Soalan Bocor & Jiwa Tenteram

 

From: oniesaifura
To: Ebacaan <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, July 12, 2011 5:04 PM
Subject: SOALAN BOCOR!!
 

Salamun a'laikum..

Kepada sahabat2 pengurus jalan Allah, para pencinta kebenaran dan para pelawat laman makanan rohani ini.. Khusus nya kaum Mariam.

Terlebih dahulu saya sambut ucapan terima kasih tuan pengurus laman dengan terima kasih juga. Kerana tidak jemu menerbitkan artikel saya. Sekadar berkongsi pendapat bersama para pelawat dan mengisi masa lapang sebagai suriram di rumah, disamping itu tugas Hamba juga tidak dilupa..

DATANG SENDIRI BALIK JUGA SENDIRI, seperti firman Nya dibawah:

6:94. "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami cipta kamu pada kali pertama, dan kamu tinggalkan apa yang Kami kurniakan kepada kamu di belakang punggung kamu. Kami tidak lihat bersama kamu pengantara-pengantara kamu orang-orang yang kamu dakwa untuk jadi sekutu-sekutu antara kamu. Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu dakwakan sudah sesat (hilang) daripada kamu."

TIADA SYAFAAT(PERTOLONGAN), = jawap sendiri segala pertanyaan.

2:48. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat bela jiwa yang lain sedikit pun, dan syafaat (pengantaraan) tidak diterima daripadanya, dan tidak juga sebarang keimbangan diambil daripadanya, dan tidak juga mereka ditolong.

SOALAN DAN JAWAPAN!

40:48. Orang-orang yang sombong berkata, "Kita semua di dalamnya; sesungguhnya Allah telah memutuskan antara hamba-hamba-Nya."
40:49. Dan orang-orang yang di dalam Api berkata kepada penjaga-penjaga Jahanam, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk meringankan bagi kami sehari daripada azab!"
40:50. Mereka berkata, "Tidakkah Rasul-Rasul kamu mendatangkankepada kamu bukti-bukti yang jelas?" Mereka berkata, "Ia, benar." Mereka berkata, “Maka serulah.” Tetapi seruan orang-orang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.

46:34. Pada hari apabila orang-orang tidak percaya dikemukakan ke Api: "Tidakkah ini yang benar?" Mereka berkata, "Ia, demi Pemelihara kami!" Dia berkata, "Maka rasalah azab ketidakpercayaan kamu!"

67:8. Dan hampir-hampir terpecah dengan kemarahan. Setiap kali sekumpulan dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaganya tanya mereka, “Tidakkah datang pemberi amaran kepada kamu?”
67:9. Mereka berkata, “Ia, benar; seorang pemberi amaran telah datang kepada kami; tetapi kami dustakan, dengan berkata, ‘Allah tidak turunkan sesuatu; kamu hanyalah dalam kesesatan yang besar.’”
67:10. Dan mereka berkata, “Sekiranya kami mendengarkan, atau memahami, tentu kami tidak jadi penghuni-penghuni Menyala.”

74:42. “Apakah yang mengasakkan kamu ke dalam Saqar?”
74:43. Mereka berkata, “Kami tidak termasuk orang-orang yang menyembah,
74:44. Dan kami tidak memberi makan orang-orang miskin,
74:45. Dan kami terjun bersama orang-orang yang terjun,
74:46. Dan kami dustakan Hari Agama (Pengadilan),
74:47. Sehingga yang Yakin datang kepada kami.”

25:30. Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."

Telah jadi kebiasaan dalam menghadapi peperiksaan Sekolah rendah mahupun menengah, anak2 Berharap sangat untuk dapat SOALAN BOCOR!! Tiap2 tahun. jadi rezeki bg mereka untuk mengaut mata bonus lulus dalam peperiksaan, apabila kelalaian pihak tertentu ketika sediakan soalan peperiksaan.

Tetapi bg mereka yg telah mentelaah buku dari awal lg, tiada kesedihan dan tiada ketakutan dalam menghadapi peperiksaan yg bakal muncul.. Kerana mereka baca Dan mereka faham apa yg mereka baca, agar mudah dilaksanakan nanti.

Begitu juga didalam Al-Quran jadi PETUNJUK bg manusia, juga terdapat beberapa SOALAN BOCOR!! Yg sengaja diberitakan untuk manusia agar manusia dapat bersedia dari awal agar mudah menjawap dihadapan Allah nanti. PUN.... Manusia masih buta didalam penglihatan.

Sememangnya telah jadi resam bani melayu sekarang, terikut2 agama nenek moyang, walaupun tiada kebenarannya pegangan mereka didalam Al-Quran. Terdapat soalan2 palsu yg dicipta oleh golongan tententu sejak zaman berzaman lagi, Seperti: Ma Raabuka? Dan seterusnya... Yg jelas nya soalan2 tersebut bukan datang dari Allah! Nanti takut2 lain di Tanya lain pula yg dijawab.

Amat bertuah manusia, sudah la dibekalkan PETUNJUK untuk mentadbir hidup, keluarga, ekonomi, masyarakat, malah SOALAN BOCOR yg Akan ditanya didepan Allah nanti juga dibekalkan, agar manusia dapat bersedia daripada sekarang, supaya tak terhumban ke lembah kebinasaan kelak!

Gunakan Pendegaran, Penglihatan Dan Hati untuk menilai PETUNJUK, mencari BUKTI dengan petunjuk, seterusnya bezakan petunjuk manusia dengan PETUNJUK Allah.

Satu Tuhan, satu kitab, satu umat pasti bertemu pencipta mu !!

Allah disanjung!
 

Salamun alaikum,

Sekali lagi kami dibuatnya ketawa. Kali ini hal soalan peperiksaan yang bocor pulak! Terima kasih.

Justeru, kami ingin ceritakan sedikit hari peperiksaan atau final-nya pula. Bila waktunya, siapa yang akan hadir, dan apa yang berlaku kepada calon-calon yang mendudukinya, akan diceritakan menurut ayat-ayat di hujung Surah Fajar. Bermula dengan ayat-ayat berikut:

89:21. Tidak sekali-kali! Apabila bumi dihancurkan, sehancur-hancurnya,
89:22. Dan Pemelihara kamu datang, dan malaikat-malaikat, barisan atas barisan,

Bayangkanlah senario itu menurut kemampuan masing-masing! Dan bayangkan lagi.....

89:23. Pada hari itu, Jahanam didatangkan; pada hari itu, manusia mengingati; dan bagaimanakah peringatan baginya?
89:24. Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya aku telah dahulukan untuk kehidupanku!"

Jahanam, sebuah penjara bagi orang-orang tidak percaya (17:8), yang di dalamnya mereka dipanggang (14:29), akan didatangkan juga. Bagaimanakah perasaan orang-orang yang tidak dahulukan untuk hari itu dengan Peringatan atau PETUNJUK apabila mereka melihat kedatangan Allah, para malaikat, dan Jahanam? Senangkah hati mereka? Dan bayangkan lagi.....

89:25. Pada hari itu, tiada seseorang yang mengazab seperti azab-Nya,
89:26. Tiada seseorang yang mengikat seperti ikatan-Nya.

Azab yang tidak dapat dilepaskan! Bayangkanlah! Kecuali orang-orang yang jiwanya tenteram, yang akan sangat puas hati pada hari itu.....

89:27. "Wahai jiwa yang tenteram,
89:28. Kembalilah kepada Pemelihara kamu, dengan sangat berpuas hati, sangat memuaskan hati!
89:29. Masuklah kamu di kalangan hamba-hamba-Ku!
89:30. Masuklah kamu Taman-Ku!"

Siapakah orang-orang yang jiwanya tenteram, yang didapati tidak dimasukkan ke dalam Jahanam tetapi ke dalam Taman-Ku? Untuk menjawab soalan itu, beberapa ayat daripada Surah Mariam dimurnikan pula di sini, berbunyi:

19:68. Demi Pemelihara kamu, sungguh Kami akan kumpulkan mereka, dan syaitan-syaitan, kemudian Kami arakkan mereka di sekeliling Jahanam dengan melutut.
19:69. Kemudian Kami tarik keluar daripada tiap-tiap golongan sesiapa antara mereka yang sangat keras dalam memandang rendah kepada Yang Pemurah.
19:70. Kemudian Kami sangat-sangat tahu orang-orang yang paling patut dipanggang di dalamnya.
19:71. Tiada seorang pun daripada kamu, melainkan dia akan turun kepadanya; itu, bagi Pemelihara kamu, adalah sesuatu yang sudah ditentukan, diputuskan.
19:72. Kemudian Kami selamatkan orang-orang bertakwa; dan orang-orang zalim, Kami tinggalkan di dalamnya, sambil melutut.

Maka mereka adalah orang-orang bertakwa. Sila rujuk Syurga dan orang takwa untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

Demikianlah sedikit kisah hari final untuk menyambung kisah rahsia soalan bocor yang didedahkan oleh puan oniesaifura.

Sekian.

Allah disanjung!

13.7.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman