Kalimat malam di dalam al-Qur'an


Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "malam" adalah:


2:51. Dan apabila Kami menemujanji dengan Musa empat puluh malam, kemudian kamu ambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang zalim.

2:164. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah turunkan dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia taburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang faham.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itu had-had (hudud) Allah; jangan keluar daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:274. Orang-orang yang nafkahkan harta mereka, malam dan siang, secara rahsia dan secara terbuka, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

3:27. Engkau jadikan malam masuk ke dalam siang, dan Engkau jadikan siang masuk ke dalam malam, dan Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa Engkau hendaki tanpa hitungan."

3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud.

3:190. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan dalam pergantian malam dan siang, terdapat ayat-ayat bagi orang-orang empunya minda,

4:81. Mereka berkata, "Ketaatan"; tetapi apabila mereka pergi dari sisi kamu, segolongan daripada mereka memikirkan pada malam hari dengan yang selain kamu kata. Dan Allah tulis apa yang mereka fikirkan; maka berpalinglah daripada mereka, dan tawakallah kepada Allah; dan cukuplah Allah sebagai wakil.

4:108. Mereka sembunyikan diri mereka daripada manusia, tetapi tidak sembunyikan daripada Allah; kerana Dia berserta mereka ketika mereka memikirkan pada waktu malam ucapan yang Dia tidak puas hati; Allah meliputi apa mereka buat.

6:13. Dan kepunyaan-Nya apa sahaja yang mendiami pada malam dan siang hari; dan Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

6:60. Dia yang matikan kamu pada malam hari, dan Dia tahu apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia bangkitkan kamu padanya supaya satu tempoh yang telah dinyatakan disempurna; kemudian kepada-Nya kamu kembali, lalu Dia beritahu kamu apa kamu buat.

6:76. Apabila malam menutupi di atasnya, dia lihat satu bintang dan berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Aku tidak suka yang terbenam."

6:96. Dia membelah pagi, dan buatkan malam satu kerehatan, dan matahari dan bulan untuk hitungan. Itu ketentuan Yang Perkasa, Yang Mengetahui.

7:4. Berapa banyaknya bandaraya yang Kami telah musnahkan? Bencana Kami datang kepadanya pada malam hari, atau mereka sedang tidur pada tengah hari.

7:54. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, menutup siang dengan malam yang mengikutinya dengan cepat; dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya, bagi-Nya ciptaan dan perintah. Berkatnya Allah, Pemelihara semua alam!

7:97. Adakah penduduk bandaraya-bandaraya berasa aman bahawa bencana Kami  tidak akan datang kepada mereka pada waktu malam sedang mereka tidur?

7:142. Dan Kami telah menemujanji dengan Musa tiga puluh malam, dan Kami sempurnakannya dengan sepuluh, maka sempurnalah waktu yang ditetapkan Pemeliharanya, empat puluh malam; dan Musa berkata kepada saudaranya Harun, "Jadilah penggantiku di kalangan kaumku, dan betulkanlah, dan jangan ikut jalan orang-orang yang buat kerosakan."

10:6. Pada pergantian malam dan siang, dan apa yang Allah cipta di langit dan bumi adalah ayat-ayat bagi kaum yang bertakwa.

10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah mengambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya sangka mereka sudah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

10:27. Dan orang-orang yang usahakan kejahatan, balasan satu kejahatan ialah yang serupa dengannya; kehinaan akan menutupi mereka, dan tiada yang lindungi mereka daripada Allah, seakan-akan muka-muka mereka ditutupi bahagian-bahagian kegelapan malam. Mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

10:50. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab-Nya datang kepada kamu pada waktu malam atau siang, apakah bahagian yang orang-orang berdosa minta disegerakan?

10:67. Dia yang buatkan bagi kamu malam untuk berehat padanya, dan siang untuk melihat; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.

11:81. Mereka berkata, "Wahai Lut, kami adalah Rasul-Rasul Pemelihara kamu. Mereka tidak akan sampai kepada kamu; maka berjalanlah, kamu dengan keluarga kamu, pada sebahagian malam, dan janganlah seseorang daripada kamu berpaling ke belakang, kecuali isteri kamu; dia akan ditimpa dengan apa yang menimpa mereka. Waktu yang mereka dijanjikan ialah subuh (pagi); bukankah subuh sudah dekat?"

11:114. Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.

13:3. Dia yang bentangkan bumi dan letak di dalamnya gunung-gunung dan sungai-sungai, dan daripada tiap-tiap buah-buahan, Dia membuatnya dua jenis; menutupi siang dengan malam. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

13:10. Sama sahaja antara kamu - dia yang rahsiakan ucapannya, dan dia yang umumkannya, dan dia yang sembunyikan diri pada malam hari, dan dia yang berjalan-jalan siang hari.

14:33. Dan Dia tundukkan untuk kamu matahari dan bulan, yang sentiasa beredar, dan Dia tundukkan untuk kamu, malam dan siang.

15:65. Maka berjalanlah kamu dengan keluarga kamu pada sebahagian malam, dan ikutlah di belakang mereka, dan janganlah seseorang daripada kamu berpaling ke belakang; dan bertolaklah ke tempat yang kamu diperintah."

16:12. Dan Dia tundukkan untuk kamu malam dan siang, dan matahari, dan bulan; dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.

17:1. Dia disanjung, yang menjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.

17:12. Kami buatkan malam dan siang sebagai dua ayat; kemudian Kami hapuskan ayat malam, dan Kami buatkan ayat siang untuk melihat supaya kamu cari pemberian daripada Pemelihara kamu, dan supaya kamu tahu bilangan tahun, dan hitungan; dan segala sesuatu Kami jelaskan dengan cukup jelas.

17:78. Lakukan solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.

17:79. Dan untuk malam, pada sebahagiannya, berjaga-jagalah dengannya sebagai amalan tambahan bagi kamu; mudah-mudahan Pemelihara kamu bangkitkan kamu kepada sebuah medan yang terpuji.

19:10. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, buatkan untukku satu ayat (tanda)." Berkatalah Dia, "Ayat kamu ialah bahawa kamu tidak berkata-kata kepada manusia dalam keadaan tanpa cacat, selama tiga malam."

20:77. Kami wahyukan Musa, "Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; buatkan untuk mereka jalan yang kering di dalam laut, tanpa takut akan dipintas, dan tidak juga ketakut-takutan."

20:130. Maka sabarlah kamu atas apa mereka kata, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum terbenamnya, dan lafazlah sanjungan Pemelihara kamu pada bahagian-bahagian malam, dan pada tepi-tepi siang, supaya kamu sangat puas hati.

21:20. Mereka menyanjung-Nya malam dan siang, tidak berhenti.

21:33. Dia yang mencipta malam dan siang, dan matahari dan bulan, masing-masing berenang dalam falak (orbit).

21:42. Katakanlah, "Siapakah yang akan lindung kamu pada waktu malam dan siang hari daripada Yang Pemurah?" Tidak, tetapi daripada Peringatan Pemelihara mereka, mereka berpaling.

22:61. Itu adalah kerana Allah jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang masuk ke dalam malam; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.

23:67. Dengan sombong terhadapnya, bercakap-cakap percakapan kosong pada waktu malam."

23:80. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan bagi-Nya pergantian malam dan siang; apa, tidakkah kamu faham?

24:44. Allah membalik-balikkan siang dan malam; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah pelajaran bagi orang-orang empunya penglihatan.

25:47. Dia yang buatkan malam bagi kamu untuk menjadi pakaian, dan tidur untuk rehat, dan siang Dia buatkan untuk kebangkitan.

25:62. Dan Dia yang buatkan malam dan siang silih berganti bagi orang yang hendak mengingati, atau hendak berterima kasih.

25:64. Yang melalui malam dengan bersujud kepada Pemelihara mereka, dan berdiri.

26:52. Dan Kami wahyukan Musa, "Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan diikuti."

27:49. Mereka berkata, "Bersumpahlah kamu, satu sama lain, dengan Allah, 'Kita akan menyerangnya dan keluarganya pada malam hari, kemudian kita kata kepada walinya (pelindungnya), kita tidak saksikan kebinasaan keluarganya; dan sesungguhnya kitalah orang-orang yang benar.'"

27:86. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami buatkan malam bagi mereka untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang percayai.

28:29. Maka apabila Musa telah sempurnakan tempoh, dan dia berpergian dengan keluarganya pada malam hari, dia melihat api di tepi gunung. Dia berkata kepada keluarganya, "Tetaplah kamu di sini; aku lihat api. Mudah-mudahan aku akan datangkan kepada kamu beritanya, atau berkas kayu daripada api, supaya kamu dapat panaskan diri-diri kamu."

28:71. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah buatkan malam berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang datangkan sinaran kepada kamu? Tidakkah kamu dengar?"

28:72. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah buatkan siang berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang datangkan kepada kamu malam untuk berehat padanya? Tidakkah kamu lihat?

28:73. Daripada pengasihan-Nya, Dia buatkan untuk kamu malam dan siang, untuk kamu berehat padanya, dan untuk mencari pemberian-Nya, supaya kamu berterima kasih."

30:23. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah tidur kamu pada waktu malam dan siang hari, dan kamu inginkan sebahagian daripada pemberian-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.

31:29. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang masuk ke dalam malam, dan Dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan, dan bahawa Allah sedar apa kamu buat?

34:18. Dan Kami letak, antara mereka dan bandaraya-bandaraya yang Kami berkati, beberapa buah bandaraya yang kelihatan, dan Kami ukur pengembaraan antara mereka, "Mengembaralah di dalamnya pada malam dan siang hari dengan aman!"

34:33. Dan orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang sombong, "Tidak, tetapi tipu daya malam dan siang, apabila kamu menyuruh kami supaya tidak percaya kepada Allah, dan untuk adakan rakan-rakan bagi-Nya." Mereka rahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab; dan Kami letak belenggu-belenggu pada leher orang-orang tidak percaya; tidakkah mereka dibalas melainkan dengan apa mereka buat?"

35:13. Dia jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang masuk ke dalam malam, dan Dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan. Itu Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; dan orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah, mereka tidak miliki sebanyak kulit sebutir biji kurma pun.

36:37. Dan satu ayat bagi mereka ialah malam; Kami menanggalkan siang daripadanya, dan tiba-tiba, mereka dalam kegelapan.

36:40. Tidaklah patut bagi matahari memotong bulan, dan tidak juga malam mendahului siang, masing-masing berenang dalam falak (orbit).

37:138. Dan pada waktu malam; tidakkah kamu faham?

39:5. Dia cipta langit dan bumi dengan benar, menutupi malam dengan siang, dan menutupi siang dengan malam; dan Dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan. Tidakkah Dia, Yang Perkasa, Yang Pengampun?

39:9. Atau, adakah orang yang patuh pada waktu malam, sujud dan berdiri, sedang dia takut pada akhirat, dan mengharapkan pengasihan Pemeliharanya? Katakanlah, "Adakah mereka sama - orang-orang yang tahu dengan orang-orang yang tidak tahu?" Hanya orang-orang empunya minda mengingati.

40:61. Allah yang buatkan untuk kamu malam, untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat. Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur (berterima kasih).

41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

41:38. Dan jika mereka menyombong, mereka yang di sisi Pemelihara kamu menyanjung-Nya malam dan siang, dan mereka tidak jadi letih.

44:3. Kami turunkannya pada satu malam yang diberkati; Kami selamanya memberi amaran,

44:23. "Maka berjalanlah kamu dengan hamba-hamba-Ku pada sebahagian malam; sesungguhnya kamu akan diikuti.

45:5. Dan pada pergantian malam dan siang, dan rezeki yang Allah turunkan dari langit, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan perkisaran angin, adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.

50:40. Lafazlah sanjungan-Nya pada malam hari, dan pada hujung-hujung sujud.

51:17. Sedikit daripada malam mereka tidur,

52:49. Dan lafazlah sanjungan-Nya pada waktu malam, dan pada pengunduran bintang-bintang.

57:6. Dia jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang masuk ke dalam malam. Dia tahu apa yang di dalam dada.

69:7. Dia memaksakan ke atas mereka tujuh malam dan lapan hari terus menerus, dan kamu lihat kaum ketika itu bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul batang pohon-pohon palma yang runtuh.

71:5. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, aku telah seru kaumku malam dan siang,

73:2. Berjaga-jagalah pada waktu malam, kecuali sedikit,

73:6. Sesungguhnya bahagian pertama malam lebih berat dalam pijakan, dan lebih tegak dalam ucapan.

73:20. Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang. Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya, dan Dia terima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

74:33. Dan malam apabila ia berundur,

76:26. Dan sebahagian daripada malam; sujudlah kepada-Nya, dan sanjunglah Dia melintasi malam yang panjang.

78:10. Dan Kami buatkan malam untuk satu pakaian,

79:29. Dan menggelapkan malamnya, dan keluarkan duhanya (paginya).

81:17. Demi malam yang hampir habis,

84:17. Dan malam, dan apa yang ia menyelubungi,

86:1. Demi langit dan bintang malam!

86:2. Dan tahukah kamu apakah ia bintang malam?

89:2. Dan sepuluh malam,

89:4. Demi malam apabila ia berpergian!

91:4. Dan demi malam bila ia menutupinya!

92:1. Demi malam menutupi,

93:2. Dan malam yang sunyi!

97:1. Sesungguhnya, Kami turunkannya pada malam yang berkuasa.

97:2. Dan tahukah kamu apakah ia malam yang berkuasa?

97:3. Malam yang berkuasa adalah lebih baik daripada seribu bulan,


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman