36:11)

"Kamu hanya pemberi amaran kepada orang yang takut padanya." (79:45)

 

Nabi telah beri amaran kepada orang-orang yang berada disekelilingnya. Namun tugas baginda tidak terhad di situ sahaja, malah, baginda ditugaskan untuk menjadi pemberi amaran kepada semua manusia atau semua alam. Firman Allah,

"Berkatnya Dia yang turunkan Pembeza kepada hamba-Nya agar dia (Muhammad) jadi seorang pemberi amaran bagi semua alam." (25:1)

Demikianlah itu kerana al-Qur'an yang diturunkan kepada baginda adalah juga untuk beri amaran kepada sesiapa ia sampai, yang sehingga ke hari ini. Firman-Nya,

"Katakanlah, 'Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?' Katakanlah, 'Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai." (6:19)

 

Tidak ketinggalan, Allah sendiri didapati turut beri amaran melalui dua ayat-Nya yang berbunyi,

"Sesungguhnya Kami beri amaran kepada kamu mengenai satu azab yang dekat, pada hari apabila seseorang akan lihat apa yang tangan-tangannya telah dahulukan, dan orang tidak percaya akan berkata, 'Alangkah baiknya jika aku adalah tanah!'” (78:40)

"Maka Aku beri amaran kepada kamu dengan Api yang menyala-nyala," (92:14)

Ayat yang kedua itu adalah ayat amaran terakhir di dalam al-Qur'an. Ia berkait rapat dengan ayat mengenai orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat-Nya, berbunyi,

"Dan, orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya." (2:39)

 

Amaran diberi dengan wahyu. Justeru, mana-mana amaran yang bukan daripada al-Qur'an adalah amaran yang direka oleh manusia tertentu, dan hendaklah tidak difikirkan langsung. Dan, akhir sekali, jangan lupa untuk beri amaran kepada kerabat serta saudara yang terdekat:

"Katakanlah, 'Aku hanya beri amaran kepada kamu dengan wahyu' tetapi orang-orang yang pekak tidak mendengar seruan apabila mereka diberi amaran.'" (21:45)

"Dan berilah amaran kepada kerabat kamu, sanak saudara yang terdekat." (26:214)

Mungkin inilah masa paling baik untuk sekali lagi beri amaran daripada al-Qur'an!


Allah disanjung!


(Sila rujuk kalimat Amaran untuk keterangan sepenuhnya.)

Penulis Bacaan
11.11.11


Artikel / English Articles
Halaman Utama Terkini Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar

Tulis kepada Pengurus Laman