Tahu tidak ikut al-Qur'an - Dipandang Baik

 

From: Ashraf Sani
To: rujukan bacaan <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, January 9, 2009 11:31:59 PM
Subject: Perbuatan Maksiat Dipandang Baik

 

Salam,

 

Masih belum terlambat saya ingin ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 kepada pengurus laman web dan pembaca sekalian. Semoga dirahmati Allah dengan petunjuk-Nya.

 

Ada pun berkaitan dengan topik Tahu Tidak Ikut Al Quran, amat menarik sekali perbincangan yang dilontarkan. Terima kasih kerana banyak buah fikiran yang boleh dijadikan pedoman. 

 

Pada buah fikiran saya, setelah dikaji ayat-ayat Allah, manusia yang tahu tidak ikut Al Quran salah satunya adalah kerana sangat berpegang teguh dengan ajaran bapa-bapa/orang-orang terdahulu/nenek moyang walaupun bapa-bapa/orang-orang terdahulu/nenek moyang mereka tidak dapat petunjuk.

 

Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Tidak, kami akan ikut apa yang kami dapati bapa-bapa kami buat." Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak faham sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk? (Al Baqarah:170)

 

Sudah jelas, perintah-Nya ikut apa diturunkanoleh-Nya. Tetapi mereka masih mahu ikut ajaran bapa-bapa/orang-orang terdahulu/nenek moyang yang menebal dalam diri mereka kerana dari kecil sudah diasuh demikian. Mungkin tak sampai hati untuk "menderhakai" ajaran bapa-bapa/orang-orang terdahulu/nenek moyang yang tak memahami sesuatu daripada petunjuk tetapi sanggup "menderhakai" ajaran Allah iaitu Al Quran.

 

Dalam kesimpulan saudara Nazri menulis, "kesimpulannya saya percaya ada di antara mereka itu percaya apa yang dilakukan tidak mengikut Al-Quran, tetapi takut utk memperkatakan yg benar atau “conform to majority opinions". Baiklah, cuba kita perhatikan ayat ini:

 

Jika kamu taati kebanyakan orang di bumi, mereka akan sesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka ikut hanya sangkaan, semata-mata dugaan. (Al An'am:116)

 

Amaran daripada Allah supaya jangan taat kebanyakan/majoriti orang di bumi kerana boleh sesatkan disebabkan mereka hanya bersangka-sangka dan menduga-duga tanpa dapat penjelasan/bukti daripada Al Quran.

 

Prasangka orang kebanyakan/majoriti ini sebenarnya telah dipesongkan oleh iblis yang jadikan mereka memandang baik perbuatan yang salah. Mereka ini akan tersesat kecuali mereka yang betul-betul ikhlas dengan Al Quran.

 

Berkata, "Wahai Pemeliharaku, oleh kerana Engkau telah buat aku bersalah, aku akan nampakkan semuanya indah bagi mereka di bumi, dan aku akan buat mereka bersalah, kesemuanya,

 

Kecuali hamba-hamba Engkau, antara mereka, yang tulus." 

 

(Al Hijr: 39 & 40)

 

Dua ayat Allah di atas amat kena dengan kisah yang disampaikan oleh saudara Abu Muslim. Fikirkan bagaimana iblis mampu memesongkan si alim. Tidak disuruh untuk tinggalkan solat malah digalakkan lagi bersolat ditambah dengan syiling emas konon-kononnya sebagai ganjaran lakukan solat. Akhirnya, kerana sudah tidak ada keikhlasan dalam bersolat, maka si alim itu berjaya dikalahkan oleh iblis.

 

Marilah kita sama-sama ambil pengajaran dan jangan kita terus menyalahkan mereka yang ikut bapa-bapa/orang-orang terdahulu/nenek moyang dan ikut kebanyakan/ majoriti orang kerana mungkin ada antara mereka tak sedari dan belum ada sesiapa yang menyedarkan mereka.

 

Sebagai penutup "Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap kamu." (Al Israa’:14)

 

Maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap pandangan.

 

Salam


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis lagi untuk menyumbang buah fikiran dalam respon kepada penulisan saudara Nadzri dan Abumuslim. Tentu pembaca dapatinya bermanfaat.

Cuma satu sahaja teguran kami, atau lebih tepat, permintaan kami yang ikhlas, iaitu dapat sekiranya pada masa akan datang menulis bilangan surah, selepas petikan ayat dibuat, kerana dengan hanya menulis namanya sahaja ia akan melambatkan sedikit usaha mencari ayat berkenaan di dalam al-Qur'an. Tidak ramai pembaca yang menghafal semua kedudukan nama surah di dalam al-Qur'an.

Dan kedua, bukan permintaan tetapi hanya menunaikan hasrat untuk berkongsi beberapa ayat mengenai orang-orang yang sangka buat perbuatan baik atau dapat petunjuk, seperti pada sebutan tajuk di atas. Ayat-ayat yang dimaksudkan adalah:


Input perihal tahu tidak ikut al-Qur'an kian bertambah. Alhamdulillah, atas kurniaan-Nya yang tidak putus-putus.

 

Salam.


11 Januari 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman