kahwini perempuan ahli Kitab
From: nadzri
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, September 23, 2008 11:34:28 AM
Subject: RE: berkahwin dgn perempuan ahli kitabSalamun alaikum
Terima kasih atas respons pada persoalan yg saya utarakan sebelum ini.
Persoalan seterusnya,saya memahami bahawa lelaki Muslim dibenarkan berkahwin dgn perempuan2 ahli kitab.(surah Al Maidah-ayat______). Saya ingin bertanyakan pendapat Tuan apa rasionalnya keizinan ini dgn ayat 2: 221..
Apa yg saya fahami dari Al-Quran ini ada ayat2 lain yg mengatakan ahli kitab2 ini telah mensyirikkan Allah /tidak percaya akan Allah.
Mohon pendapat.
Salam
Salamun alaikum,
Terima kasih atas kesudian menulis dan bertanya lagi. Jawapan yang diberi kepada soalan di atas adalah hanya pendapat seorang yang tidak terlepas daripada kesilapan.
Perkara yang dibangkitkan, iaitu berkahwin dengan ahli Kitab, adalah menarik tetapi didapati agak sukar dilaksana oleh sesetengah pihak atas sebab fahaman agama, walaupun Allah membenarkannya.
Kebenaran tersebut tidak terkandung di dalam surah al-Maidah tetapi surah yang menyusulinya, dan ia berbunyi,
"dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu beri mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau menjadikannya teman rahsia." (5:5)
Allah mengizinkan berkahwin dengan perempuan-perempuan yang diberi al-Kitab (sebelum al-Qur'an) mungkin kerana mereka percaya kepada Tuhan dan Hari Akhir, dan berjiwa Islam (tunduk patuh kepada Allah) tanpa mereka sedari. Sila lihat ayat berikut:
"Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih." (Ayat 2:62)
Bukan sahaja percaya kepada Tuhan dan Hari Akhir, seterusnya buat kerja-kerja baik juga. Hati orang-orang (termasuk perempuan) yang buat kerja-kerja baik tidak sama dengan orang-orang yang tidak usahakannya. Ini, bagi kami penting, sebab mungkin dapat menyelesaikan masalah yang disebut di dalam ayat berikut:
"Jangan kahwin perempuan-perempuan yang sekutukan sehingga mereka percayai;" (2:221)
Kami syak hati perempuan ahli Kitab yang rajin buat kerja-kerja baik mudah dipujuk untuk percayai al-Qur'an. Kerana ia banyak menyebut mengenainya, dan beri kedudukan yang mulia kepada mereka berbanding kitab lain (sila rujuk artikel Koran and the Liberation of Women). Oleh itu peluang kahwini mereka dengan tanpa ragu terhadap kepercayaan mereka kelihatan amat cerah.
Antara orang-orang diberi al-Kitab adalah mereka yang tidak sekutukan Allah. Antara yang sekutukan pula terdapat mereka yang tidak sedar. Dua golongan ini turut difikirkan mudah dipujuk jadi orang-orang yang percaya sebagaimana orang-orang yang memujuk percaya.
Malahan, Allah ada mengatakan iaitu orang-orang yang telah diberi Kitab akan mengenali al-Qur'an seperti mereka kenali anak-anak lelaki mereka. Firman-Nya,
"Orang-orang yang kepada mereka kami beri Kitab, mereka kenalinya (al-Qur'an) sebagaimana mereka kenali anak-anak lelaki mereka. Orang-orang yang rugikan jiwa-jiwa mereka sendiri, mereka tidak percayai." (6:20)
Apapun, keimanan mereka yang ingin dikahwini harus diuji, seperti perempuan-perempuan yang disebut di dalam ayat berikut diuji:
"Wahai orang-orang yang percaya, apabila perempuan-perempuan mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat-sangat tahu keimanan mereka. .......... Janganlah kamu berpegang pada ikatan (perkahwinan) dengan perempuan-perempuan tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu sudah nafkahkan, dan biarlah mereka minta apa yang mereka telah nafkahkan. Itu putusan Allah; Dia hakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana." (60:10)
Ayat turut menyebut mengenai tidak meneruskan hidup dalam perkahwinan dengan isteri yang tidak percaya! Sedangkan yang sudah jadi isteri dilarang meneruskan ikatan dalam perkahwinan apatah lagi dengan perempuan-perempuan yang bakal dijadikan isteri.
Keinginan hidup berpasangan dengan orang-orang ahli Kitab, walaupun wujud persengketaan antara agama, tidak dapat dinafikan, lalu Allah Yang Mengasihani mengizinkan berkahwin dengan mereka. Sesungguhnya Dia Tahu kemahuan manusia, dan kelebihan dalam perkahwinan tersebut, dan Dia selanjutnya mengisyaratkan supaya berkahwin dengan mereka yang percaya.
25.9.08
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman