Hukum Lafaz Talak tidak datangkan kebaikan

 

From: razif67
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Fri, November 19, 2010 11:44:18 PM
Subject: keliru dengan lafaz talak


Salam..

Dua hari yang lepas saya dan isteri telah bertengkar yang disebabkan oleh perkara yang kecil sahaja. Tetapi pertengkaran itu telah berlarutan dan telah jadi besar. Dalam pertengkaran itu, saya telah menyebut "jika awak naik kereta itu, saya cerai awak dengan talak 3".(Isteri saya semasa pertengkaran itu telah mengugut untuk pergi ke rumah keluarganya dengan menggunakan kereta saya.) Apa yang saya maksudkan dengan kata-kata saya itu ialah saya hanya ingin menakutkannya sahaja tanpa ada niat untuk menceraikannya. Saya juga melafazkan begitu jika isteri saya bercadang untuk terus pergi ke rumah keluarganya.

Ternyata isteri saya memandu kereta tersebut dan tidak terus ke rumah keluarganya tetapi dia terus ke shopping complex kemudian ke masjid dan seterusnya ke KFC dan selepas lebih kurang 5 jam barulah dia pulang ke rumah keluarganya. Jika dia tidak terus ke rumah keluarganya ia tidak jadi apa-apa masalah kepada saya. Maka lafaz yang saya katakan tadi dimaksudkan jika dia terus pergi kerumah keluarganya sahaja. Semasa melafazkan kata-kata itu saya berkeadaan yang sangat marah begitu juga dengan isteri saya. Jadi soalan saya adakah jatuh talak yang saya lafazkan kepada isteri saya itu. Kami sebenarnya adalah satu keluarga yang sangat bahagia dan kami dapat lima anak yang sangat hendakkan kasih sayang ibubapa untuk menyayangi mereka.   

Sekian. Diharap pihak tuan dapat bantu kami yang keliru. terima kasih.


Salamun alaikum,

Dua hari selepas menerbitkan rungutan tentang hukum lafaz talak 3 yang tidak adil, muncul pula e-mel di atas dengan rayuan serupa, iaitu semoga dapat ditolong daripada belitan hukum tersebut.

Agaknya, amalan melafaz untuk menceraikan isteri sering berlaku. Juga difahamkan, ia bersama pergaduhan yang berlaku, ada dilakukan di tempat awam, dengan tanpa malu.

Amalan tersebut adalah ajaran manusia, bukan Allah, atau Islam sebenar. Al-Qur'an tidak ajar lafaz seperti itu untuk menetapkan penceraian suami isteri.

Dengan adanya beberapa contoh, maka dapat disimpulkan bahawa hukum ajaran manusia berkenaan tidak datangkan kebaikan bagi suami isteri. Contoh keburukan dapat dibaca di halaman Perpustakaan. Kerana ia buruk tentu sekali ia bukan Islam. Maaf kerana menyebut kata-kata itu.

Selanjutnya, untuk keterangan seterusnya mengenai apa yang dikatakan cerai atau talak menurut ajaran Allah sila rujuk tajuk Talak di halaman sama.

Turut dapat disaksikan bahawa lafaz berkenaan lazim disebut ketika dalam keadaan marah. Sifat ini lumrah. Nabi-nabi pun marah (contoh, Musa [7:154] dan Yunus [21:87]). Pun begitu, bagi Allah, sesiapa yang dapat menahan kemarahannya, serta memaaf atau ampunkan, ia diterima sebagai amalan buat baik. Firman-firman-Nya,

"Yang nafkahkan dalam kesenangan dan kesusahan, dan tahan kemarahan mereka, dan maafkan manusia; dan Allah suka orang-orang buat baik," (3:134)

"Apa sahaja benda yang kamu diberi ialah kesenangan kehidupan dunia; tetapi apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik, dan lebih kekal bagi orang-orang yang percaya, dan tawakal kepada Pemelihara mereka.
Dan orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar, dan kesumbangan, dan apabila mereka marah, mereka ampunkan," (42:36-37)

Akhir sekali, adalah diharapkan kes talak kerana lafaz tidak disebut lagi di laman e-bacaan ini. Terima kasih.

Allah disanjung!

21 Nov 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman