Hukuman Homosekual
From: sipekan
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Fri, July 30, 2010 10:52:43 PM
Subject: Respon Artikel Rogol
Salam,
Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.
Pertamanya, ingin memohon maaf kiranya e-mel yang dihantar tempoh hari seperti memaksa atau mengarah sahabat menjawab pertanyaan saya. Hehe
Keduanya, saya baru lepas membaca artikel terkini "Rogol", dan ingin bertanya mengenai sepotong ayat yang disentuh oleh artikel tersebut iaitu 4:16 yang menyentuh mengenai golongan lelaki yang mempunyai hawa nafsu terhadap kaum yang sejenis dgnnya.
"4:16. Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya. Sesungguhnya Allah Yang Menerima Taubat, Pengasih."
Apakah bentuk hukuman yang patut dijalankan seperti yang disarankan oleh ayat di atas?
Terima kasih sekali lagi.
Salam.
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Di sini juga berharap di sana berada dalam keadaan sihat dan sejahtera setiap masa. Tidak seperti kami yang sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan selalu, diganggu sakit batuk dan lain yang berkaitan.
Tidak, e-mel yang dikirim tempoh hari tidak memaksa atau mengarah kami untuk menjawab pertanyaan sahabat. Pertanyaan menyentuh terjemahan kami, yang kami rasa amat takut jika dikatakan salah. Padanya juga, menurut pandangan kami, tersirat suatu yang mungkin diguna oleh sesetengah pihak dalam membenarkan fahaman iaitu Rasul telah buat sendiri beberapa perintah untuk dipakai dalam agama.
Atas sebab-sebab tersebut kami dengan rela hati menulis jawapan di laman web ini. Mungkin kerana cara kami tulis menyebabkan sahabat berpendapat demikian (kami sedari tulisan kami adalah macam cuaca yang tidak menentu, dipengaruhi beberapa faktor, seperti, angin), dan kami mohon maaf.
Mengenai hukuman ke atas lelaki homosekual,
kami berpendapat ia serupa dengan perempuan, yang disebut ayat di
bawah, kerana bagi kesalahan yang lain seperti zina
("Perempuan
yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang
daripada mereka dengan seratus sebatan" -24:2) atau mencuri
("Dan pencuri
lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai
satu balasan ke atas apa yang mereka usahakan" -5:38),
hukumannya sama.
"Dan perempuan-perempuan kamu yang lakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka saksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian matikan mereka, atau Allah adakan bagi mereka satu jalan." (4:15)
Justeru hukumannya ialah dikurung seumur hidup, atau jalan lain, iaitu dibebaskan setelah sembuh daripada penyakit tersebut selepas dirawat (ini memakan masa yang lama), serupa pesakit di hospital mental.
Pada hemat kami, frasa "tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka" bermaksud pesalah dikurung untuk dipisahkan daripada orang lain, dan jika rumah-rumah mereka tidak mampu untuk menahan mereka (terutama rumah-rumah hari ini) pesakit harus ditahan di hospital mental pula - bukan penjara, kerana jika Allah bermaksud penjara tentu Dia menyebutnya, kerana perkataan penjara ada diguna dalam kes lain.
Selanjutnya, apa yang difahamkan itu, pada pendapat kami, menepati apa yang disebut di dalam ayat 4:16 di atas, iaitu bertaubat dan membetulkan.
Allah disanjung!
4 Ogos 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman