Tahu tidak ikut al-Qur'an
From: nadzri
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, January 6, 2009 11:03:30 AM
Subject: RE:Pemahaman kepada Al-Quran
Salamun alaikum
Semoga saudara berbahagia di awal tahun baru Masihi & Hijrah.
Sebagai pembuka tirai email saya pada tahun ini saya ingin utarakan permasalahan yang terdapat di kalangan masyarakat Islam ketika ini.
Bila duduk bersendirian (reflection session) saya selalu fikirkan perkara2 yg berikut:
- Bagaimana ulamak2 yg dikatakan arif dalam bahasa arab & bidang 2 tertentu (usuluddin, syariah, hadis, sejarah/tamaddun Islam dll) tidak dapat memahami Al-Quran seperti mana yg sepatutnya? Sedangkan seperti mana yang kita sedia maklum ayat2 Allah itu jelas dan nyata.
- Ironinya, saya ada berbincang dgn beberapa ustaz tentang ayat 2 Allah yang menyuruh solat 3 waktu, perihal sidratul muntaha, perkahwinan dgn ahli Kitab, dilarang beza-bezakan Rasul dll –sambil menunjukkan bukti (terjemahan dari Al-Quran), tetapi mereka tidak dapat menjawabnya.
- kesimpulannya saya percaya ada di antara mereka itu percaya apa yang dilakukan tidak mengikut Al-Quran, tetapi takut utk memperkatakan yg benar atau “conform to majority opinions”?
Mohon saudara pembaca dapat mengutarakan pendapat /perbincangan dengan minda yang terbuka.
Didahului dengan ucapan terima kasih.
Salamun alaikum,
Terima kasih. Pembuka tirai sahabat harus ditonton dengan pandangan yang tajam, dan harus menerima hakikat bahawa golongan tersebut tidak akan menerima ayat-ayat Allah sebagai petunjuk ke jalan kesejahteraan.
Bila disebut tentang orang itu teringat satu peristiwa yang tidak mungkin kami lupakan. Berlaku lebih 20 tahun dahulu ketika kami mula mengkhabarkan tentang kandungan al-Qur'an. Seorang pensyarah agama, atau ustaz, telah datang berjumpa kami setelah kami menulis kepada pihak atasan untuk mengadu satu kenyataannya yang bohong, iaitu peristiwa Israk-Mikraj ada diceritakan di dalam al-Qur'an di surah Israk.
Pada akhir perjumpaan tersebut, selepas tidak lama berbincang mengenai perkara yang dibangkitkan, kami letak sebuah kitab al-Qur'an (terjemahan Abdullah Yusuf Ali) di atas meja dan di sisinya sebuah buku pendidikan untuk diibaratkan sebagai kitab hadis, dan kami suruh dia pilih yang mana satu dia ambil untuk dipercayai. Tanpa teragak-agak dia menunjuk kepada kitab hadis!
Soal penyekutuannya dengan Tuhan tidak kami panjangkan di sini. Tetapi, seperti disebut saudara Nadzri, mengapa orang-orang seperti dia, yang berilmu tinggi dalam agama, tidak dapat memahami al-Qur'an, setelah membacanya berkali-kali dalam kehidupan mereka, mendorong kami untuk turunkan ayat-ayat berikut:
"Itu kerana mereka telah percaya, kemudian mereka tidak percaya; maka satu penutup diletakkan pada hati mereka, lalu mereka tidak faham." (63:3)
"Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu, dan Kami letak penudung pada hati mereka, supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka, sumbatan; dan jika mereka lihat sebarang ayat pun, mereka tidak percayainya," (6:25)
"Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang diingatkan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya dahulukan? Sesungguhnya Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan dapat petunjuk selama-lamanya." (18:57)
Allah letak penutup atau penudung pada hati lalu mereka tidak dapat memahami. Itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan berpaling daripada-Nya, seperti dilakukan oleh ustaz tadi yang memilih kitab hadis, bukan al-Qur'an, untuk dipercayai.
Mereka dikatakan lagi tidak dapat petunjuk atas ketidakpercayaan dan palingan mereka. Tidak dapat petunjuk juga disebabkan oleh upah, seperti gaji, yang mereka ambil dalam pengajaran agama. Firman-Nya,
"Ikutlah orang yang tidak minta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar." (36:21)
Kami juga bersetuju dengan saudara Nadzri bahawa mereka tahu tidak ikut al-Qur'an, tetapi itu bukan satu hal yang besar kerana al-Qur'an bukan satu-satunya petunjuk bagi mereka, lalu mereka sembunyikan yang benar dengan mencampurkannya dengan yang lain dalam ajaran mereka:
"Wahai ahli Kitab, mengapa kamu campuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan kamu sembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya?" (3:71)
Ustaz tadi akan terus sembunyikan yang benar sambil mengetahui dia tidak ikut al-Qur'an, atas peristiwa Israk-Mikraj. sembunyikan yang benar boleh berlaku atas beberapa sebab, contoh, pendapatan untuk menyara hidup. Atau, sebab takut, seperti disimpulkan oleh saudara Nadzri. Mereka takut, dan ambil tindakan untuk “conform to majority opinions”. Sekali lagi mereka buat kesilapan atas ayat Allah yang melarang ikut golongan majoriti:
"Walaupun kamu sangat inginkan, tetapi kebanyakan manusia tidak mukmin (percayai)." (12:103)
Telah dikatakan mereka tidak akan percayai. Justeru, mereka tidak harus diburu untuk dijadikan sebagai orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah.
Kami berhenti di sini, untuk beri peluang kepada orang lain sampaikan buah fikiran mereka pula.
Salam.
7 Januari 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman