Khumur, Berhakimkan al-Qur'an, dan Guru Sebenar
From: misykaters
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Re: Tentang pakaian wanita
Date: Tuesday, July 12, 2005 3:39 PMSalam,
Apa mungkin karena mempunyai akar yang sama dengan khamar yang menutupi akal maka khumur dapat secara sederhana kita artikan dengan "penutup" sehingga ia mencakup pula pakaian semacam jacket?
Tuan <dipadam>, kebetulan saya sudah menyimak tulisan tuan di e-bacaan sejak pertengahan Maret 2005 dan sejak saat itu saya memutuskan untuk hanya berhakim kepada Al-Qur'an. Jadi bisa dikatakan tuan adalah guru virtual saya...
Selain mengamalkan untuk diri sendiri saya bermaksud menyerukan ajaran ini dalam bahasa Indonesia, untuk keperluan itu saya tanya izin dari tuan apakah saya boleh (permitted) mengadaptasi Al-Qur'an terjemahan tuan (bacaan.doc) ke dalam bahasa Indonesia?
Oh iya, nama saya <dipadam>, bisakah saya tahu alamat dan nomor contact tuan di KL? Siapa tahu saya ada langkah ke KL saya sangat ingin bertemu dengan tuan.
Salam,
<dipadam>
Salam,
Terima kasih. Maaf kerana menerbitkan surat tuan yang kelihatan peribadi dan memadamkan sebahagian daripada kandungannya pula.
Surat tuan mengandungi beberapa perkara menarik, seperti jaket yang dijadikan contoh bagi khumur. (Sila rujuk Khumur (24:31) bukan Tudung Kepala yang baru diterbitkan.)
Pada hemat kami, contoh tersebut adalah tepat, terutamanya dewasa ini apabila sesetengah fesyen bagi blaus perempuan didapati jadi semakin ketat.
Selanjutnya, kami dapati pula khumur tidak diperlukan bagi baju kurung Melayu yang sedia mampu menudung bentuk dada pemakainya. Pun begitu, ia nampak lebih kemas jika sehelai khumur, seperti selendang, diletak di bahagian dada sebagaimana dilakukan ke atas baju kebaya.
Satu lagi perkara yang menarik ialah mengenai keputusan tuan untuk berhakimkan kepada al-Qur'an, dengan tanpa ragu-ragu. Keputusan itu adalah sejajar dengan ajaran-Nya berbunyi,
"Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang turunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab tahu bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu." (6:114)
Keputusan tuan kami mengertikan bahawa tuan akan berpegang penuh kepada ajaran Tuhan. Ajaran Tuhan pula, atau al-Qur'an, diajar oleh-Nya sendiri, bukan yang selain daripada Dia. Demikianlah firman-Nya berbunyi,
"Yang Pemurah, ajar al-Qur'an." (55:1-2)
Lantas, Dialah yang jadi "guru" sebenar. Dialah yang akan buat kita memahami ayat-ayat-Nya apabila Dia hendaki, bukan manusia. Dan Dia ajar dengan cara berperingkat-peringkat, selagi manusia terus tekun membaca Kitab ajaran-Nya.
Orang-orang seperti kami adalah hanya para pelajar-Nya sahaja. Bukan guru virtual (sebenar) bagi sesiapa jua. Apa yang kami buat di sini adalah umpama kertas tugasan, atau assignment, yang diberi-Nya, dan seperti tugasan lain, akan dibaiki oleh gurunya pula, jika dia mahu.
Kami terharu apabila tuan tunjukkan keinginan untuk mengadaptasikan tugasan kami ke dalam bahasa Indonesia. Kami alu-alukan usaha yang berat itu dan mengharapkan tuan akan menempuh kejayaan yang diinginkan.
Dan akhir sekali, bagi tujuan tuan untuk bertemu dengan kami, kami merasakan ia tidak perlu. Kerana tuan tidak akan bertambah dalam petunjuk, dan dengan buat demikian, walaupun sekadar berbincang sahaja, boleh jadi satu kesalahan di sini, seperti kesalahan ke atas Bacaan yang telah ditetapkan sepuluh tahun lalu.
Terima kasih, dan maaf.
15 Julai 2005
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman