Kalimat-kalimat lain yang berkaitan dengan Haji di dalam al-Qur'an

 

Halaman ini menyenaraikan ayat-ayat al-Qur'an, yang selain daripada ayat Haji, tetapi berkaitan dengan ibadah Haji. Pengumpulannya adalah menurut sesuatu perkataan atau frasa yang disebut di dalam ayat Haji. (Sila click di sini untuk membuka halaman Kalimat Haji di dalam al-Qur'an)

Perkataan-perkataan atau frasanya adalah (sila klik padanya):

Arafah
Bagi Semua Alam
Berburu
Binatang Ternak
Bulan Haram dan "Hurum"
Bulan-bulan Lain

Cukur Kepala
Hal-hal
Allah
Ihram ("Hurum")
Ingat (pada Tuhan)
Kaabah
Kewajipan
Korban

Makmur
Masjidil Haram
Medan ("makam") Ibrahim
Mekah
Mengelilingi (ta’if)
Monumen Suci (Masy'aril Haram, atau Mudzaliffah)
Nazar

Pemberian
penebus
Peribadatan
Puasa
Rantai Leher
Rumah

Safa dan Marwa
Sedekah
Setelah laksanakan
Tanda-tanda Allah
Tawaf (tatawafa)
Tempat Aman
Tempat Diberkati
Tempat Suci
Umrah

Ayat-ayat al-Qur’an yang mengandungi perkataan-perkataan atau frasa-frasa di atas adalah:

 

KEWAJIPAN

3:97. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh buat jalannya ke sana. Dan orang tidak percaya – maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam

Balik ke atas


IHRAM ("HURUM")

5:1. Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu. Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak anggap binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah tetapkan hukum apa sahaja Dia hendaki.

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang kunjungi Rumah Suci bermaksud mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah selesaikan, maka burulah binatang buruan. Jangan kerana kebencian pada suatu kaum yang halangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabul. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam buat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya

5:95. Wahai orang-orang yang percaya, jangan bunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa di antara kamu yang bunuh dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebus - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia rasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa ulanginya, Allah akan lepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.

5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam haram (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan

**Ada dua lagi perkataan "hurum" tetapi diterjamahkan kepada "haram", kerana diguna untuk bulan, iaitu "bulan haram". Kata dasarnya "harama" yang bermakna haram, dll. Ayat-ayat tersebut adalah:

9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram sudah pergi, bunuhlah orang-orang yang sekutukan di mana sahaja kamu dapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka lakukan solat, dan beri zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih

9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia cipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itu agama yang betul, maka jangan zalimkan diri-diri kamu (sesama sendiri) padanya. Dan perangilah orang-orang yang sekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.

Balik ke atas


UMRAH

2:158. Safa dan Marwa adalah antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa lakukan Haji di Rumah, atau berkunjung (umrah) ....

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah .... sesiapa yang nikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak dapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itu sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang  keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram.

Balik ke atas


RUMAH

2:125. Dan apabila Kami buatkan Rumah untuk jadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, "Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat." Dan Kami buat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, "Bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."

2:127. Dan apabila Ibrahim, dan Ismail bersamanya, menaikkan dasar-dasar Rumah, "Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui,

2:158. Safa dan Marwa adalah di antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa lakukan Haji di Rumah ....

3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah, yang diberkati, dan jadi petunjuk bagi semua alam.

3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan Ibrahim, dan sesiapa masukinya dia berasa aman. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh buat jalannya ke sana. Dan orang tidak percaya - maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang kunjungi Rumah Suci yang bermaksud mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati.

5:97. Allah buatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia,

8:35. Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanya siulan dan tepukan tangan; (Solat yang tidak betul di Rumah.)

11:73. Mereka berkata, "Apa, adakah kamu berasa hairan pada perintah Allah? Pengasihan Allah dan keberkatan-Nya ke atas kamu, wahai ahli Rumah! Sesungguhnya Dia Terpuji, Cemerlang."
(Ahli Rumah di sini berkaitan dengan Nabi Ibrahim.)

14:37. Wahai Pemelihara kami, aku tempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat Rumah Suci Engkau, wahai pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkan hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.

22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Janganlah kamu sekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.

22:29. Kemudian hendaklah mereka hilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka tepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua.

22:33. Padanya beberapa manfaat kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan; kemudian tempat korbannya adalah di sekitar Rumah Tua.

33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya.
(Ahli Rumah di sini ialah isteri-isteri Nabi.)

52:4. Dan Rumah yang dimakmurkan,

106:3. Maka hendaklah mereka sembah Pemelihara Rumah ini,

Balik ke atas


TEMPAT DIBERKATI

3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah, yang diberkati, dan jadi petunjuk bagi semua alam.

Yang lain yang turut diberkati:

7:137. Dan Kami wariskan kaum yang dihina (Bani Israil), semua yang di timur dan barat bumi yang Kami berkati;

17:1. Dia disanjung, yang menjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati,

21:71. Dan Kami selamatkan dia (Ibrahim), dan Lut, ke bumi yang Kami berkati bagi semua alam

21:81. Dan kepada Sulaiman, angin yang berhembus dengan kencang, yang mengalir atas perintahnya ke bumi yang Kami berkati;

23:29. dan katakan, 'Wahai Pemeliharaku, labuhkan aku di sebuah pelabuhan yang diberkati;

24:35. Kaca seakan-akan bintang berkilauan yang dinyalakan daripada pokok yang diberkati, zaitun, yang bukan dari Timur dan bukan juga dari Barat.

28:30. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil dari tebing sebelah kanan lembah di tempat yang lekuk yang diberkati, datang dari pokok, "Wahai Musa, sesungguhnya Aku Allah, Pemelihara semua alam.

34:18. Dan Kami letak, di antara mereka dan bandaraya-bandaraya yang Kami berkati, beberapa buah bandaraya yang kelihatan, dan Kami ukur pengembaraan di antara mereka,

41:10. Dan Dia letak di dalamnya gunung-gunung di atasnya, dan Dia memberkatinya, dan Dia tentukan di dalamnya makanan dan minumannya dalam empat hari, sama bagi orang-orang yang bertanya.

Balik ke atas


TEMPAT AMAN

2:125. Dan apabila kami buatkan Rumah untuk jadi tempat berkunjung bagi manusia, dan, tempat aman

2:126. Dan apabila Ibrahim berkata, "Pemeliharaku, buatkan ini sebuah negeri yang aman,

3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan Ibrahim, dan sesiapa masukinya dia berasa aman.

14:35. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, buatkan tanah (negeri) ini aman,

28:57. Mereka berkata, "Jika kami ikut petunjuk bersama kamu, kami akan disambar daripada bumi." Tidakkah Kami teguhkan bagi mereka tempat suci yang aman di mana dikumpulkan segala sesuatu buah-buahan, sebagai rezeki daripada sisi Kami? Tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

29:67. Tidakkah mereka lihat bahawa Kami buatkan tempat suci yang aman, sedang semua di sekitar mereka, manusia disambar? Apa, adakah mereka percayai yang palsu, dan atas rahmat Allah mereka tidak percaya (kafir)?

48:27. Sesungguhnya Allah jadikan benar visi Rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan masukMasjidil Haram, jika Allah hendaki, dengan aman

Balik ke atas


TEMPAT SUCI

28:57. Mereka berkata, "Jika kami ikut petunjuk bersama kamu, kami akan disambar daripada bumi." Tidakkah Kami teguhkan bagi mereka tempat suci yang aman di mana dikumpulkan segala sesuatu buah-buahan, sebagai rezeki daripada sisi Kami? Tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

29:67. Tidakkah mereka melihat bahawa Kami buatkan tempat suci yang aman, sedang semua di sekitar mereka, manusia disambar? Apa, adakah mereka percayai yang palsu, dan atas rahmat Allah mereka tidak percaya (kafir)?

Balik ke atas


BAGI SEMUA ALAM

3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah, yang diberkati, dan jadi petunjuk bagi semua alam.

21:71. Dan Kami selamatkan dia, dan Lut, ke bumi yang Kami berkati bagi semua alam.

Ayat-ayat lain yang mengandungi frasa "bagi semua alam":

3:108. Ini adalah ayat-ayat Allah Kami bacakan kamu dengan benar, dan Allah tidak hendak sebarang kezaliman bagi semua alam.

6:90 ..... ia hanyalah satu peringatan untuk semua alam."

21:91. Dan dia (perempuan) yang menjaga kemaluannya, maka Kami hembus ke dalamnya Roh Kami, dan Kami buat dia dan anaknya satu ayat bagi semua alam.

25:1. Berkatnya Dia yang turunkan Pembeza kepada hamba-Nya agar dia menjadi seorang pemberi amaran bagi semua alam.

29:15. Namun begitu, Kami selamatkan dia dan orang-orang yang di dalam kapal, dan Kami membuatnya satu ayat bagi semua alam.

Balik ke atas


MONUMEN SUCI (Masy'aril Haram, atau Mudzaliffah)

2:198. Tidak salah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci, dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia beri petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat.

Balik ke atas


INGAT (PADA TUHAN)

2:152. Maka ingatlah pada-Ku, Aku akan ingat padamu, dan berterimakasihlah kepada-Ku, dan janganlah kamu tidak percaya kepada-Ku.

2:198. Tidak salah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci, dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia beri petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat.

2:200. Apabila kamu sudah laksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu ingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat.

2:203. Dan ingatlah akan Allah selama hari-hari tertentu yang terhitung. Jika sesiapa bercepat-cepat dalam dua hari, itu tidaklah berdosa baginya; dan jika sesiapa melambatkannya, ia bukanlah satu dosa padanya, jika dia bertakwa.

22:34. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,

22:36. Dan binatang-binatang korban - Kami buatkan mereka untuk kamu sebagai di antara tanda-tanda Allah, di mana ada kebaikan untuk kamu. Maka ingatlah (sebutlah) nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya rebah, makanlah daripadanya, dan berilah makan kepada pengemis, dan orang yang meminta. Begitulah Kami tundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu berterima kasih.

Ayat-ayat lain mengenai ingat pada Allah:

3:135. Yang, apabila mereka lakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan minta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka,

3:191. Yang mengingat Allah berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi, "Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab api.

6:138. .... dan binatang ternak yang mereka tidak mengingati (menyebut) nama Allah padanya"; untuk mengada-adakan terhadap-Nya

7:205. Ingatlah akan Pemelihara kamu di dalam jiwa (diri) kamu, dengan rendah diri, dan rasa takut, dan perkataan yang tidak lantang pada waktu pagi dan petang. Jangan kamu jadi di kalangan orang-orang yang lalai.

13:28. Orang-orang yang percaya, hati mereka tenteram dengan Peringatan Allah - dengan Peringatan Allah, hati jadi tenteram.

29:45. Mengingat Allah adalah lebih besar;

73:8. Dan ingatlah nama Pemelihara kamu, dan abdilah kepada-Nya dengan pengabdian yang bersungguh-sungguh.

76:25. Dan ingatlah (sebutlah) nama Pemelihara kamu pada awal pagi dan petang,
76:26. Dan sebahagian daripada malam;

87:14. Beruntunglah orang yang menyucikan dirinya,
87:15. Dan mengingat (menyebut) nama Pemeliharanya, dan menyembah.

Balik ke atas


MEDAN ("MAKAM") IBRAHIM

2:125. Dan apabila kami buatkan Rumah untuk jadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, "Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat."

3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan Ibrahim,

Perkataan "makam" pada ayat-ayat lain:

14:14. Dan sungguh Kami akan tempatkan kamu di bumi selepas mereka; itu adalah bagi orang yang takut akan medan-Ku, dan takut akan ancaman-Ku."

17:79. Dan untuk malam, berjaga-jagalah pada sebahagiannya, sebagai amalan tambahan bagi kamu; mudah-mudahan Pemelihara kamu bangkitkan kamu kepada sebuah medan yang terpuji.

19:73. Apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Yang manakah antara dua golongan yang lebih baik medannya, dan lebih baik dalam majlisnya?"

26:58. Dan harta-harta simpanan, dan medan yang mulia.

37:164. Tiada di antara kami di sana melainkan mempunyai medan yang diketahui.

44:26. Dan ladang-ladang yang telah disemai, dan betapa mulianya medan,

44:51. Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada di sebuah medan yang aman,

55:46. Tetapi bagi orang yang takut akan Medan Pemeliharanya, bagi mereka dua taman (jannah).

Balik ke atas


KAABAH

5:95. .... sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah;

5:97. Allah buatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia,

Balik ke atas


MASJIDIL HARAM

2:144. Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada kiblat yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan.

2:149. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.

2:150. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang buat kezaliman di antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku sempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu dapat petunjuk.

2:191 .... dan janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itu balasan ke atas orang-orang tidak percaya.

2:196..... maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itu sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram.

2:217. Mereka tanya kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah;

5:2. Jangan kerana kebencian pada suatu kaum yang menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabuli.

8:34. Tetapi, apakah yang mereka ada, bahawa Allah tidak akan azab mereka, apabila mereka menghalangi daripada Masjidil Haram, padahal mereka bukanlah wali-walinya (pelindung-pelindungnya)? Pelindungnya hanyalah orang-orang bertakwa tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

9:7. Bagaimanakah ada bagi orang-orang yang sekutukan satu perjanjian dengan Allah dan Rasul-Nya, kecuali orang-orang yang dengan mereka kamu buat perjanjian di Masjidil Haram; selama mereka berlaku lurus terhadap kamu, kamu berlakuluruslah terhadap mereka; sesungguhnya Allah suka orang-orang bertakwa.

9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram ....

9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang sekutukan adalah najis (kotor); maka janganlah benarkan mereka dekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan cukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia hendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

17:1. Dia disanjung, yang menjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami.

22:25. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah dan Masjidil Haram, yang Kami buatkan sama kepada manusia, yang bertekun di dalamnya dan yang berkhemah, dan sesiapa yang tidak hendak hormatinya dengan kezaliman, Kami akan rasakan kepadanya azab yang pedih.

48:25. .... orang-orang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya.

48:27. Sesungguhnya Allah jadikan benar visi Rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan masukMasjidil Haram, jika Allah hendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa rasa takut." Dia tahu apa yang kamu tidak tahu, dan buatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat.

Balik ke atas


MAKMUR

9:17. Tidaklah patut bagi orang-orang yang sekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah

9:18. Yang akan makmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan tidak takut kecuali kepada Allah. Mudah-mudahan mereka itu adalah di kalangan orang-orang yang dapat petunjuk.

9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

52:4. Dan Rumah yang dimakmurkan

Balik ke atas


MEKAH

48:24. Dia yang tahan tangan-tangan mereka daripada kamu, dan tangan-tangan kamu daripada mereka, di perut Mekah, setelah Dia memenangkan kamu ke atas mereka. Allah lihat apa kamu buat.

48:25. Mereka adalah orang-orang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. Jika tidak kerana orang-orang lelaki mukmin yang tertentu, dan orang-orang perempuan mukmin yang tertentu, yang kamu tidak tahu, khuatir kalau-kalau kamu akan memijak mereka, dan menimpa kamu kesalahan tanpa pengetahuan kerana mereka, supaya Allah masukkan ke dalam pengasihan-Nya siapa Dia hendaki; sekiranya mereka dipisahkan, tentu Kami azab orang-orang tidak percaya antara mereka dengan azab yang pedih.

48:26. Apabila orang-orang tidak percaya letak di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah turunkan ketenangan-Nya kepada Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan mengikatkan mereka dengan kata takwa, yang mereka lebih berhak dengannya, dan sewajarnyalah; dan Allah tahu segala sesuatu.

48:27. Sesungguhnya Allah jadikan benar visi Rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan masukMasjidil Haram, jika Allah hendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa rasa takut." Dia tahu apa yang kamu tidak tahu, dan buatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat.

Balik ke atas


ARAFAH

2:198. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci,

2:199. Kemudian bertolaklah dari mana manusia bertolak, dan mintalah ampun kepada Allah;

Balik ke atas


SAFA dan MARWA

2:158. Safa dan Marwa adalah di antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa lakukan Haji di Rumah, atau berkunjung (umrah), tidak salah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya; dan sesiapa kerjakan kebaikan dengan sukarela, maka sesungguhnya Allah Mensyukuri (Berterima Kasih), Mengetahui.

Balik ke atas


BULAN HARAM dan "HURUM"

2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa serang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.

2:217. Mereka tanya kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir  penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan."

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang kunjungi Rumah Suci bermaksud mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati.

5:97. Allah buatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram,

9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram sudah pergi, bunuhlah orang-orang yang sekutukan di mana sahaja kamu dapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka.

9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia cipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci).

Balik ke atas


BULAN-BULAN LAIN

2:189. Mereka tanya kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, "Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji.

2:197. Haji adalah pada bulan-bulan yang diketahui

Balik ke atas


PERIBADATAN

2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkan kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:200. Apabila kamu sudah laksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu ingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat.

22:34. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,

22:67. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan yang mereka korbankan. Jangan mereka bertengkar dengan kamu dalam urusan, dan kamu serulah Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas petunjuk yang lurus.

Balik ke atas


TAWAF (TATAWAFA)

2:158. Safa dan Marwa adalah di antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa lakukan Haji di Rumah, atau berkunjung (umrah), tidak salah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya;

22:29. Kemudian hendaklah mereka hilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka tepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua.

~ A Concordance of the Qur'an ms 1244

Daripada akar yang sama ialah TAFA (to go round, to go or wander about; to pass something around, circumambulate; one who goes about or around ...) denagn terbitannya (i) yatufu, (ii) yutafu dan (iii) ta'if yang terdapat pada dua ayat berkaitan dengan Haji:

2:125. Dan apabila Kami buatkan Rumah untuk jadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, "Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat." Dan Kami buat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, "Bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."

22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Jangan kamu sekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.

Terbitan lain seperti berikut:

yatufu

52:24. Dan berkeliling di sekitar mereka anak-anak muda, kepunyaan mereka, seakan-akan mereka mutiara-mutiara yang tersembunyi.

55:44. Mereka berkeliling di antaranya dan antara air mendidih yang sangat panas.

56:17. Kanak-kanak yang hidup kekal berkeliling di sekitar mereka,

76:19. Kanak-kanak yang hidup kekal berkeliling di sekitar mereka; apabila kamu lihat mereka, kamu sangka mereka mutiara-mutiara yang bertaburan,

yutafu

37:45. Sebuah piala dari sebuah mata air dikelilingkan kepada mereka,

43:71. Dikelilingkan kepada mereka, pinggan-pinggan leper daripada emas, dan piala-piala, dan di dalamnya apa yang jiwa inginkan, dan yang menyeronokkan mata. "Dan di dalamnya kamu tinggal selama-lamanya.

76:15. Dan dikelilingkan kepada mereka bejana-bejana perak, dan piala-piala kristal,

~ A Concordance of the Qur'an ms 1243

Balik ke atas


MENGELILINGI (TA'IF)

2:125. "Bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."

22:26. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.

Perkataan "hafta" juga bermakna mengelilingi:

39:75. Dan kamu akan lihat para malaikat mengelilingi Arasy, mereka sanjung dengan memuji Pemelihara mereka;

Balik ke atas


PEMBERIAN

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, ..... sehingga pemberian itu sampai di tempat korban ..... maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak dapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang kunjungi Rumah Suci bermaksud mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati.

5:95. ... daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil di antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah;

5:97. Allah buatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian,

48:25. Mereka adalah orang-orang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya.

Balik ke atas


KORBAN

i.  Nasaka:

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban.

ii. Mansak:

22:34. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,

~ Concordance ms 849


iii.  Mahill (tempat korban):

2:196. ... dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban.

22:33. Padanya beberapa manfaat kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan; kemudian tempat korbannya adalah di sekitar Rumah Tua.

48:25. Mereka adalah orang-orang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya.

~ Concordance ms 527


iv.  Budn (binatang korban):

22:36. Dan binatang-binatang korban - Kami buatkan mereka untuk kamu sebagai antara tanda-tanda Allah, di mana ada kebaikan untuk kamu.

~ Concordance ms 310


iv.  Terdapat juga perkataan Qurban tetapi tidak termasuk di dalam ayat Haji, namun, membawa pengertian yang sama, iaitu "korban"

3:183. Orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah telah buat perjanjian dengan kami supaya kami tidak percayai mana-mana Rasul sehingga dia datangkan kepada kami satu qurban yang dimakan api." Katakanlah, "Rasul-Rasul telah datang kepada kamu sebelumku dengan bukti-bukti yang jelas, dan dengan yang kamu kata. Mengapa pula kamu bunuh mereka jika kamu berkata benar?"

5:27. Dan kamu bacakan kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka persembahkan satu qurban, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, "Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya terima daripada orang-orang bertakwa.

46:28. Maka mengapa mereka tidak tolong mereka, yang mereka ambil untuk mereka sebagai qurban (pengantara), tuhan-tuhan selain daripada Allah? Tidak, tetapi mereka sudah sesat (hilang) daripada mereka, dan itulah fitnah mereka, dan apa yang mereka ada-adakan.

~ Concordance ms 916

v. Daripada akar kata Dza Ba Kha:

Dzabhi - that which is slaughtered, a sacrifice

37:107. Dan Kami menebus dia dengan korban yang besar,

Dzabahuuha - to salughter, slay, sacrifice

2:67. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya Allah, Dia perintah kamu, hendaklah kamu korbankan seekor lembu." Mereka berkata, "Adakah kamu ambil kami sebagai buah ejekan?" Dia berkata, "Aku berlindung pada Allah daripada aku jadi antara orang-orang bodoh."

2:71. Dia berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang belum pernah dipakai untuk membajak bumi, atau untuk mengairi tanaman; sesuatu yang teguh, tanpa tanda yang mencacatkan padanya." Mereka berkata, "Sekarang kamu sudah datangkan yang benar." Lalu mereka korbankannya, dan hampir mereka tidak melakukannya.

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

27:21. Sungguh, aku akan azab ia dengan azab yang keras, atau aku korbankan ia, atau ia datangkan kepada aku satu kuasa yang nyata."

37:102. Dan apabila dia telah sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, "Wahai anakku, aku lihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah pandangan kamu?" Berkata, "Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintah; kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang yang sabar."

Dzabahaa - to slaughter, massacre

2:49. Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun; mereka kenakan kamu azab yang jahat, mereka korbankan anak-anak lelaki kamu, dan biarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

28:4. Sesungguhnya Firaun meninggi di bumi, dan dia pecah belahkan penduduknya kepada golongan-golongan, menghinakan segolongan antara mereka, mengorbankan anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang buat kerosakan.

~ Concordance ms 386

vi. Nakhara - to sacrifice

108:2. Maka sembahlah Pemelihara kamu, dan berkorbanlah.

~ Concordance ms 835

Balik ke atas


CUKUR KEPALA

2:196. ... dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban

48:27. Sesungguhnya Allah jadikan benar visi Rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan masukMasjidil Haram, jika Allah hendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa rasa takut."

Balik ke atas


RANTAI LEHER

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher,

5:97. Allah buatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian, dan rantai-rantai leher; itu, supaya kamu tahu bahawa Allah tahu semua yang di dalam langit, dan semua yang di dalam bumi, dan bahawa Allah tahu segala sesuatu.

Balik ke atas


NAZAR

22:29. Kemudian hendaklah mereka hilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka tepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua.

Contoh perkataaan nazar pada ayat-ayat lain :

2:270. Dan apa sahaja nafkah yang kamu nafkahkan, atau apa sahaja nazar yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya; dan tidak ada penolong bagi orang-orang zalim.

3:35. Apabila isteri Imran berkata, "Pemeliharaku, aku bernazar kepada Engkau, untuk kebaikan, apa yang di dalam perutku. Terimalah Engkau yang ini daripadaku; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui."

19:26. Maka makan dan minumlah, dan gembiralah (berdingin mata); dan jika kamu lihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'"

(Nazar Mariam sebelum melahirkan anaknya.)

76:7. Mereka tepati nazar mereka, dan takut akan suatu hari yang kejahatannya merata ke mana-mana

Balik ke atas


BERBURU

5:1. ... supaya kamu tidak anggap binatang buruan dibolehkan untuk diburu

5:2. Tetapi, apabila kamu telah selesaikan, maka burulah binatang buruan.

5:4. Mereka tanya kamu apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu ajar, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah ajar kamu, maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya.

5:94. Wahai orang-orang yang percaya, sungguh, Allah uji kamu dengan sesuatu daripada binatang buruan yang tangan-tangan kamu, dan tombak-tombak kamu capai, supaya Allah tahu siapa yang takut kepada-Nya yang dalam keadaan ghaib. Sesiapa yang mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.

5:95. Wahai orang-orang yang percaya, jangan bunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang bunuh dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak,

5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam haram (ihram);

Balik ke atas


BINATANG TERNAK

3:14. Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itu kesenangan kehidupan dunia;

4:119. Dan sungguh, aku akan sesatkan mereka, dan penuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan suruh mereka dan mereka akan potong telinga binatang ternak;

5:95. Wahai orang-orang yang percaya, jangan bunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang bunuh dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak

6:136. Mereka tentukan bagi Allah sebahagian daripada tanaman dan binatang ternak yang Dia cipta, dengan berkata, "Ini untuk Allah" - demikian mereka dakwa - "dan ini untuk sekutu-sekutu kami." Maka apa yang untuk sekutu-sekutu mereka tidak sampai kepada Allah, dan apa yang untuk Allah sampai kepada sekutu-sekutu mereka. Adalah jahat apa yang mereka putuskan!

16:66. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, di antara kotoran dan darah, susu yang tulen, enak bagi peminum-peminum.

22:28. Supaya mereka saksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."

22:30. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu.

22:34. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka.

39:6. ... daripada binatang ternak, lapan pasangan

Balik ke atas


penebus

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa di antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban.

5:95. Wahai orang-orang yang percaya, jangan bunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa di antara kamu yang bunuh dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil di antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebus - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia rasai keburukan daripada pekerjaannya.

Balik ke atas


PUASA

2:187. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam,

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu rasa aman, sesiapa yang nikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak dapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itu sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram.

5:95. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang bunuh dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil di antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebus - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia rasai keburukan daripada pekerjaannya.

Balik ke atas


SEDEKAH

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa di antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah

2:263. Ucapan yang baik, dan ampunan, adalah lebih baik daripada sedekah yang diikuti gangguan;

2:264. Wahai orang-orang yang percaya, jangan batalkan sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang nafkahkan hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia

2:271. Jika kamu nampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu rahsiakan, dan beri orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu;

9:60. Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan merdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:103. Ambillah daripada harta mereka sedekah untuk bersihkan mereka, dan untuk sucikan mereka dengannya,

Balik ke atas


TANDA-TANDA ALLAH

2:158. Safa dan Marwa adalah di antara tanda-tanda Allah,

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah

22:32. Demikianlah, dan sesiapa muliakan tanda-tanda Allah, itu adalah daripada ketakwaan hati.

22:36. Dan binatang-binatang korban - Kami buatkan mereka untuk kamu sebagai antara tanda-tanda Allah, di mana ada kebaikan untuk kamu. Maka ingatlah (sebutlah) nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya rebah, makanlah daripadanya, dan berilah makan kepada pengemis, dan orang yang meminta. Begitulah Kami tundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu berterima kasih.

22:37. Dagingnya tidak akan sampai kepada Allah, dan tidak juga darahnya, tetapi ketakwaan daripada kamu akan sampai kepada-Nya. Begitulah Dia tundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu agungkan Allah atas petunjuk yang Dia beri kamu.

Balik ke atas


HAL-HAL ALLAH

22:27. Dan serulah manusia kepada Haji, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang dalam,

22:28. Supaya mereka saksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."

22:29. Kemudian hendaklah mereka hilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka tepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua.

22:30. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya

Balik ke atas


SETELAH laksanakan

2:200. Apabila kamu sudah laksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu ingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia ada yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia", dan tiadalah baginya bahagian di akhirat.

2:201. Dan di antara manusia ada yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia yang baik, dan di akhirat yang baik, dan lindungilah kami daripada azab Api."

Balik ke atas

Kalimat Haji

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman