Qurban di luar Mekah II
From: muhammadabdullah84
To: e bacaan <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, December 1, 2008 10:06:48 AM
Subject: KorbanSalamunalaikum,
Tuan pengurus yang mulia, sekali lagi saya hantar email bertujuan untuk bertanyakan soalan. Tak lama lagi umat islam akan menyambut hari raya haji (tak tahulah sama ada amalan ini bertentangan dengan ajaran Quran). Sambutan hari raya ini disusuli dengan acara korban pada pagi raya, mungkin ambil sempena orang pergi haji ke mekah yang melakukan upacara korban di sana. Amalan kita (mejoriti umat islam) hari ini, kalau korban lembu kena bahagi 7, maksudnya 7 orang boleh join dalam korban tersebut. Kalau kambing, untuk seorang sajalah.
Biasanya sepuluh hari sebelum raya haji, kita dapati bertaburan kain rentang menawarkan kepada orang ramai untuk menyertai upacara korban. Satu bahagian ada yang rm350, ada yang rm300, ada juga rm270. Keadaan ini seolah-olah telah jadi satu trend golongan peniaga untuk melariskan lagi jualan lembu mereka.
Persoalan saya ialah:
1) Adakah amalan ini suruhan daripada Allah dan sebagai hambanya kita wajib berkorban?
2) Adakah pembahagian daging korban yang diamalkan oleh mejoriti kita sekarang ni betul. Ada yang dimasak semuanya kemudian panggil orang kampung makan beramai-ramai. Ada juga yang dibahagikan kepada orang secara mentah dan sebahagiannya diambil untuk dimakan oleh kita sendiri.
3)Betulkah orang Cina, india tak boleh makan daging korban? Betulkah juga tulang-tulang yang sudah dimakan isinya mesti ditanam supaya ia tak dimakan oleh anjing?
Maaflah banyak sangat persoalannya.Tapi masalahnya perkara sebegini masih lagi diamalkan oleh masyarakat kita.
Sekian, semoga sihat selalu hendaknya.
Salam.
Salamun alaikum,
Terima kasih atas kesudian menulis lagi. Perkara dibangkitkan sudah disentuh sedikit di dalam Korban (Haji) dan Qurban di luar Mekah.
Kerana tidak disuruh Allah, maka penjual lembu dan kambing sahaja yang untung dalam amalan korban di sini. Pemberian dagingnya pun tidak betul, termasuk tidak beri kepada kaum lain (kalau beri kan lebih baik) dan anjing mereka!
Pun begitu, sekiranya kami diberi daging tersebut, kami akan menolak, kerana dikorbankan menurut ibadah yang tidak disyariatkan Allah. Yang mensyariatkannya bukan Tuhan Allah tetapi tuhan lain.
Terima kasih. Salam.
2 Disember 2008
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman