Akhir zaman, Anak Angkat, Wanita tidak Berkhawin, Makruh

 

From: Siti Surianiwati
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Cc:
Sent: Sunday, August 21, 2011 1:44 PM
Subject: Akhir zaman,Anak Angkat,&wanita tidak berkhawin,Makruh
 

Salam,

Terima kasih saya ucapkan kepada saudara kerana sudi menjawab soalan saya sebelum ni, saya masih mempunyai soalan untuk saudara diharap saudara sudi menjawabnya dengan terang dan jelas. maaf sekiranya soalan2 ini kedegaran seperti bodoh saya cuma seorang hamba yang mencari kebenaran dari yang maha Esa

1)Sebagaimana kita mengetahui kita semua ini adalah umat Muhammad s.a.w, tetapi mengapakahkah diakhir zaman nanti nabi Isa&Imam Mahdi yang diturunkan,adakah kerana Nabi Isa ini yang lebih mengetahui tentang Akhir zaman maka disebabkan itu dia diturunkan, adakah akhir zaman ini akan berlaku tiba atau ada kiraan hari seperti yang digembar gemburkan.

2)Apakah hukum didalam Al-Quran ambil anak angkat dan menyusukannya sekiranya beliau adalah bayi Lelaki, dan bagi manakah kiraan pembahagian harta terhadapnya.

3)apakah kah hukum bagi wanita yang tidak berkhawin, adakah nabi Muhammad s.a.w tidak akan memandang&mengaku umatnya ini semasa diakhirat.

4)benarkahkah hukum Allah hanya ada berpasang-pasangan, contohnya baik dgn jahat syurga dgn neraka,soalan saya adakah hukum Makruh didalam kibat Allah

4)Di manakah saya boleh membeli/Perolehi Terjemaahan Al-Quran yang tidak ada tokak tambahnya.

Terima Kasih......Selamat Berpuasa....

Sue


Salamun alaikum,

Terima kasih juga kerana sudi menulis lagi. Frasa mencari kebenaran dari yang maha Esa yang saudari tulis jadi yang pertama disebut di sini. Ia seharusnya dicari daripada-Nya (dengan membaca Kitab-Nya) bukan di sini. Di sini hanya terdapat pendapat-pendapat berdasarkan ayat-ayat-Nya. Kalau hendak yang sebenarnya hendaklah membaca sendiri Petunjuk-Nya.

Untuk menjawab soalan 1) sila rujuk artikel Menanya Ustaz: kedatangan Imam Mahadi dan Nabi Isa yang dapat dibaca melalui halaman Perpustakaan. Bagi soalan-soalan seterusnya mereka diturunkan di bawah, kemudian dijawab:

Soalan: 2)Apakah hukum didalam Al-Quran ambil anak angkat dan menyusukannya sekiranya beliau adalah bayi Lelaki, dan bagi manakah kiraan pembahagian harta terhadapnya.

Jawapan: (i) Di dalam al-Qur'an ada menyebut tentang anak angkat Nabi, namanya Zaid, dan ada juga menyebut tentang mencari orang lain untuk menyusukan anak. Kalaulah anak orang lain boleh disusukan apatah lagi anak angkat sendiri. Ayat berbunyi "Para ibu akan susukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi  orang  yang  hendak sempurnakan sususan. Adalah atas bapa untuk beri rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebankan melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya hendak, dengan persetujuan bersama dan rundingan, untuk tidak susukan, maka tidak ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu hendak cari penyusu bagi anak-anak kamu, tidak salah ke atas kamu asal sahaja kamu serahkan apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah lihat apa kamu buat." (2:233)

(ii) Harta kepadanya diberi melalui wasiat atau semasa hidup, dengan adil, menurut kebijaksanaan sendiri.
 

Soalan: 3)apakah kah hukum bagi wanita yang tidak berkhawin, adakah nabi Muhammad s.a.w tidak akan memandang & mengaku umatnya ini semasa diakhirat.

Jawapan: Itu nabi Muhammad s.a.w menurut agama selain agama Allah. Dalam agama Allah perkara itu tidak disebut langsung. Lalu Nabi Muhammad yang sebenar tidak menyatakan penghinaan seperti itu.
 

Soalan: 4)benarkahkah hukum Allah hanya ada berpasang-pasangan, contohnya baik dgn jahat syurga dgn neraka, soalan saya adakah hukum Makruh didalam kibat Allah

Jawapan: Tidak ada.
 

Soalan: 4)Di manakah saya boleh membeli/Perolehi Terjemaahan Al-Quran yang tidak ada tokak tambahnya.

Jawapan: Kami tidak berani menjawab soalan ini. Sekiranya apa yang dimaksudkan tokok tambah seperti kami fahamkan, sila baca artikel BACAAN - jawapan kepada ulama.
 

Terima kasih dan juga ucap Selamat Berpuasa kepada saudari (bolehkah dipakai perkataan ini, kerana ada orang kata tidak boleh tetapi hanya "saudara").


Allah disanjung!


22.8.11 (Ramadan)

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
 Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

  Tulis kepada Pengurus Laman