Perintah Allah atas beberapa adab

 

 

 

From: sipekan
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tue, June 15, 2010 9:30:57 PM
Subject: Pertanyaan mengenai ayat 24:63

 

 

Salam,

 

Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat. Merujuk kepada ayat 24:63 di bawah,
 

 

"Jangan buat seruan Rasul di kalangan kamu sendiri seperti seruan kamu antara satu sama lain. Allah tahu orang-orang antara kamu yang pergi meninggalkan dengan diam-diam; maka hendaklah orang-orang yang menentang perintah-Nya takut akan penganiayaan yang akan menimpa mereka, atau menimpa mereka azab yang pedih." (Bacaan)

 

"DO NOT regard the Apostles summons to you [in the same light] as a summons of one of you to another: God is indeed aware of those of you who would withdraw surreptitiously: so let those who would go against His bidding beware, lest a [bitter] trial befall them [in this world] or grievous suffering befall them [in the life to come]." (Asad)
 

 

Saya melihat terjemahan Muhammad Asad yg menterjemahnya sebagai "His bidding" iaitu mengikut pemahaman saya merujuk kpd Allah sama dgn terjemahan Bacaan.

 

Tetapi, Yusuf Ali dan terjemahan Quran Melayu yang lain merujuknya kepada Rasul seperti dibawah,
 

 

"Deem not the summons of the Apostle among yourselves like the summons of one of you to another: God doth know those of you who slip away under shelter of some excuse: then let those beware who withstand the Apostle's order, lest some trial befall them, or a grievous penalty be inflicted on them." (Yusuf Ali)

 

"Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Rasulullah), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
 

 

Bolehkah diberikan penjelasan yang lebih lanjut kenapa sahabat menterjemahnya kepada perintah-Nya iaitu merujuk kepada Allah dan tidak merujuk kepada Rasul? Terima kasih.

 

Salamun alaikum,

Kelihatan surat di atas serupa surat tunjuk sebab daripada pihak atasan!! Tidak sahabat, kami bergurau sahaja, sebab kami tahu ia tidak sekeras itu, dan bahawa sahabat hanya ingin tahu. Sesungguhnya, kami berterima kasih atas kesudian sahabat menulis dan bertanyakan penjelasan atas perkara ditimbulkan.

Setelah meneliti lagi ayat tersebut kami bercadang untuk mengekalkan apa yang kami tulis dulu. Antara sebab-sebab kami buat demikian ialah bahawa ayat mengandungi frasa "perintah-Nya", iaitu ayat kedua, bermula dengan nama "Allah", yang pada hemat kami, jadi subjek bagi ayat tersebut. Lalu kami berpendapat bahawa perintah yang dimaksudkan di situ adalah perintah-Nya, bukan perintah Rasul. Sila lihat di bawah:
 

24:63. Jangan buat seruan Rasul di kalangan kamu sendiri seperti seruan kamu antara satu sama lain. Allah tahu orang-orang antara kamu yang pergi meninggalkan dengan diam-diam; maka hendaklah orang-orang yang menentang perintah-Nya takut akan penganiayaan yang akan menimpa mereka, atau menimpa mereka azab yang pedih.
 

Malah, sekiranya ia hanya merupakan perintah Rasul secara peribadi, bukan perintah Allah yang diwahyukan kepadanya, maka orang-orang yang menentang tidak akan ditimpa "penganiayaan" atau "azab yang pedih" seperti disebut.

Namun, yang mejadi sebab utama, pada hemat kami, ialah maksud frasa "perintah-Nya" yang sebenar. Perintah yang dimaksudkan ialah tidak tinggalkan dia dalam majlis perjumpaan yang dipanggilnya atas sesuatu urusan. Ia disebut di dalam ayat sebelum ayat tercatat di atas. Ayat tersebut berbunyi,
 

24:62. Orang-orang yang mukmin hanyalah mereka yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan yang, apabila mereka berada bersama dia berkumpul atas sesuatu urusan, mereka tidak tinggalkan dia sehingga mereka minta izinnya. Sesungguhnya orang-orang yang minta izin kamu, merekalah orang-orang yang percayai Allah dan Rasul-Nya; maka, apabila mereka minta izin kamu kerana beberapa hal mereka sendiri, izinkanlah sesiapa yang kamu hendaki antara mereka, dan mintalah ampunan Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
 

Dapat difahamkan bahawa Rasul disuruh Allah meminta ampunan-Nya bagi orang-orang yang tinggalkan majlis, setelah mereka meminta izin dan dia mengizinkannya pula. Justeru, tidak tinggalkan majlis yang dipanggil Rasul jadi perintah-Nya yang berat. Balasannya adalah seperti sedia maklum.

Maka ayat-ayat di atas adalah mengenai adab, dan di situ, adab di majlis yang dipanggil Rasul. Adab tersebut adalah yang terakhir disebut setelah dijelaskan beberapa adab lain, bermula ayat 24:58, seperti adab meminta izin sebelum masuk bilik tidur semasa waktu aurat, dan yang berkaitan, dan adab untuk makan di rumah-rumah tertentu. Ayat-ayat berikut menjelaskan lebih lanjut:
 

24:58. Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu miliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, minta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu tanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

 

24:59. Apabila anak-anak kamu sampai cukup umur, hendaklah mereka minta izin seperti orang-orang sebelum mereka meminta izin. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

 

24:60. Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk tanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.

 

24:61. Tidak salah ke atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu miliki, atau sahabat kamu; tidak salah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu masukrumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

 

Kesemua yang dinyatakan di atas sebagai adab adalah perintah-Nya bukan perintah Rasul secara peribadi.

 

Sekian pendapat kami. Terima kasih.

 

Allah disanjung!

 

16 Jun 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman