Syaitan pada Bulan Puasa & Dajjal

 

Salamun alaikum,

Di sini dihimpun tiga kiriman daripada dua pengirim yang baru diterima. Sudilah membacanya.

Kiriman pertama pengirim pertama:
 

From: Anuar Tokyo
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Thursday, August 11, 2011 7:52 PM
Subject: Satan ditahan selama Bulan Puasa?


Salamun Alaikum

Saya seorang warganegara Burma, yang tinggal di Jepun dengan Masyarakat Islam yang lain. Mereka semua adalah pengikut Al-Bukhari.

Saya bertahun-tahun berada di jalan yang sesat selama 40 tahun dan termasuk 12 tahun di Malaysia. Selalu fikiran saya terganggu dengan persoalan-persoalan yang tidak logik dan tidak rasional mengenai ajaran-ajaran Ulama dan Hadith-hadith Bukhari dan lain-lain.

Ketika saya ketemu beberapa situs online seperti www.free-minds.org, www.e-bacaan.com, www.19.org and dll.

Sekarang saya merasa benar-benar di Keamanan dengan Rahmat Tuhan dan bahawa saya ditunjuk kepada jalan yang lurus dan aman. Terimakasih Pengurus E-Bacaan adan Teman-Teman.

Seperti yang telah kita diketahui Iblis sedang ditahan selama bulan Ramadan oleh Allah, maka bahawa Iblis tidak boleh memujuk manusia dari amal-amal soleh

Jadi soalan saya ialah; Apakah itu benar dan adakah pernyataan di atas dari Al-Quran atau mana-mana sumber-sumber lain?

Tolong Jelaskan. Terimakasih.

Anuar Zakaria

Tokyo


Kiriman kedua beliau, berjudul
Tak Tarawih, Jamaah Nurul Iman Dianggap Sesat mengandungi mesej di bawah:

http://us.nasional.vivanews.com/news/read/239968-tak-tarawih--jamaah-nurul-iman-dianggap-sesat#commentform

Alhamdulilah: Masyarakat Indonesia Udah Mulai sadar.


Terima kasih dan selamat bertemu. Alhamdulillah! Itu berita baik daripada saudara. Mengenai syaitan - syaitan jenis manusia - pada bulan puasa, perkara sudah dibincang, dan dapat dibaca
di sini. Bacalah. Sekiranya terdapat keraguan lagi, sila bertanya lagi. Terima kasih.

Kiriman pengirim kedua:


From:
Siti Surianiwati
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Cc: siti
Sent: Thursday, August 11, 2011 3:07 PM
Subject: Pertanyaan tentang Dajjal

Salam

Saya ingin bertanya adakah Dajjal itu Wujud seperti yang diceritakan didalam Hadis adakah Ceriat dajjal ini diceritakan didalam Al-Quran,sekiranya benar siapakah sebenarnya diri Dajjal ini. kerana saya sudah puas mecari tetapi tidak datangkan hasil. Saya berharap tuan dapat menjawab segala persoalan yang berada didalam fikiran saya ini

Wassalam

Sue
 

Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami. Terus kepada pertanyaan - tidak, Dajjal tidak wujud di dalam al-Qur'an, iaitu Kitab agama Allah. Mungkin ia wujud dalam agama lain, tetapi dalam agama Allah tidak. Maka ia tidak wujud sama sekali. Sekali lagi, terima kasih.

Selamat meneruskan puasa.

Allah disanjung!

12.8.11 (Ramadan)

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman