Malam yang diberkati atau ditakuti?

 

 

 

From: sky5ire
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wed, September 1, 2010 4:46:17 AM
Subject: Malam yang diberkati atau ditakuti..?


Salam,

 

Bertemu kita sekali lagi dan dengan keizinanNya saya menulis untuk pengetahuan kita semua

 

Sudah jadi kebiasaan bagi saya membaca bacaan dengan satu ayat dan mencari ayat-2 yang sama, contohnya ayat tentang malam.

Kebanyakkan ayat-2 diawali dengan Malam dan disusuli dengan Siang (malam dan siang), walaupun ada yang bermula dengan Siang disusuli Malam (siang dan malam)

 

Banyak ayat-2 yang menyentuh tentang malam merujuk kepada sesuatu perkara yang besar seperti;

 

azab dan bencana:

 

7:4. Berapa banyaknya bandaraya yang Kami telah musnahkan? Bencana Kami datang kepadanya pada malam hari, atau mereka sedang tidur pada tengah hari.

7:97. Adakah penduduk bandaraya-bandaraya berasa aman bahawa bencana Kami  tidak akan datang kepada mereka pada waktu malam sedang mereka tidur?

 

al-quran:

 

44:2. Demi Kitab yang jelas.

44:3. Kami turunkannya pada satu malam yang diberkati; Kami selamanya memberi amaran

 

Dan banyak lagi ayat-2 yang menyentuh tentang malam tetapi setakat itu sahaja yang saya bentangkan untuk kembali kepada tajuk asal

 

Renungkan dan Fikirkan akan ayat-2 dibawah ini,

 

3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud.

 

17:79. Dan untuk malam, pada sebahagiannya, berjaga-jagalah dengannya sebagai amalan tambahan bagi kamu; mudah-mudahan Pemelihara kamu bangkitkan kamu kepada sebuah medan yang terpuji.

 

50:40. Lafazlah sanjungan-Nya pada malam hari, dan pada hujung-hujung sujud.

 

52:49. Dan lafazlah sanjungan-Nya pada waktu malam, dan pada pengunduran bintang-bintang.

 

73:2. Berjaga-jagalah pada waktu malam, kecuali sedikit,

73:3. Separuh daripadanya, atau kurangkan sedikit,

73:4. Atau tambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.

 

76:26. Dan sebahagian daripada malam; sujudlah kepada-Nya, dan sanjunglah Dia melintasi malam yang panjang.

 

Seperti yang kita ketahui ayat-2 diatas yang menyentuh tentang malam menyuruh kita untuk membaca al-quran, menyanjung dan memujiNya, bersujud kepadaNya dan mengingatiNya sebagai amalan tambahan

 

Tetapi amalan seperti itu sudah semakin berkurangan atau secara individu jarang kita lakukan lagi, kenapa?

 

kerana bertugas malam (itu masih boleh diterima)

 

kerana syaitan telah menipu kita sejak dari dulu lagi

mereka telah letak ketakutan pada malam hari dengan jelmaan-jelmaan yang menakutkan seperti hantu dan sebagainya

Banyak cerita-2 di tv dan panggung wayang dan juga di radio berkaitan dengan hantu syaitan yang mana kesemua cerita-2 seperti itu berlaku dimalam hari hinggakan kita jadi takut hendak berjaga malam untuk melakukan kerja-2 kebaikkan

Dan apabila kita lakukannya ada diantara kita akan dikacau diganggu supaya tidak meneruskan atau mengurangkan amalan kebaikkan itu

 

Tidakkah begitu..?

Jadi, malam kita adekah Malam yang diberkati atau Ditakuti..?

 

Terangilah akal kita dengan ayat dibawah ini,

 

39:9. Atau, adakah orang yang patuh pada waktu malam, sujud dan berdiri, sedang dia takut pada akhirat, dan mengharapkan pengasihan Pemeliharanya? Katakanlah, "Adakah mereka sama - orang-orang yang tahu dengan orang-orang yang tidak tahu?" Hanya orang-orang empunya minda mengingati.

 

Allah telah mengingatkan kita supaya takut hanya kepada Dia, sujudlah kepada Allah dan janganlah kita sujud dengan tipu daya syaitan.

syaitan tidak akan datang kepada kita dan menakutkan kita supaya kita bertukar agama atau mencederakan kita dan sebagainya tetapi cukup saja dengan dia letak ketakutan dimalam hari supaya kita tidak lakukan kerja-2 kebaikkan seperti yang Allah ajarkan

Tidakkah kita memafami..?

 

41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

 

Secara logikal kita tidak akan sujud kepada matahari dan bulan tetapi secara pratikal kita tertipu dengan tipu daya syaitan pada malam hari

 

Maafkan saya jika ada salah dan silap didalam sampaikan kebenaran

 

Wahai pemelihara ku

kuatkan rasa rinduku kepadaMu

kuatkan rasa gerunku kepadaMu

kuatkan rasa taqwaku kepadaMu

dan janganlah kau menyimpangkan hatiku setelah Engkau beri petunjuk kepadaku

sesunggunya Engkaulah yang pemberi

 

Salam

Salamun alaikum,

 

Terima kasih atas kesudian mengirim lagi peringatan yang berguna kepada kita semua. Tajuk yang dikemukakan itu mungkin ada kaitan dengan Amalan untuk waktu malam. Dan bagi mereka yang berminat untuk membaca segala ayat al-Qur'an mengandungi perkatan malam sila klik di sini.

 

Kami ingin menambah sedikit dengan turunkan ayat-ayat mengenai kejahatan dilakukan oleh manusia tertentu pada waktu malam. Ayat-ayat berbunyi,
 

4:81. Mereka berkata, "Ketaatan"; tetapi apabila mereka pergi dari sisi kamu, segolongan daripada mereka memikirkan pada malam hari dengan yang selain kamu kata. Dan Allah tulis apa yang mereka fikirkan; maka berpalinglah daripada mereka, dan tawakallah kepada Allah; dan cukuplah Allah sebagai wakil.

4:108. Mereka sembunyikan diri mereka daripada manusia, tetapi tidak sembunyikan daripada Allah; kerana Dia berserta mereka ketika mereka memikirkan pada waktu malam ucapan yang Dia tidak puas hati; Allah meliputi apa mereka buat.

23:66. Ayat-ayat-Ku telah dibacakan kepada kamu, tetapi di atas tumit-tumit kamu, kamu berundur,
23:67. Dengan sombong terhadapnya, bercakap-cakap percakapan kosong pada waktu malam."

27:49. Mereka berkata, "Bersumpahlah kamu, satu sama lain, dengan Allah, 'Kita akan menyerangnya (Salleh) dan keluarganya pada malam hari, kemudian kita kata kepada walinya (pelindungnya), kita tidak saksikan kebinasaan keluarganya; dan sesungguhnya kitalah orang-orang yang benar.'"

34:33. Dan orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang sombong (di akhirat), "Tidak, tetapi tipu daya malam dan siang, apabila kamu menyuruh kami supaya tidak percaya kepada Allah, dan untuk adakan rakan-rakan bagi-Nya." Mereka rahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab; dan Kami letak belenggu-belenggu pada leher orang-orang tidak percaya; tidakkah mereka dibalas melainkan dengan apa mereka buat?"
 

Terima kasih.

Selamat meneruskan puasa, dan Allah disanjung!


2 September 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman