Eid-fitri atau Eid-il-Quran: satu pandangan

 

From: rajamaca
Date: 2009/9/29
Subject: eid- fitri atau eid-il-Quran-satu pandangan
To:
ebacaan114@gmail.com


Salamun Alaikum.

Selamat menyambut Eid-IL-Quran kepada tuan empunya laman dan sahabat sahabat seiman.Semuga kita dirahmati.Umumnya mengetahui selepas sebulan berpuasa umat islam seluruh dunia merayakan EID-IL-FITR atau dikalangan orang islam di nusantara di panggil Hari Raya Puasa.Mereka merayakan berpandukan sebuah hadis:

On the authority of Abu Hurayrah  from the Prophet  who said:
"Allah  says":
'Fasting is Mine and it is I Who give reward for it. [A man] gives up his sexual passion, his food and his drink for My sake.' Fasting is like a shield, and he who fasts has two joys: a joy when he breaks his fast and a joy when he meets his Lord. The change in the breath of the mouth of him who fasts is better in Allah's estimation than the smell of musk."
[Bukhari (also by Muslim, Malik, at-Tirmidhi, an-Nasa'i and Ibn Majah).]

Apakah perayaan yang dirayakan oleh umat islam di dunia ini  diberkati? Walaupun ia tidak terjumpa didalam Alquran?

Dalam memperkasa cahaya Alquran dibumi sepatutnya  perayaan itu dikenali sebutan EID-EL-QURAN berdasarkan Alquran telah diturunkan dalam bulan Ramadhan.

2:185. Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak hendak kesukaran bagi kamu; dan agar kamu cukupkan bilangan, dan agungkan Allah, bahawa Dia beri petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.

10:57. Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu satu teguran daripada Pemelihara kamu, dan satu penyembuhan bagi apa yang di dalam dada, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi orang-orang mukmin.

10:58. Katakanlah, "Dengan pemberian Allah dan pengasihan-Nya - dengan yang demikian hendaklah mereka GEMBIRA; itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan."

Satu Pandangan.Maaf Zahir dan Batin

Allah yang Mengetahui lagi Bijaksana.

Salam


Salamun alaikum,

Terima kasih. Satu pandangan yang masuk akal.

Salam.


30 Sept 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
 Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

  Tulis kepada Pengurus Laman