Rogol
From: Jigir
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wed, July 28, 2010 3:01:31 PM
Subject: Rogol
Salam,Tuan saya ada kemusykilan mengenai hukuman rogol menurut AlQuran. Rogol tidak disebut secara spesifik dalam AlQuran. Harap dapat beri penjelasan.
Sekian, terima kasih
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Perkara yang ditanya itu telah disebut di dalam sebuah laporan akhbar tempatan, di mana dinyatakan bahawa orang Melayulah yang paling ramai lakukan kesalahan jenayah tersebut berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini. Rogol di situ bermaksud seperti sedia maklum.
Perbuatan merogol, menurut sesetengah pendapat pula, tidak semestinya bermaksud kemasukan atau penetration. Perbuatan-perbuatan yang dilakukan dengan paksa ke atas mangsa sebelum sampai ke peringkat kemasukan, seperti mengoyakkan pakaian, juga termasuk dalam kategori rogol.
Selanjutnya, pendapat turut mengatakan bahawa dalam pengertian rogol bukan sahaja lelaki merogol perempuan, malah lelaki juga boleh dituduh merogol lelaki lain, atau perempuan merogol perempuan, atau perempuan merogol lelaki.
Sehubungan itu, satu kes rogol tercerita di dalam al-Qur'an, iaitu kes Nabi Yusuf dengan isteri Gabenor yang menggodanya. Nabi Yusuf telah dituduh merogol (perkataan ini tidak diguna di dalam al-Qur'an) oleh perempuan tersebut, dengan baju baginda yang koyak jadi bukti. Akan tetapi, sebenarnya perempuan itulah yang merogol baginda. Atas kejadian itu, walaupun tidak salah, Nabi Yusuf rela dipenjarakan (12:33), lalu dipenjarakan (supaya dapat dijauhkan daripada perempuan tersebut dan perempuan-perempuan lain yang berkeinginan kepadanya).
Kejahatan daripada nafsu berahi diberi hukuman dalam agama Allah. Bagi penzina lelaki dan perempuan hukuman maksimanya ialah seratus sebatan (24:2), sementara bagi sesama jantina dikurung di rumah (4:15-16).
Justeru terdapat hukuman sebat, dikurung di rumah, atau di penjara, dalam kesalahan melibatkan seks. Dalam rogol pula terdapat paksaan, dan Nabi Yusuf yang dituduh merogol tanpa kemasukan atau zina hanya dipenjara. Oleh itu, menurut pendapat kami, merogol dengan kemasukan harus dihukum sebat dan penjara, tidak seperti zina, hanya sebat.
Tentang berapa lama dipenjara atau berapa banyak sebatan yang harus dikenakan setelah sabit kesalahan, maka kami syorkan bertanya kepada pakar, termasuk pakar sakit jiwa. Bagi kami pula, jika penjahat itu dibuktikan seorang gila seks atau sex maniac dia harus diberi hukuman maksima.
Sekian pendapat kami. Salam.
30 Julai 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman