Tudung di 24:31 & Wuduk

 

From: jammal musang
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, April 12, 2011 2:07 PM
Subject: Re: bantuan.


Salamun alaikum.

Saudara penulis yang dihormati,

Dibawah ini saya sertakan 2 ayat yang berbeza maksud dari surah yang sama.

Soalan saya kenapa banyak sangat saya jumpa perkara begini-Serupa tapi tidak sama.

Contoh 1:

24:31dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka lihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka lihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka hentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

tafsiran ar rahman.


Contoh 2:

24:31. dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka hentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

dari laman e-bacaan

salam.

 

Salamun alaikum,

 

Saksikan apa jammal kasarkan (bold) untuk menunjukkan perbezaan pada dua ayat di atas! Mengapa tidak kasarkan frasa yang dikasarkan pada Bacaan, pada tafsiran ar rahman (TAR)? Adakah perbezaan pada Bacaan yang dipersoalkan walhal di sini telah pun ada komen mengenai kandungan buku tersebut?

 

Tidak mengapa, tinggalkan ia di situ dulu, untuk bicara suatu perkara lain yang bersabit, iaitu wuduk. Bahagian-bahagian anggota badan yang terlibat dalam amalan sebelum solat itu mungkin dapat membantu dalam jawapan kepada perkara dibangkitkan di sini. Ayat wuduk berbunyi,

 

"Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkan diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya. Allah tidak hendak buat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia hendak bersihkan kamu, dan supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih." (5:6)

 

Lelaki dan perempuan disuruh basuh atau sapu dengan air empat bahagian anggota badan (jika ikut perintah Allah). Tujuan buat demikian adalah untuk membersihkan. Bermaksud, bahagian-bahagian itu terdedah kepada kotoran. Bahagian lain yang tidak terdedah, walaupun menurut sesetengah pihak mengandungi kotoran, tidak suruh dibasuh atau disapu, contoh bahagian anggota yang tidak disunat (sila rujuk di sini).

 

Maka manusia, lelaki dan perempuan, dibenarkan mendedah empat bahagian anggota badan, iaitu muka, tangan hingga ke siku, kepala, dan kaki hingg ke pergelangannya. Pendedahan itu jadi seperti fitrah bagi manusia, dibenarkan Allah melalui ayat-ayat-Nya, tetapi ayat-ayat-Nya selalu sahaja diubah oleh sesetengah pihak. Bagi perempuan mereka mewajibkan menutup kepala dan tangan, kecuali tapak tangan, sementara bagi lelaki, tidak pula.

 

Saudara jammal telah beri sebab atas perintah tersebut, dalam kiriman lain kepada kami, dengan menyatakan kononnya ada orang berkata kepadanya, dalam usaha beliau buat seperti kami buat, berbunyi "nabi pun berpegang kepada hadis juga dan rambut itu aurat kerana ..."menutuplah aurat kamu selain tapak tangan dan muka".

 

Sekiranya saudara jammal sudah membaca al-Qur'an, dan membaca artikel-artikel di laman web ini, tentu dia tidak melempar kata-kata tersebut kepada kami untuk dijawab, kerana dia boleh jawab sendiri. Lalu dia bukan orang al-Qur'an mahupun yang membaca artikel-artikel di sini, tapi telah menunjukkan diri dari mula, sebagai seorang sahabat. Tidakkah itu kelihatan seperti musang berbulu ayam? Sebenarnya ini bukan kali pertama musang masuk ke kawasan kami. Kekadang musang (munafik) yang sama.

 

Nabi berpegang kepada hadis! Ini lucu. Kalau beliau sudah buat seperti yang dinyatakan tadi, tentu dia mampu menjawabnya sendiri. Dan mampu menjawab perkara mengenai aurat di mana di laman web ini sudah terkumpul ayat-ayat al-Qur'an mengandungi kalimat tersebut, lantas dapat mengetahui tentang maksud aurat sebenar, dan bahawa rambut adalah bukan aurat. Sekiranya dia seorang pemegang al-Qur'an pasti dia tahu tentang adanya orang-orang yang mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, seperti dilakukan oleh musuh Islam, orang Yahudi, dan kaum yang tidak datang kepada Nabi (contoh, penulis-penulis hadis yang tinggal 200 tahun selepas baginda wafat) yang disebut al-Qur'an seperti di bawah:

 

"Sebahagian daripada orang-orang Yahudi kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya," (4:46)

 

"... dan daripada orang-orang Yahudi, yang dengar yang dusta, yang dengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu (Muhammad), dengan kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, ..." (5:41)

 

Rasanya perkara itu tidak perlu dipanjangkan lagi di sini. Seterusnya, pergi balik kepada ayat yang saudara jammal kemukakan. Kali ini kami kasarkan frasa yang menimbulkan pertanyaan dan jadi isu lagi, walaupun sudah lama dan banyak dibincang di laman web ini:

 

24:31dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka lihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka lihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka hentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

- tafsiran ar rahman (TAR).

dan,

24:31. dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka hentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

 

- Bacaan

 

Frasa tersebut, menurut kitab Lafzhiyah, berbunyi dan diterjemahkan seperti disalin di bawah:

 

khumurrihinna (kerudung mereka) 'alaa juyuu-bihinna (atas dada mereka)

 

Kami pilih bahagian kedua untuk dibincang terlebih dahulu, iaitu atas dada mereka. TAR menterjemahkannya kepada belahan leher bajunya sementara Bacaan kepada pada dada mereka, mirip terjemahan Lafzhiyah. Perbezaannya agak ketara.

 

Sementara bahagian pertama pula, kerudung mereka, diterjemah oleh TAR dengan bunyi tudung kepala mereka, dan Bacaan kepada penudung mereka. Di sini terletak perbezaan yang lebih ketara. Sebab Bacaan menggunakan penudung sudah dijelaskan di bawah tajuk  Khumur (24:31) bukan Tudung Kepala dan Khumur, Berhakimkan al-Qur'an, dan Guru Sebenar.

 

Kepercayaan penulis Lafzhiyah tidak jauh beza dengan penulis TAR. Namun, sekiranya dilihat makna kerudung di dalam Kamus Melayu, dapat dilihat perkataan cadar, selain tudung (kepala, muka) dan sebagainya. Jika diketepikan perkataan-perkataan di dalam kurungan ia jadi hanya tudung. Apapun ia adalah penudung, sesuatu yang menudungi, dan diletak pada dada.

 

Kembali kepada tafsiran TAR berbunyi belahan leher bajunya, sambil memikirkan kepercayaan penulis iaitu tudung kepala harus sampai ke bahagian itu! Apa kata kalau baju itu tanpa belahan leher, dan belahannya terletak di belakang serta dizip pula? Apakah yang tersemat di kepala tatkala menulis frasa tersebut, kerana penulis tentu fasih bahasa Arab, dan tahu bahawa perkataan berkenaan bermaksud dada?

 

Jelas kelihatan pada tafsiran TAR, atau Tafsiran Ar-Rahman (Tafsiran Tuhan!!!) terdapat kekeliruan. Kalau tidak ikut tafsiran tentu perkara jadi senang dan nyata - ambil kain dan tutup dada, atau tutup konturnya.

 

Ingin diingatkan sekali lagi bahawa tudung kepala yang dipakai perempuan hari ini, menurut seorang yang fasih bahasa Arab juga, dipanggil mandil, bukan khumur seperti terdapat pada ayat tersebut.

 

Pada ayat itu juga terdapat perkataan aurat, dan apabila dibaca dengan teliti, dapat difahamkan bahawa ia berkaitan dengan frasa "tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan" (TAR) atau "tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan (Bacaan)" - dan ia tentu bukan rambut di kepala yang boleh menimbulkan keinginan dimaksudkan.

 

Dengan lain perkataan, rambut di kepala bukan aurat. Kepala (termasuk muka) didedahkan, oleh sebab itu ia dibersihkan dengan air, dalam wuduk, sebelum menyembah Allah.

 

Ada beberapa lagi perbezaan dalam terjemahan ayat di atas, tetapi tidak jadi isu menyentuh kehukuman. Mereka adalah hanya perbezaan dalam memilih perkataan. Kami tidak ingin membesarkannya kerana itu bukan tujuan kami berada di sini.

 

Isu tentang hadis, tudung kepala, dan aurat telah banyak dibincang di sini dan sudah lama tidak dibawa ke mari oleh orang-orang mengaku sahabat atau mereka yang cuba menarik orang lain datang ke mari. Namun saudara jammal mengheretnya ke mari jua. Sedikit mengenai beliau yang kami rasa agak pelik - nama yang diletak di kaki kiriman pertama ialah jammal jantan tetapi pada semua alamat emel ialah jammal jammal <sexydaddyz@yahoo.com>, untuk menunjukkan kefleksibelan - dan dengan sifat mudah alih itu kami dengan senang hati tukar kepada jammal musang pula! Harap diterima juga.

 

Allah disanjung!

 

18.4.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman