Eid-fitri atau Eid-il-Quran: satu pandangan (2)

 

From: tj.tokjanggut
Date: 2009/10/1
Subject: Eid-fitri atau Eid-il-Quran: satu pandangan
To: e-bacaan <
ebacaan114@gmail.com>

Salam,

Merujuk kepada email rajamaca berhubung hari raya. Saya rasa tidak salah untuk kita menyambutnya, asalkan ia tidak melampau batas-batas yang ditetapkan oleh Allah. Jangan membazir, jangan menunjuk-nunjuk dan jangan menganggap bahawa ini satu daripada amalan agama. Tidak salah adakan jamuan yang sedap-sedap selepas sebulan kita berpuasa, tidak salah berkumpul semua sedara mara, tidak salah untuk berkunjung-kunjungan pada hari tersebut kerana pada hari-hari lain kita sibuk dengan kerja.


Salamun alaikum,

Terima kasih. Satu lagi tempat di mana perkara yang sama dapat dibaca ialah di Hari Raya.

Kami meneruskan catatan di sini lalu pergi kepada suatu yang agak lain pula. Iaitu mengenai 'id.

Satu-satunya kalimat 'id (a festival, a feast) atau perayaan yang terdapat di dalam al-Qur'an berada ketika ceritakan perihal pengikut-pengikut yang setia kepada Nabi Isa memohon satu hidangan dari langit, dan satu daripada sebabnya, seperti mereka menjelaskan ialah "bahawa kamu (Isa) berkata benar kepada kami". Hidangan dari langit dipohon untuk menjadi bukti atas kebenaran Nabi Isa! Permintaan itu telah ditegur oleh baginda sebelum mereka beri sebab-sebab. Begini bunyi ayatnya:

"Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, 'Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu turunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?" Dia berkata, "Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.'"

Lalu mereka beri sebab-sebab:

"Mereka berkata, 'Kami hendak memakan daripadanya, dan hati kami jadi tenteram, supaya kami tahu bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya.'"

Nabi Isa pun memohon kepada Allah. Dalam doanya terasa bahawa ketika itu makanan atau rezeki sedang disempitkan kepada mereka. Adakah mereka dalam pelarian atau penyembunyian, soalan yang menyusul di kepala selepas itu. Apapun, ia hanya khayalan kami. Balik kepada permohonan baginda yang berbunyi,

"Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan jadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki."

Allah bersetuju, dengan syarat, seperti disebut ayat di bawah,

"Sesungguhnya Aku turunkannya kepada kamu; sesiapa antara kamu sesudah itu yang tidak percaya, sungguh Aku akan azab dia dengan azab yang dengannya Aku azab tiada seseorang daripada semua alam."

Ayat-ayat yang dipetik di atas adalah 5:112 hingga 5:115.

 

Tidakkah takut tatkala mendengar "sungguh Aku akan azab dia dengan azab yang dengannya Aku azab tiada seseorang daripada semua alam"?

 

Itu kalau tidak percaya selepas ayat atau tanda daripada Allah diturunkan. Di sini tandanya adalah satu hidangan dari langit, yang Nabi Isa sendiri mengistihar akan jadi satu perayaan, pertama dan terakhir.

 

Mungkin boleh disimpulkan iaitu jika sesuatu 'id atau perayaan ingin diadakan ia harus diadakan berkaitan sesuatu ayat/tanda yang diturunkan Allah, dan bagi Nabi Isa dan pengikut-pengikut setia, tandanya ialah hidangan dari langit. Dan hidangan itu pula dimakan dalam suasana perayaan.

 

Sekian. Harap semua sudah menjamu selera semasa 'id yang lalu!

 

Salam.

 

3 Oktober 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
 Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

  Tulis kepada Pengurus Laman